M & M cookies..order order!!
Tuesday, September 28, 2010

I WILL BAKE THE COOKIES BY END OF THIS WEEK! SAPE NAK ORDER LAGI PLEASE EMAIL ME MIZ.AMIE@YAHOO.COM... ORDER ACCEPT TILL THIS FRIDAY ONLY!!!

Eeeee!!!!! Asal nie tak boleh upload gambar?
Monday, September 27, 2010

Ok, I tak tahu kenapa I tak boleh nak upload gambar!


Kenapa ek? Tetiba blogger nie tukar format yg ntah apa-apa... I have a lot of stories... tapi... gagal jer nak upload piccas!


Grrrrrr!

Another printables birthday items!
Tuesday, September 21, 2010

Ok, before raya tue I managed to finish the order for printable items for birthday party! Both client duduk jauh-jauh nie.. Koklie from Pahang and Rina from Kota Kinabalu. So, here we goes:

First, done for Koklie for her cutie daughter's birthday; Rania! Kok





The theme was a POLKADOT theme! Koklie request to have a welcome board, Birthday banner, 12 months photo banner and birthday tag!


And, secondly was done for Rina for her lovely daughter, Alana.




Theme dia 'Rabbit'. So, the order made by her spt welcome board, Birthday banner, 12 months photo banner, personalised polkadot party hat for birthday girl and e-invitation!

So, another order is on the way yer.. harap bersabar.. Those who interested to have all the personalised printable items you can e-mail me miz.amie@yahoo.com or merisik_gallery@yahoo.com

Till now,
Bubye!

Kenapa cookies u nie sedap?
Monday, September 20, 2010

Aha, patutnya bab resipi cookies mestilah ditontonkan during bulan puasa. Kan? Kan? Everyone are sharing bout their cookies recipe.. tak kisahlah cookies apa pun. But tahun nie, US 250 Dollar Chcocolate Chips Cookies menjadi sebutan. Kan? Which I dah tahu resipi nie beberapa tahun yang lepas.

Aha, no  matter what.. bukanlah nak puji diri sendiri. But sape yg makan cookies or biskut  raya or even kek yg I buat (even nak baking nie adalah setahun sekali), org mesti tanya "Sedaplah.. tak mcm cookies/kek yg biasa org buat". Ha la.. even kek or cookies tu ialah benda yg sama.. Tak kisahlah chocolate chips ker, cornflakes cookies ker, sarang semut ker..tart nenas ker..  Hihihi.. Mesti kita tertanya-tanya; "Eh,kenapa resipi aku buat sama jer dengan si polan si polan.. tapi rasa tak sama..dia punya sedap mcm beli kat kedai!" Hahaha.. pernah terdetik mcm nie?And pernah tak bila kita nak beli cookies atau kek seseorang tue, bila kita tanya harga, maakkk aiii.. mahalnya if nak compared dengan org lain...pernah?

Sebabnya adalah seperti berikut:

1- Resipi mesti ada butter. Butter apa u all guna? Selalu paling popular Buttercup la kan? Atau brand lain yg sewaktu dengannya. Reason being, butter ni taklah mahal sgt.. Ok-okla.. Or sesetengah org, nak save duit lagi (kalau nak save duit, u all takkan dapatlah rasa yg delicious itu ya) guna Planta jer..ataupun marjerin. Silalah, demi kesihatan..jangan makan banyak marjerin. Hiks! Ok, ok..berbalik kepada citer butter... Butter yg mesti u all gunakan adalah ini:

Golden Churn butter! Price lebih kurang RM7-RM8 utk 250 gram mcm nie.. harap maklum. kalau nak compare dengan Buttercup, memanglah price dia 2 kali ganda. 


2- Rahsia kedua ialah TEPUNG! Tepung apa u all guna? Tepung gandum cap sauh? Atau yg kat kedai kek yg u all sendiri tak tahu apa brand nya.. kan? kan? Silalah bertukar ke:

Pillsburry Flour. Sekali lagi harga mmglah mahal sket. Harap maklum.

Tadaaaa! Nie jer rahsia yg I nak reveal. Ikutkan ada beberapa tips lagi untuk sedapkan cookies or kek u all.. tapi yg lain, I wanna keep it as a secret. Hihihihi.. Aha, apa lagi? Open house masih ada waktu lagi. Cubalah test guna 2 bahan nie.. and u all boleh rasa sendiri difference dia...Yummylicious atau tak? Ok? Selamat mencuba!


