Mission Accomplished
Monday, September 14, 2009

Ok, mission sudah accomplished semalam dengan bershopping mcm nak patah kaki.. Berita baik, semua nafsu shopping dpt dilaksanakan... berita kurang gembira ialah keteringinan mempunyai kasut di bawah dr Charles & Keith akhirnya gagal dengan ayat simple dr husband;

"Ingat, awak nak pegang Qaira nanti..."



Mendengar ayat bersalah ini, akhirnya ku lupuskan jua hasrat yg diidamkan setelah sekian lama.. degan membeli wedges dr kedai yg sama dengan ketinggian yang tak seberapa itu, hanya cukup menenangkan hati dengan ungkapan "Janji ada kasut raya".

Uwaaaa.... benciikk...dan nak sedapkan hati, ayat sebegini berjaya memujuk hati;

"Takpe, tunggu Qaira besar sket bila dah tak payah dukung dia..."


Hehehehe...

Juga, pencarian baju juga semakin sukar apabilaterpaksa mencari baju bersaiz :

Uuuwaaaa... akibat melahirkan Qaira, beberapa bahagian badan telah bertukar saiz n need beberapa space untuk meletakkan lemak2 berlebihan tersebut... Sukacita dimaklumkan disini, saiz I skrg ialah XL...

Akibat dr dukacita ini, perlulah ditekankan, penurunan berat badan adalah penting untuk dilaksanakan lepas raya.. Kenapa kena tunggu lepas raya? Kenapa tak nak diet skrg? Sebab nak berjoli katak makan yg enak2 kemudian aku mmg nak berkerja keras...haaa.. tak sanggup... rasa sedih giler dengan keadaan skrg... resah dan gundah gulana memikirkan perihal berat badan.... nasib M&S mempunyai saiz sehingga bersaiz2... tapi to be in size 12 right now, adalah 1 bebanan yg perlu dipikul dengan senang hati. Hanya Meg Cabot sahaja yg memahami... lantas aku capai novel yg dah lama aku beli tapi hanya baca separuh jalan dr Meg Cabot.

Yang boleh menenangkan diri buat sementara waktu... Lantas, novel dibawah juga perlu dicari kalau pertambahan berat badan dijangka berlaku lepas raya... Hahahaha....



Bukan tu jer, postpartum hair loss juga lately nie dah nampak.. banyak rambut yg gugur even b4 nie, mmg susah I nak keguguran rambut.. tapi lately nie, dekat baju, dekat sikat, mesti ada rambut yg gugur... juga ada tekanan jiwa juga yg berlaku tapi disebabkan ia hanya sementara spt yg selalu aku baca, jadi tak perlulah dirisaukan dan hanya mengambil keputusan untuk memotong rambut spt gaya bob di bawah :


Rasanya gaya Eva Longoria nie lebih simple n pendek sbb Qaira pun dah pandai tarik rambut skrg.. Ishhh, banyak betul perubahan yg berlaku...

Akhir kata, saya pasrah n terima jer :)

Jualan Langsung
Friday, September 11, 2009

I ingat nak jual warmer Qaira; brand Tommee Tippee...

Sebabnya; pakai dlm 2-3 weeks jer.. pastu my EBM tak banyak... so, rendam dengan air panas jer.. lainlah kalau berbotol2 EBM nak dipanaskan untuk Qaira... Ada sesiapa yg nak? bagitahu ek... Still in perfect condition and of course lah looks new.. Eh, betul ker aku nak jual nie? Patut tak? I pun tak tahu...

Nyampahlah... teringin nak buat EBM.. tapi tak boleh langsung... eh, jgn kata... even setengah Oz, I keep pumping wokeh.. elok lepas 44 hari jer, Qaira sudah berjaya breast feed and on that time my milk production sudah semakin low.... dulu sekali pam boleh dapat 7-15oz.. skrg tidak lagi... benciiikkk!

Tapi takpe... mmg skrg nie pam tak jalan.. but I still breastfeed Qaira... tapi lepas tue dia still nak FM jugak... kiranya, I breastfeed Qaira seumpama desert untuk dia.. hahaha (Oppss...ibu2 yg exclusive bf mesti tak senang baca apa yg I tulis nie... tapi takpe..) At least I tetap bagi dia breast milk dr takde langsung kan...

