Monday, June 22, 2009

Mandi Wiladah

Ok, hari nie citer pasal bab agama iaitu Mandi Wiladah... Actually I pun lupa pasal nie till hari tu i dpt e-mail yg mengatakan, nowadays, org ramai selalu lupa pasal mandi wiladah.. Org akan ingat pasal Mandi Nifas jer.. tapi mandi Wiladah, ramai yang tak tahu... but, I'm not so sure sebetul mana e-mail tue.. skrg i dah rasa was-was pula ok.. and please share if u all ada info pasal nie..

Acc to here, wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran. so, meaning that, selepas lahirnya anak atau keguguran, maka seseorang tue kenalah mandi Wiladah nie.. mostly ramai org hanya tahu mandi nifas iaitu mandi selepas keringnya darah nifas... Kan? But, yg i pening nie, if mandi Wiladah ialah wajib selepas kita melahirkan anak, so, kita mandi2 dah.. but, kita still ada darah nifas.. so, condition kita on that time, adakah kita berada dlm keadaan bersuci? bcoz at the same time, kita still keluar darah nifas kan? faham tak u all?

Sbb kalau mengikut pemahaman I yg tak seberapa nih, buat apa nak mandi wajib kalau after that kita masih dlm keadaan tidak bersuci? (maknanya kita dah mandi wiladah.. tapi kita masih kuar nifas.. bersucikah namanya itu?)

I nak explain panjang2 pun i bukan expert ok.. but this one hukum hakam agama..so tak boleh buat main2... So, i really need to know.. Puas sudah I google nak tahu lebih lanjut pasal nie.. but, mcm2 pulak I baca smpai I lagi confused. So, i stop google... But after all, hanya dekat sini jer, yg I rasa penjelasan dia ok.

So, sekarang I nak tahu 2 soalan jer...iaitu:

1- perlukah kita mandi wiladah selepas melahirkan even at that time telah keluarnya darah nifas?

2- Atau kita tak perlu mandi wiladah sbb kita dah keluar darah nifas dan hanya perlu tunggu after darah nifas kering and barulah kita mandi wajib Nifas.

Sebab, setelah baca itu ini, I buat kesimpulan yang Mandi Wiladah hanya perlu jika seseorang wanita itu, melahirkan anak, kemudian masih tiada keluar darah nifas (in certain condition, cth mcm caesarean), so, kena cecepatlah mandi Wildah. But, if wanita lahir secara normal, sejurus selepas keluarnya baby, maka akan keluar darah nifas, so, tak perlu mandi wiladah.. Kita hanya perlu mandi nifas after darah nifas kering...

Mcm tue ker? U all jgn ikut kesimpulan i ok.. ini I conclude stelah baca and paham kat laman web soal jawab agama.. but I tak tahu betul atau tidak.. Wallahu'alam...

Sharing is caring.. so, let me know ya...

*Sory.. i memang suka pikir n pikir till tak dpt bt apa2 conclusion pun..huhuhu

14 comments:

  1. babe, i got an email pasal nih jgak! time tu awal2 tau preggy... my husband's friend yg FWD kan email tu to me.. rasanya penting lah mandi wiladah nih! kalo i jumpa email tu, nnt i FWD to u okeh! good info nih... thx! :)

    ReplyDelete
  2. aku bersalin, mandi wiladah.. sib baik kat spital putrajaya ada air panas..

    ReplyDelete
  3. Salam...saya dapat sumber nie dari internet gak...tapi apa-ape pun...memang mandi wiladah nie wajib....mandi kerana nifas pun wajib...kalau nak argue lebih2 nie ...susah sikitlaaa...soal jawab agama...rasanye dah nama wajib...kenalaa buat...

    MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS
    Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

    Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
    Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
    Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
    Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
    Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
    Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.
    Sumber : internet – Penjagaan Ibu Mengandung & Anak

    ReplyDelete
  4. mandi wiladah itu wajib....

    ReplyDelete
  5. me to the mrs-bride : yup.. i pun dpt email tue.. sbb tue cepat2 i google takut nanti tak buat dosa u..ee, tak mo tak mo... lagipun, bukan susah sgt nak mandi kan.. better buat dr tanggung dosa kan Knit...

    me to lynn : Yerla Lynn.. noted.. so perlulah kan? ok ok..

    me to anonymous : yup, i bukan nak mempertikaikan.. but just curious.. that's why i'm asking.. thanks babe for all ur opinion and petikan nie.. wallahu'alam..

    ReplyDelete
  6. hye sis..

    kalau tak salah saya, selepas deliver baby, if tak ada nifas , wajib mandi wiladah. tapi, klu ada nifas, boleh tunggu kering dulu darah nifas.

    tapi saya pun dah ingat2 lupa.. hal hukum ni lebih baik pergi jumpa org yg pakar dalam bidang agama ni personally.. sebab kita tak boleh belajar hanya dari pembacaan. saya suggest awak jumpa mana2 ustazah yg pakar dalam bidang ni personally..

    ReplyDelete
  7. tak faham,..nanti nak tanya my dad la..

    ReplyDelete
  8. beb, informative...nnt i tanya a few people yg 'terra' bab2 agama aka tempat rujukan i...my grandma... ;) will tell u later, insyaallah..

    ReplyDelete
  9. kak amie..nnt kalau dah tau result dia citer ek..huhu...nk tau jugak..penting ni..

    ReplyDelete
  10. to everyone... Sharing is caring

    Wiladah = mandi di hospital selepas bersalin (the next day pon boleh masa nak balik umah)

    Nifas = mandi sehingga darah tiada keluar lagi

    Hukum = Wajib.

    reference
    http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=83

    ReplyDelete
  11. Dear All

    I really appreciate utk sume komen2 u all tue.. so, if anyone here dapat info yg sahih, please let me know ya..

    Thanks

    ReplyDelete
  12. alamak,i bru tau bout this thing..i xmandi wiladah pon..anak dh almost a year..how???shud i mandi wiladah???

    ReplyDelete
  13. Nour : Alamak..yer ker? Why not u refer dgn org yg lagi arif.. I have no comment dear... cepat2 jumpa pada sesiapa yg u boleh refer ok!

    ReplyDelete