Till now, bubye!

p/s - Ha, maknanya I bukanlah a good baker.. sebab benda2 sedap inilah yang menjadikan cookies or kek u all sedap.. ok? Hiks!

Raya Wei! Hiks!

Ok, I know, I know.. Nak letak gambar raya mcm dah basi...It's 11th days of raya kan..dah almost nak masuk 2 weeks dah..But, this is my diary! I need to paste some piccas even dah terlambat pun. Buat tontonan Qaira n adik-adiknya (adiikk????..hahaha) bila besar nanti. 


Di pagi raya.. Hahaha.. it was my turn! So, kitorang beraya di Bangi.. Mmm, sedihnya sebab ada berapa kerat jer.. my sis and some of my cousin beraya dengan in laws dorang...

My little family with my lil bro, Rizuan, Ayah, hubby and me of course! Not to forget my lil Qaira!! Tengok muka dia.. tensionnnn! Hahahaha...

And my tiny family!


Petang raya semua telah bertukar!!!!!! And petang raya barulah my sis and her hubby dtg... but sorryla yer..time tue, our uniform semua dah bertukar! Tak larat dah nak beraya!

Ayah nie raya dengan kitorang, asal tema baju sama dengan dorang nieh? Tak aciii!!!!! Oh, sister...alhamdulillah with your new look... i hope, i'm going to transform (bukan transformers yer) my self 1 hari nnt..insyaallah..

On 2nd raya... we went to Atim's house a.k.a my sis punya in laws...



And on the third day, dussyummm to Melaka! Nie raya versi kampung.. Mak aiii...lagilah letih.. start pagi ambush rumah sedara mara sampai malam baru balik.... Adehhh... letih giler! But it's fun!

My MIL n my in laws plak!

Oh, ini versi tangkap gambar sekeluarga.. versi beraya rumah orang tak larat nak amik gambar. But raya tahun nie, mmg penat sangat sebab Qaira dah besar and banyak ragam dia nak layan kerenah yg mcm-mcm... penat tak payah cerita.. but seronok!

Lain entry paste gambar lain plak! Hiks!


Bye!

p/s - Saya still sibuk. Semalam dah ada job.. this week pun ada job. Time org pegi open house, I layan org nak kawen..haisshhh.. rezeki..alhamdulillah.. ;)


Esok Hari raya!
Thursday, September 9, 2010

Heylow peeps,

Yeay! Esok hari raya! Tahun nie I feel very excited and lain sangat since Qaira dah besar now! It's different to celebrate raya compare dengan tahun lepas since tahun lepas mood habis pantang and Qaira masa tue baru 3 bulan. Hihihihi...

But this year, both me and husband teruja sangat sebab Qaira pun dah tahu macam-macam... Barulah dapat menjiwai perasaan orang yg beraya dengan anak-anak..ekekeke... Bab shopping baju Qaira, mmm, kalau boleh semua nak beli! Sampaikan I punya and husband just ala kadar jer.. And tak sempat nak gi mana-mana pun.

And, talking about shopping, this is what Qaira have for her baju raya!

Mintak maaflah.. selama Qaira lahir, mana ada dresses for her.. and for Hari Raya, ciri-ciri keperempuanan harus dititik beratkan..hihihihi... And, most of the baju I tempah from designer yg I really adore with their artwork! (jahit baju kira artworklah...!) Disamping 1 baju Qaira dapat from my cousin and 1 baju lagi disponsor (wahhhh sponsor katanya...huhuhuu) oleh Liz Othman.. tq tq!


And for her baju kurung... from left, again... sape lagi kalau bukan Liz Othman jua...her kurung kontemporari for kids is really practical.... takde kain lipat-lipat tepi.. senang Qaira nak berlari, tergolek-golek or what so ever... and lengan baju is ala 'kurung kedah' which for me.., senanglah Qaira nak main-main tak perlu lipat lengan etc... and the right one, sape lagi kalau bukan from my cousin, Jimi from MyKid Kurung! And the exclusiveness of this baju was the detailing and unique design!


See? I really love the detailing of the baju! Sangat comeeellllll!!!!!!!!!!!


Anddd.......... Qaira will wear a skinny jeans for this raya! Maaflah Qaira, Mama lepas beranakkan kamu, tak bolehlah nak join berskinny jeans pelbagai... hihihihi... (asallah gemok sgt  nie! Hishhh!) and 2 pasang tights for her.. 