Malas dah nak stress pasal breastfeeding nie.. Yerla, anak org lain ada yg tak bf langsung, tapi ok jer.. sihat walafiat dan juga cukup khasiat dan juga berjaya jer... (Nie, I nak sedapkan hati sendiri.. yang lain jgn cuba membangkang...hahahaha)

Ishhh,, pening bila pikir... bila tgk muka Qaira, sian dia... Qaira, Qaira... mama dah try the best.. dah flat nipple nak buat cmna kan... Tapi sebenarnya bukan flat sgt pun.. Qaira jer yg tak pandai..huhuhu...Ha, tapi lama2 pandai jugak kan? bagussss.... Takpelah Qaira.. Asal anak Mama sihat walafiat sudah...

Eh, eh.. nie dah melalut dah nie.. sbb hajat di hati nak menjual warmer sahaja.. tetiba dah jadi luahan perasaan seorang Ibu.. hehehe...

Eh, u all dah shopping raya? kat mana best nak shopping brg baby? Jgn ckp GAP ok.. Sbb aku rasa semua baju Qaira brand yg sama jer smpai nak muntah... Entah2 sume fesyen baju kat GAP tue dah pernah beli.. Qaira, Qaira.. disebabkan Qaira Mama jadi rambang mata... dulu Mama pakai Kiki Lala jer.. Mama tetap comel dan bergaya...hahaha... Korang dulu pun samakan? jgn nak denied ek...huhuh... baby skrg pandai demand.. (eh, eh.. baby ker or Mama dia yg demand sebenarnya nie.. confused...)

Lagi 1, mana ada sale skrg? Pumpkin Patch sale tak? Osh Kosh? Mothercare? RL? Argghhh... dah sah2 takde sale.. beli mahal2 pun 2,3 bulan jer Qaira boleh pakai... kalau beli baju yg fancy sket, alamatnya sekali jer la pakai (yerla.. takkan nak pakai kat umah plak kan...)

Nak jimat, online shopping jer.. berlambak2 baju GAP la, Osh Kosh la dengan harga yg murah.. asal murah aku pun tak tahu... tapi yang tak bestnya, semua baju tue sama jer.. org nie jual.. org tue pun jual jugak... Silap2 sume akan kelihatan sama di hari raya... Tapi, memang berbaloi... Kan?

Mmmm, yg lagi best, ada ker Tok Ayah Qaira suruh bli beju kurung... ahahah.. ada ke saiz? tak pernah nampak pun baju kurung saiz 3-6month... Yang bestnya lagi, mesti Qaira jerit bila pakai baju kurung sbb rimas kan...Agagaga... next year jer la i beli untuk Qaira...

Moral of the story; Inilah akibatnya kalau ada anak perempuan.. kita tgk apa yg I dapat.. this weekend nak shopping raya! yeay!

Cerita Sedih Minggu Ini...
Thursday, September 10, 2009

Ish, balik jer ofis mcm2 cerita ada... kerja berlambak2...eee... benci...sbb tue tak sempat nak update blog pun..

Tapi dlm banyak2 cerita, cerita nie paling sedih skali..

My officemate, Kevin, isteri dia dah bersalin around 2-3 weeks ago mcm tue.. tapi yg sedihnya, wife dia meninggal sbb hilang banyak darah during bersalin tue.. sedihkan? I just can't imagine klu I ada kat tempat dia... bila tgk muka dia, mcm sedih jer.. malas nak tanya apa2...

Nie anak dia.. comelkan?


Tapi sian, Mommy dia dah takde.. I tak boleh imagine la kalau my daughter lahir tapi I takde.. sedih sgt2...


Cute jer kan?


And nie my fren with his late wife.. A big condolences to kevin... Semoga dia tabah membesarkan anak dia tanpa isteri tersayang!

First Day Keja
Monday, September 7, 2009

Hari nie dah start keja..

Perasaan? Malas ada, bosan ada... ish, apesal ofis tak area Selangor? Kalau tak, bulih cuti... Aiseh..

Sekarang baru pukul 11.30 pagi...

Saya sudah kangen (rindu) sama.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Qaira Jasmine... nie gambar semalam... ntah kenapa happy sgt... Oh! maybe pasal semalam she turns 2 mths old...hahaha... rindu Qaira.. tak sabar nak balik.......

Today, we hit 10 years of relationship!
Friday, September 4, 2009

Hi peeps,

Yes! Today is our 10 years relationship anniversary! Boleh? Maknanya, cintan cintun for 10 years babe... Dan juga hari ini telah genap 1 tahun 2 bulan we all kawin... How time fliesss....

Kisahnya, we all kenal each other since tadika lagi.. tapi kenal2 camtu jer.. tak pernah tegur n tak pernah tahu nama dia apa... till kitorang form 3 dan kebetulan pegi juga sekolah yg sama, husband jatuh cinta (cinta katanyaa...agagaga) and proposed I jadi gf dia...

Cettt...gatai... I time tue tak minat nak buat any commitment.. saya suka bebas (sebenarnya, time nie ramai bf...agagaga)

Pastu husband cintan cintun dengan 1 girl dr skola kitorang yg baru dtg dr London.. (London konon.. ceh...)

Alkisahnya budak London nie, sombongnya yang amattt... me n husband n other fren time tue sket punya rapat gila2 coz kitorang nie join pengakap time tue,.. tetiba2 gf London dia tue tak bg husband I kwn ngan kitorang...

Member2 time tue sume bengang n mulalah memasang strategi bagaimana untuk memikat balik husband kuar gila2 ngan kitorang... Hahaha.. (Eh, paham ke nie.. ringkasan jer aku citer nie...)

Pastu, ada ker patut member I menggunakan kelemahan husband, dengan menyuruh I memikat balik husband ketika di sekolah dulu... (sbb dorang tahu husband pernah ada hati dengan I kan... time nie, lagi 2 bulan nak SPM 1999)....

I pun menggunakan strategi wanita memikat husband meninggalkan gf London nya itu... Lalu, kitorang MENANGGGG!

Husband dengan sewenangnya meningalkan gf Londonnya itu... agagaga... dan aku menanglah time tu!

Since dr situ, I ingatkan nak kawan sekejap jer la... sbb my husband nie on that time bukan my taste u all... hahaha.. tapi, I tak tahu mcm mana I terperangkap menjiwai cintan cintun kitorang... Cehhhh...

Till, kitorang further study still keep in touch... and habis study terus tunang after 7 years of relationship... lama wei... gaduh toksah citer.. terjun keta pun pernah... hahahaha... nasib tak terjun bangunan jek...

Pas tunang, terus grab dia gi KK with my family.... time nie angan2 nak kawin la nie..


Pastu on 4th July 2008, kitorang pun kawinnnn setelah banyak dugaan di tempuhi...





Dan juga berbulan madu.... madu katanya.... hihihihi.. Pas kawin, terus dah tak gaduh... mcm takde apa dah... baik jer.. gaduh2 manja jer ada...

Dan juga smpai la I pregnant.... (time nie tgh tggu dilate nie.. tak bukak2...sakit woooo)

Sampai la lahirnya si comel anak Mama n Abah...

To husband,

Happy Anniversary dear... sorry, time genap setahun tue tak sempat nak buat entry gara2 dah masuk spital nak bersalin.....

I love u and my life feel complete now with u and Qaira besides me all the time....

Semoga kita bersama hingga akhir hayat....

Thanks for everything...

Love,
Wifey

Muka Qaira mcm siapa?
Thursday, September 3, 2009

Ok, nie entry takde keja jugak... hahahaha



Husband & myself during zaman kecomelan.. hahaha

And now? Qaira Jasmine yg garang.... Siapakah yang lebih memonopoli muka Qaira? me? or husband?

New Super Hero

While Qaira sedang mimpi yg indah2, Mama dia takde keja dan terhasillah ini:


Ini maknanya dah takde keja dan menghabiskan sisa2 cuti di rumah ketika bulan puasa.. Hahaha

Qaira's 2nd check up!
Wednesday, September 2, 2009

Semalam was Qaira's 2nd check up!

Mcm biasa, kena jab pun tetap maintain anak Mama.. no crying ok!

and now, Qaira is 5.1kg! Uwaaa... dah besar anak Mama...

And guess what? Next week dah start keja...

Perasaan? Bosssaaaannnnnnn

What happened to Qaira nie?
Friday, August 28, 2009

Adohai.. apa dah jadi dengan Qaira minggu nie? Hihihi...

Dulu, I berangan konon my baby nanti laki (sebenarnya nak sedapkan hati sendiri agar yg dlm perut tue baby girl..) hahaha...

So, b4 tahu gender, saja2 beli baju baby boy... huhuhu... alih2, Allah perkenankan jugak hasrat aku nak baby girl... so, apa kita buat dengan baju2 tersebut?

1 di antara baju2 tersebut telah :

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Di pakai oleh Qaira hari nie... hahaha.. amacam?

"Mama, saya girl la...."


Dan juga...... mari kita zoom sket...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Gara2 Qaira baru pandai breastfeed lately nie.. (nasib tak hilang 1 skill),


"Muka saya dah naik rashes Mama....."