I love the detailing too! And skinny jeans from Mothercare I tgk lagi comfortable compared with GAP. 


And socks for her! (kasut takde... dah beli dah hari tue..jgn haraplah nak beli kasut banyak-banyak.. I risau mengenangkan kaki Qaira yg panjang itu...)



And for me, mmmmm.....ini jelah yg sempat grab.... with 2 pasang kurung pahang yg tak siap berjahit manik lagi..jap gi baru amik... and I'm looking for caftan too! Tengoklah kalau sempat petang nie..hihihihi... baju Abah Qaira..hihihihi... 2 pasang jer sbb dia malas nak shopping orang ramai... (reason ntah apa-apalah Abah Qaira nie...)

And to all of you, I wish Selamat Hari Raya Aidilfitri! And kalau ada tersalah kata tersalah bahasa and if penulisan blog nie menganggu hati mana-mana pihak, Maaf Zahir dan Batin I ucapkan.. Semoga raya nie penuh bermakna untuk kamu-kamu semua!

Till now ladies,
Bye!
 
 

This is my own macarons!
Thursday, September 2, 2010

Yes, i baked my own macarons yesterday! Huhuhuhu... haruslah bila tengok my fren baked macarons untuk dia jual (she's an expert), tengok macam senang! When I go through the recipe, I was thinking "Elehhhh...senang jer...". Ok fine, dengan semangat waja, yesterday I baked Chocolate Macarons! And..


*


*


*


*


*


*


*


Taaaddddaaaaaaaaaaaaa...............





Ok, tengoklah... i tengok pun nak gelak kuat-kuat.. Dah macam apa dah! But, it;s yummy! I can baked but I have no skills to bake la! Ishhh ishhh.. Now, I;m going to share this recipe as so many frens request it on fb! Hahahaha....

Chocolate Macarons

For fillings:

Bahan-bahan

  • 125 gm butter
  • 1 cup of icing sugar
  • 35 gm dark chocolate
Pukul butter till kembang. 
Melt the dark chocolate using double boil tecnic
Wait for 2 mins, then masukkan melting double chocolate tadi pada butter and pukul lagi.
Masukkan icing sugar sikit demi sedikit sampai habis.
Dah siap, masukkan dalam paper bag and masukkan dalam fridge and wait for 10-15mins biar dia keras sikit. So, nanti senang nak letak fillings nie at macarons shell.


For macarons shell:

Bahan-bahan

65 gm almond kisar
80 gm icing sugar
40 gm sugar
15 gm cocoa powder (if nak color lain, tukar powder nie and gantikan dengan pewarna)
2 biji telur putih

Heat the oven 160degree. And put a baking paper at the tray.
Pecahkan 2 biji telur (preferably telur yg room temperature.. tak nak sejuk) and ambil white egg sahaja.
Blend almond, icing sugar and cocoa powder.
Pukul egg white tadi sampai betul-betul kembang. Masukkan secubit garam dan 40gm sugar tadi. Pukul sampai betul-betul kembang. Nie mesti jadi pekat sikit ok!
Then masukkan almond kisar, icing sugar, and cocoa powder sikit demi sikit. Gaulkan..guna spatula.
Dah siap, masukkan bancuhan tadi dalam pipe bag. Then tekan bentuk bulat dekat tray and bake for 160 degrees.

After shell dia dah masak, ambil fillings tadi and letaklah between shell tue and dah siap!!!!!!!!!

Pastu ngap masuk mulut... Oppps! Wait till berbuka ok!

Tutu anyone?
Wednesday, September 1, 2010

I received so many feedback (seriously, ramai giler yg tanya..!) regarding Qaira's tutu! At first, I was thinking to rent this item. But, bila pikir balik, if ramai-ramai rent, nanti lama-lama tutu nie jadi buruk pulak! Even I know, if rent banyak kali pun lagi untung berlipat ganda! But, I rasa sayang sgt if tutu nie jadi buruk! Hihihi....

And, setelah berpikir, dr rent kan the tutu, so, I wanna let go those who really interested to have this!

Size - 1-2 yrs (dia elastic band.. so boleh adjust2.. jadi tak perlulah takut kalau tak muat)




First come first serve! Sape bayar dulu, dialah yang punya ok! Please e-mail me at miz.amie@yahoo.com

Thanks!