Hahaha..sian Qaira.. after pantang (dah tua dah) baru pandai nak breast feed.. selama nie, dok try tanpa give up, tiba2 Qaira dah ok dah.... (kiranya, b4 nie dia asyik amik yg hujung2 jer smpai luka...) Now nie, dah ok... tapi my milk production dah makin menurun la.. Dulu, sekali pam dapat 7oz... skrg, nak dptkan 2-3 oz pun payah... Bila mula2 Qaira nak pandai tue, banyak susu yg tumpah kat mulut dia.. so, as baby has sensitive skin, Qaira pun jadilah mcm nie.. but, we've already consult dengan doctor and nothing to be worried.. hanya apply beberapa cream... tak lama lagi okla tue...

But, Qaira still minum FM juga.. nak buat camna kan... I've tried my best nak exclusive bf, tapi dah tak boleh nak buat camna kan... So Qaira, takpela, as long as anak Mama sihat.. at least Qaira dah master menghisap botol, pacifier dan juga bf! At least sume skill ada.. hahaha...

Aqiqah Preparation for Qaira - Part 1
Wednesday, August 26, 2009

Since tgh cuti lagi nie, I dah busy2 buat preparation for Qaira's Aqiqah.. rancang2nya akan diadakan during 3rd weeks of raya.. InsyaAllah kalau takde apa2 kan..

Mula2, I prepare untuk bunga telur Qaira ok.. since dah boleh buat sendiri, so buat sendiri jer la senang... yang pastinya, adindaku pasti menolong.. ok dik?

Bahan2 untuk buat bunga telur


After dah celup dengan dip.. Nie kerja org malas.. sbb buat utk diri sendiri, so cincai2 jer la.. huhuh.. tapi tetap akan jadi rupa bunga telur ok!


And this... designed by Atim merangkap tunang my sis.. Qaira, nie Uncle Atim yg design kan.. comel kan? Uncle Atim kata nak tambah letak gambar Qaira.. will see the result later... Tag nie will be on Qaira's paper bag during majlis tue nanti...

Preparation yg selanjutnya akan di update later ya... banyak lagi nak kena buat.. sbb tue tgh cuti nie, ada masa buat sikit2..


And here, my little Qaira yg makin lama makin menembam...



Atas dada Abah dia pun, dia boleh tido kalau ngantok sgt... Ayoyo... Hahaha...

Ini bukan nak ngumpat time bulan puasa..
Saturday, August 22, 2009

Remember this?

Oh! I bukan nak maki hamun during Ramadhan yg mulia nie.. but I received another complaint from client Aisram Creative jugak. Kan dulu dia sabotage my fren's wedding and until now tak apologize langsung...

Complaint 1

He gave the same treatment to me and my friends - never return sms, never pick up his hp and did not read emails ...

We had orders that we had to scrambled at the last minute to cover for his inefficiencies.
Definitely one example of janji melayu ..


Complaint 2 (Latest I received today)


kenapa la i did not bump into your blog sooner.. i kena big time punya ngan aisram!

paling best, i order box dia, untuk a new corporate client for my business!

i know my order last minute (2 weeks utk 100 boxes), i tanya dia banyak kali, boleh ke siap? - "boleh... no problem" nasib baik he did not ask for payment, and the sample box i mintak pun dia kasi free je.

end up - i call dia 1 day before the supposedly delivery date (saturday). hmmph. off phone. whole of saturday, sunday i call, off handphone. monday i call, ada dialtone. tapi tak angkat. dia sms balik, ckp dia tgh drive, pls call back later. i pun keep la on calling. either message, or off terus. sampai i ckp, tak habis2 driving lagi ke. i email.. skit lagi nak gi serbu dia kat NST - dia keje situ.

pastu i fikir, dia ni mcm melarikan diri, tak guna i pi serang dia pun. so i looked for ganti tukang buat. walaupun she's more expensive than what i quoted my client, tak tak kuasa dah.

my sendirian berhad company's name is at stake, and my client is not a calang2 punya company. dia setakat enterprise pun tidak tu, boleh la conduct his business mcm tu!

geram! bodoh punya orang. so i start a smear campaign. so that orang lain tak terkena jugak dgn dia.

See? Eee.. I memang takkan order lagi dengan dia.. berapa ramai lagilah kat luar sana yg kena tipu.. nie baru beberapa org yg terbaca blog I... I bat mesti ramai lagi yg terima nasib yg sama.. Those kat luar sana yg nak order dengan Aisram Creative, I tak larang.. cuma BEWARE.. tapi kalau dah terkena, tak boleh kata apalah... Dia tak tahu ke sikap dia tue membuat org lain SAKIT HATI!!!!!!!

Sayang seribu sekali sayang, produk bagus, tapi attitude KURENG!!!!!!

Oh Ya! Nie bulan pose... I sabar... dun worry.. cuma I kesal... kenapa dia tak ambil iktibar dr apa yg dia pernah buat pada org lain.. sbb today, ada lagi org yg sakit hati dengan dia sbb PENIPUAN yg dia lakukan tue..

Their blog : http://aiscreative.fotopages.com

Nota kaki : ORANG TAMAK SELALU RUGI

Almond Rocher (ORDER)
Friday, August 21, 2009

Those yg order untuk raya without any payment lagi, SILA BUAT PAYMENT BEFORE THIS COMING WEDNESDAY (26 OGOS 2009) ok untuk confirmkan u all punya order..



Untuk raya nie, collect 2 WEEKS BEFORE RAYA..

Those yg order tapi I tak receive any payment before WEDNESDAY NIE, I anggap u all cancel order ok..

Thanks for ur cooperation...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Booties for Qaira
Thursday, August 20, 2009

Actually I ada beli banyak booties n cute little shoe for Qaira.. But this one, while tgh bosan2, I drop here, and tgk comelnya booties nie!

Inilah akibatnya kalau ada anak perempuan... semua nak beli.. that day husband and I went to Lovely Lace Baby kat Alamanda.. apa lagi borong la.. tak boleh tahan... huhuhu

Harap maaf mutu gambar kurang memuaskan....


And here, pics from Sweet Pinky Stuff!

* Cuti 60 hari ingat bolehlah save duit gaji sbb tak keluar gi memana, tapi disebabkan online shopping mcm org giler, sama jer cuti ker tak..hahaha

Confinement period tamatlah sudah!
Wednesday, August 19, 2009


Yeay! Semalam genaplah 44 hari berpantang yg mcm tak pantang tue.. huhuhu (sesetengah org sensitif wooo klu ckp kita tak berpantang.. nnt mula la komen in future, husband tinggalkan kita lah apa la gara2 tak berpantang...hahahaha)

For me, cara berpantang nie, terpulang pada diri masing2.. kalau nak berpantang, pantang,,, kalau tak nak, sudah..kan?

Since I c-sec, so cara berpantang tak lah ikut yg lahir normal tue...

Lepas balik jer umah dr hospital, pertama skali, bab makanan la yg harus dipantangkan.. I tak boleh minum ais or minuman sejuk..kalau boleh yg panas or suam jer.. apa lagi air kosong sajalah santapan seharian demi memantangkan diri... pastu I amik fresh milk every morning... air2 lain dikecualikan at the moment.. Tue yg lepas habis pantang nie, mcm tikus cari ice blended..agagaga

Then dlm bab makanan plak, first week tue rasa mcm nak muntah jer.. rasa klu tak makan pun takpe dr makan ntah apa2... lauk tak habis2 yg berunsurkan lada hitam, ginger and mcm2 lagi lah yg untuk panaskan badan... setengah org tue tak bagi makan ayam la, telur la.. tapi I makan jugak.. sbb consult dengan sorang midwife tue, dia ckp dia pelik sesetengah org pantang mkn ikan bilis jer hari2.. konon2 nak berpantang..makanan berkhasiat lain diketepikan.. dia kata patutnya dlm tempoh berpantang nie makanlah makanan yg segar dan berkhasiat seperti ayam.. cuma elakkan benda yg boleh jadi gatal mcm udang and so on.. Dia ckp lagi, at first kita try makanan yg kita rasa tak gatal.. if ok, can continue.. kalau rasa gatal, esoknya tak payah makan lagi.. Elakkan juga makanan yg sejuk mcm timun n lain2 la...

Since I bersalin kat government hospital, so adalah jururawat masyarakat yg dtg umah hari2 check my condition n baby.. (bagus betul govt hospital nie..huhu.. klu harapkan private, mesti takde de nak dtg jenguk kita..huhu) They advice, dlm tempoh 2 minggu nie, jgn makan any jamu sbb baby menyusu.. so, I ok jer... Pastu, after a week, baru lah I berurut...

Between 2 weeks tue, Mak Long I (yg memang sangat berpantang orgnya.. smpai pening I dibuatnya..), hari2 bebel suruh sapu param kat seluruh badan..huhuhu.. Mula2 I pun tak tahu param tue apa.. then bila dia belikan, I guna jerlah kena lulurkan diseluruh badan.. effect dia, panaslah 1 badan... disamping itu jgn lupa berstokin jua... Dlm masa 2 weeks tue juga, I minum pati ikan haruan Polleney tue.. and also jelly gamat from Healin untuk sembuhkan luka jahitan itu dengan cepat...

After 2 weeks, barulah I guna set bersalin Leesa Formula.. tapi tak semua.. I hanya ambil Pil Prawan, Cotet Emas and Ginger Cream.

Cotet Emas Leesa Formula


I minum cotet emas nie, untuk cepat kecutkan peranakan, bagi tenaga dan merapatkan kembali tuttt and dia ada anti-oksidan yg dpt sembuhkan luka dengan cepat juga... dalam dia ada 16 uncang.. so setiap pagi kena minum.. rasa dia ok! I suka.. takde sebarang masalah nak minum..

Ginger Cream Leesa Formula

Then, I gunakan ginger cream nie setiap kali lepas mandi and jugak time tido.. sapukan kat seluruh badan dengan kat dahi sebagai pengganti pilis.. I paling suka cream nie.. bau dia best and I thought bila pakai rasa oily.. tapi tak.. dia more to cream.. so, rasa mcm losyen jer la.. baik untuk membuang angin2 dalam badan, menghangatkan badan dan memudahkan pencernaan... b4 berstokin tue, I sapu jugak cream nie dekat tapak kaki...


Tablet Prawan Leesa Formula

Yg nie ambil 2 biji sehari lepas makan malam... dah nama pun pil prawan.. so, nie untuk membantu sihatkan rahim dan sistem dalaman kita seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang prawan...wah...ayat tak ingat aku nie...hahahaha

Set Leesa Formula nie ada jugak tablet Haruan.. but since I dah makan pati haruan n jelly gamat, so I tak ambil tablet haruan tue...

Then, bila dah sebulan mcm tue, baru I boleh bertungku..tapi tak guna tungku Leesa tue.. I guna tungku sdiri..lagi best...

Then skrg dah habis pantang and luka kat perut ni pun I tgk dah ok.. barulah I nak beli Body Contour Gel Leesa tue and jugak berbengkung...

Lebih kurang mcm tuela cara I berpantang.. yg lain2 tak ingat sangat... asal dah habis pantang hari nie.. HAPPYYYY sudah...

Qaira pun dah habis pantang jugak.. tapi sian di.. Qaira still tak boleh gi memana.. I tak nak bawak dia kuar langsung because of H1N1 tue.. takottt... biarlah dia dok umah, minum susu n tido jer... bila situation dah ok, kita jalan yer Qaira...

Qaira in Cot!
Tuesday, August 18, 2009

Since day 1 Qaira balik rumah, me and husband dah siap2 memang letak dia dalam cot.. time Qaira umur seminggu. dua minggu tue, mmg dia syik tido jer.. so, takde masalah kalau letak dlm cot...

Masuk minggu ke-3, letak jer Qaira dalam cot, dia mcm tido tak lena.. gerak sana sini, bunyi mcm tak selesa bila tido.. Mula2, I was thinking, dia kembung perut ker apa ker..so, I amik Qaira and put her between us kat atas katil, pastu, dia terus tido dengan nyenyaknya...

Begitulah hari2 seterusnya, bila letak jer Qaira dalam cot, sekejap jer dia akan tido then bangun dan merengek2.. selagi tak angkat dia, selagi tue la dia rengek2...

Hari2 semakin berlalu sehinggalah hari ini... Setiap malam b4 tido, bila letak Qaira dlm cot dia, pasti dia terjaga semula.. sedangkan dia mmg ngantuk yg teramat sangat.. nak kata katil dia tak selesa, tak jugak.. i tgk ok jer.. jenuhlah husband and I bereksperimentasi dengan membuat katil Qaira rasa mcm katil kitorang, tapi, tak jalan..



For your info, katil Qaira 1 bilik dengan kitorang... (masa mula2 dulu ada hati nak letak Qaira dalam bilik lain...ceh) So, takde masalah lah kalau I nak jenguk2 dia bila dia tido kat cot dia.. Mula2 I suka sangsi, baby lemas la time tido la apa la..biasalah perasaan yg ntah apa2 yg selalu muncul dlm kepala otak I nie... tapi, dia ok.. cuma dia tak rasa comfortable bila tido sbb asyik terjaga jer...

Masuk nie dah berapa kali I cakap Qaira asyik terjaga kan? Yang peliknya, bila kitorang angkat dia tido bsama2 atas katil, terus dia diam and tido smpai sok pagi.. bangun time poo poo dengan nak susu jer... pastu terus khayalan dalam dunianya... Zzzzzzzzz.........

Yang menjadi masalahnya skrg, bila Qaira tido kat atas katil dengan we all, I pulak yg tido tak lena sbb I was fikir yg bukan2 takut Qaira kena himpit dengan Abah dia atau pun I sendiri.. I tak kisah lagi, sbb I nie cepat alert kalau ada apa2.. Yg dirisaukan ialah siku Abah dia yg tido tanpa tidak sedarkan diri itu...

Alkisahnya, kenapa Qaira jadi camni? Anyone experience yg sama mcm I tak? i confused la.. I dah tak boleh tahan Qaira tido sekali dengan we all.. selagi dia tido sama, selagi tue la I tak tido lena di malam hari...

Pics : Istock photo

I heart this!
Thursday, August 13, 2009

Oh! I heart this so much!

I was thinking to have Rizman Ruzaini for my designer during my sister's wedding. While surfing to Rizman Ruzaini's blog, mata ini tak boleh alih dr melihat....

INI !!!!!!!!!!

It was from Rizman Ruzaini's Bridal Collection for 2009... Oh! Nasib aku dah kawin jer.. kalau tidak, this would be my choice! The color combination sangat exotic! Cantiknya... I was like.... Nak nie jugak...

Tapi, bolehkah dengan badan sedugong ini to have something like this selepas lahirkan Qaira..? Hahahaa... I kena slim down dulu... Sudah pasti hajat ini akan terkubur begitu saja...

Mmm, I have no idea what should I wear during my sister's wedding nanti.. Yes, I mean the design.. I would like to have something different yg lari dr KURUNG or KEBAYA... bosannya rasa.. the KEBAYA itself, mmg bukan sesuai utk dipakai dlm waktu terdekat ini.. I mean maybe a year from now.. arrghhh! Tensi!

Aha, and I surf blog Rizman Ruzaini till I drop to this! Simple jer kan? I would like to have something like this.. tapi tak nak kembang sangat and banyak layer mcm nie.. and alter sket kat bahagian dada.. tak nak ropol2 sgt.. might be change to something else.. nie I kena jumpa dengan Rizman dan Ruzaini.. dan juga mengerah mereka bagaimana untuk design baju I agar tidak terlalu gemok dipandang org sekaligus nampak vogue da vass sambil mendukung Qaira... hahahaha...

Yang penting, less beaded or Qaira akan gatal2 nanti bila I dukung dia.. hahahaha...


Cantikkan... And I tgh fikir untuk tambah koleksi for my heels.. sudah hampir setahun tak pakai 4 inch heels.. Oh! Bolehkah? Cannot imagine 4inch heels with Qaira dalam gendongan.. Ketawa lagi.. hahaha... 4 heels tue pun dah cukup tinggi.. I think I'm not able to wear yg tinggi2 lagi or else, Qaira and I will tergolek dog di majlis adik I nanti...

Almond Rocher ~Sticky Mode~ UPDATED

Ini ialah sticky mode ok..

Sempena dah nak puasa and raya yg nak menjelang tiba, (even lambat lagi..) I would like to introduce those yg interested nak order Almond Rocher!

Helping my frens yg jual biskut nie.. Reason I nak tolong dia jual pun sbb biskut nie sangat sedap wokeh... Biskut dia rangup.. coklat dia full.. banyak.. bukan mcm sesetengah org yg jual coklat ciput jek kan..hihihi


Dahlah rangup, coklat banyak, on top of that, letak pulak white choc! Dalam dia ada almond.. lagi best dr London ALmond... (eh,eh..)


Sesuailah kalau nak order utk hari raya ker, nak buat hantaran tunang ker, kawin ker atau nak makan sesaja...

Mcm I, beli makan sesaja, 2-3 hari dah habis 1 bekas! Hahaha...


I bekas nie ada 47 biji.. Hanya RM27 sahaja... mahal sket but I think worth dengan presentation and rasa biskut nie...

Kalau nak order, e-mail I ok miz.amie@yahoo.com

UPDATED : Wah, baru letak beberapa jam entry nie, beribu2 org order kat e-mail nie....huhuhu..bagus bagus.. sedap I tell u..kalau nak tanya apa2, jgn segan2 ok!

Qaira's gadjet
Tuesday, August 11, 2009

Qaira dah 1 month now..skrg nie dia dah pandai gerak2.. even tido atas katil pun, kejap lagi dah terpusing2... bila time mandikan dia, dah pandai tendang2 kaki dia... then, bila dia tak mo tido, merengek2 sbb dia tak nak baring jer.. nak suruh org angkat...ish, Mama mls nak dukung2 nie.. nanti dah terbiasa asyik nak dukung jer..

So, husband and I decided to find a new gadjet for Qaira nak bersuka ria.. And we bought FP Aquarium Swing for Qaira.. bila letak Qaira and swing her, muka dia selamba jer... ish ish..


Kadang2 sampai tertido dlm swing... tapi tak nak biasakan jugak.. sbb nanti dia asyik depends on swing dia jer.. so, I letak dia once dia dah bangun tido and borink2..


Tgk.. siap buat muka ek... hahaha


Then, lately nie we tried pacifier for her.. Me and husband tak rancang pun nak introduce pacifier utk Qaira.. but 1 hari tue, dia asyik ngamuk and nak susu jer.. pastu I tgk mulut dia, mcm mulut ikan.. mcm nak suck something.. so, I cakap dengan husband nak try pacifier for her yg kebetulan ada org hadiahkan dlm gift set...


Mula2 husband I tak agree... but I cakap, try jer la.. bukan ada pun... and I google this. Before you tried pacifier to your baby, read it either it's good or not for ur baby..

But it seems that Qaira tak berapa suka.. dia hisap, hisap.. cuma sekejap pastu dia kuarkan balik.. hihihi... tapi, kalau dia nak tido, pacifier nie mcm dah penting.. kalau hisap, gerenti cpt tido..

Qaira, Qaira... apa lagilah lepas nie...

Baby Diapers ~Updated~
Monday, August 10, 2009

I've tried beberapa brand diaper for Qaira... And here my opinion for those yg tanya..

1- Drypers
When Qaira was born, aku pakaikan dia Drypers Newborn. Drypers newborn nie, even dia newborn, dia mcm besar sket.. but still fit Qaira yg masa tue hanya 2.8kg jer..tapi nampak besar bila dia pakai.. but it still breathable and soft.. so, I rating diaper nie 3.5/5 and also recommended. Qaira pun takde rashes while pakai Drypers.



2. Huggies
Then, aku saja2 tukar Huggies Newborn.. size dia kecik sket than Drypers Newborn coz newborn punya size up to 4kg jer.. but still breathable cover.. I think Qaira comfortable pakai Huggies...and no nappy rashes at all.. so, I rate 4/5 for Huggies!


3. Pureen Dry 5
Then, bila Qaira dah berisi sket, aku guna Pureen diaper yg beli kat warehouse sale masa bulan 4 tue.. diaper nie so-so sajalah.. Qaira tak berapa confortable bila pakai.. agaknya dah 2-3 kali pee pee, dia dah rengek2 mintak tukar.. and bila I rasa pun, kat bahagian luar dia dah rasa mcm lembab.. but, Pureen nie murah.. bukan masa beli kat warehouse jer which cost me around RM24 utk 66 diapers, kalau kat luar around RM34-RM37 jer.. baru2 nie, ada lagi warehouse sale Pureen, I borong lagi 3.. my recommendation, diaper nie sesuai pakai siang jer bila u have a lot of time nak check diaper dia.. sbb baby tak comfortable.. and save ur money a lot sbb baby mula2 suka pee pee and poo poo kerap sgt.. kalau malam, 2-3 kali terjaga sbb diaper basah.. so, I just rate 2.5/5 jer la.. and Qaira pun ada rashes sket bila pakai Diaper nie.. so, kena kerap tukar..


4. Mamy Poko
Skrg nie, bila pakai Pureen siang hari, malam, I tukar Mamy Poko for Qaira.. so, dia tak bangun untuk change diaper.. hanya bangun bila lapar jer.. and the best thing pasal Mamy Poko, I tgk material dia pun more comfortable... and dia ada poo poo pocket.. so, bila Qaira poo poo, dia takde lah cepat merengek sgt.. sbb Qaira nie jenis, kalau diaper dia dah basah sket and bila dah poo poo, cepat jer nak mengamuk.. and I guna Mamy Poko once nak travel gi memana jugak.. sesuai la dgn iklan dia "Mamy Poko, tidur lena pagi senyuman..."... tapi Qaira, "Tidur lena, pagi lambat bangun"..agagagaga... I rate diaper nie 4/5 gak.. mmg dia ok, but harga dia expensive sket.. buat pa nak beli mahal2 jer because of diaper kan.. huhuhu... so, Mamy Poko nie I think sama jer quality dia with Huggies.. Huggies more cheaper.. yg penting, pakai jerla diaper mana pun yg suit ur little one.. pasni I nak try cloth diaper pulak.. hihihi


Bila Qaira ada nappy rash sket hari tue, I guna lah rashes cream.. tapi lambat gak nak heal.. so, I beli Vaseline.. sekejap jer dah ok.. tak sampai 1 hari, Qaira punya rashes dah takde.. so, I recommend sangat2 Vaseline nie... if ur lil one takde rashes pun, just apply jer Vaseline.. sbb dia mcm pelembab kan... so, no harm for ur child.. Sangat suka Vaseline skrg nie.. penyelamat!


And last..sesuai tak Qaira jadi model diaper? Hahahaha...