Showing posts with label Pregnancy and baby. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy and baby. Show all posts

Sharing the good news
Thursday, September 13, 2012

Dear all,

See? I've told you.. bila MG rest for 3 months, I have a lot of time to update my blog tau. And we've already back in business and busy mode is back.. ;)

I just want to share a good news. Maybe sesetengah org dah tahu thru fb that I'm now in my

7 weeks of pregnancy!

Alhamdulillah. I don't expect the news but I'm very happy sangat....

So, please pray for me. I'm a bit nervous when I think about Damia. But, semoga semuanya dipermudahkan. It's too early but we're looking fwd on this. InsyaAllah if ada rezeki, May next year I will expecting to see my 3rd baby ;( *cried*

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

till now,
xoxo


My work recently...
Thursday, July 14, 2011

Hye darlink!

I'm in 36 weeks of pregnancy and will be deliver Qaira jr. anytime from now. I've prepared my hospital bag last 2 days.. haha.. lambat kan? I was so busy and I think I need a rest! 

Oh, I've done shopping for Qaira and my lil junior. Mostly Qaira punya semua untuk baju raya dia lah.. and for the junior, most of the baju, I recycled Qaira punya dulu.. still look new tau! But, I've spend for baju raya dia jugak recently.. will post the pics later lah!
 
Aha, I've been eyeing on babygear for my lil junior. Dulu masa Qaira I bought FP Swing for her.. tapi Qaira ni jenis tak suka swing... letak atas katil then tidur terus. Tak payah swing dah lelap. So, I dah jual the swing dulu.

And for my second baby, I was thinking to have a bouncer instead of swing. And i've been eyeing on this!


Pics : Google


This is a new design of FP bouncer ganti yg frame color biru tue... tapi takde music.. Cheaper than the previous one.. Anyone here tahu kat mana murah? I dah survey the cheapest i can get is RM299.. If anyone here tahu kat mana jual lagi  murah, do let me know ok! Appreciate your response! Hiks!

Besides, below piccas are my previous work last week.




Pics : Afifi Ishak

Pics : Afifi Ishak
 
And the last pelamin was different from what we've done before..A Rock Star theme wedding! Bukan ke banyak kerahan tenaga nak kena bt utk semua nie? hahaha.. semputttt! But, I still manage to work on it.. Thanks Allah.. Alhamdulillah...

And 'US' during our 3rd celebration anniversary at Ayuthaya... Maaflah yer perempuan mengandung harus kelihatan gemuk..agagaga.. even this time I just gained 8kg compared to Qaira dulu smpai 18kg! But still gumun, gumun....Hehe...

Okla... preparing event for this week! Later peeps..


Love,

xoxo



She almost 2..how time flies.. i missed her so badly!
Monday, June 20, 2011

Hye


Yup true... I've been very super duper busy with workload!!! And sedar tak sedar my pregnancy dah almost 8 months and my super darlink little dotter dah nak hit 2! Huhu.. just imagine.. how time flies... And i missed my little Qaira so badly! Being a pregnant mom for our 2nd children nie, my feelings dah bercampur baur.. I just cannot imagine, camna nak sayang 2 org in one time? Hahaha.. Ok fine, anak tak keluar lagi..and tak pernah jadi ibu kepada 2 org anak.. so, it's a normal feeling lah!


And.... lately asyik tengok gambar Qaira dr dia kecik till now... cepatnya masa berlalu!!!


Newborn petite Qaira... she is 2.8kg jer... 


1 month young!


2 months young!


3 months young!


4 months young!


5 months young!


6 months young!


7 months young!


8 months young!


10 months young!


11 months young!


She hit 1 year old!


And today...............................


She almost 2! Dah besar anak dara sorang nih!


And my 2nd baby bump belly what so ever! This time, baby lagi besar dr Qaira! haha.. And I;m so ketegangan perut and tak larat! But still busy working lah!



My latest job... sume org kata... perut dah besar pun still keja lagi ker... takpe people.. i'm the boss.. arah sana sini jer... hahaha!

Ok, my EDD is on 3rd August.. insyaAllah... please pray for me and tak tahulah bila ada kelapangan nak update blog lagi as I'm busy with workload every weekend sampailah puasa nanti! Well, after all, I just can't wait with so many things in my  life... Satunya, anak sorang pengarang jantung dah nak masuk 2 tahun. Second, tunggu kelahiran anak kedua ni mmg tak sabar! Third, my marriage will turn 3 on July! Forth, I'm rebranding my business... tunggu je nanti.. new look from MG!


And last but not least, I;m very happy with my life now!

Till now,
xoxo

Oh look! What's in the oven?
Monday, April 11, 2011

Yesss! It's a lil girl!



Another girl is coming out and I'm soooooo excited!
My dad said "Korang semua ni pompuanlah..."

Ayoooo! Camtu takde harapan ada boy ker? Hihii.. The best thing is the due date dekat-dekat dengan Qaira. And kalau buat besday party harus boleh buat sama tema dan buat sekali jer setahun...Hihihi..


Till now,
xoxo

p/s- Botol sudah sampai. Nanti i create new entry.

Image : Google


Pengidaman yang tak dapat di elakkan....
Monday, December 27, 2010


Tolonglah! Chocolate cupcakes with macadamia nut? Mana mahu carik?

Morning Sickness
Wednesday, December 22, 2010

Hye ladies,

As my first pregnancy, my morning sickness taklah teruk mana pun. Nak panggil sickness pun rasanya tak sesuai as I tak rasa apa-apa except mual-mual macam tu jer. Same goes on my 2nd pregnancy. Cuma my husband ckp this time it is more like "Mengada" mood.. I cuma rasa nak throw up sekali sekala jer. Time Qaira dulu takde langsung.

And compared to my first one, I suka sangat makan manis-manis. Name it..any dessert would be fine as long as it sweet!  And my fav would be any western food and chicken and also any diaries product! kalau makan nasi nak kuah melimpah-limpah. Unlike now, jangan kata nak minum susu, anything sweet rasa nak throw up balik. I lebih suka makan masam-masam. Makan nasi tak nak kuah langsung and nak minum susu pun fikir 10 kali. And yang paling ketara, daging would be my fav! Serius, lain sangat compared to the first one. And it's funny when I tried to control my self from this "mengada" thingy.

And compared to dulu, dulu everytime I rasa and ingat yang I tgh pregnant. But now, kadang-kadang I lupa I pregnant till last week we went to Sunway Lagoon and terus semangat teruja nak main yang bukan-bukan. Hahaha! Oh! 

Well, my pregnancy still in early stage. Nak cakap banyak pun tak perlu I rasa. I have 8 months to go! Waaa... Lamanya... And I dah terbayang-bayang sakit nak beranak, back pain sume bagai. Oh! I hope this time I can breastfeed my baby and lahir normal compared to c-sec. kalau semua keluar ikut tingkap, alahai... susah betul nak jaga time pantang nanti.

Till now,
xoxo

It is unfair! Breastfeed Oh! Breastfeed!
Saturday, January 9, 2010

I stumble upon 1 blog nie. And I read this.

Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting.


MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.

Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.

Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.

Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.

“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.

“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .

Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.

Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.

“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.

“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.

Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.

“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.

Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.


What do you think? Is it fair for those who are not breastfeed their baby? For me, IT'S UNFAIR!
Just imagine la, manusia mmglah boleh berpatah balik kepada fitrah. tapi for those yg dah berusaha nak breastfeed their baby, tapi tak boleh, nak bt cmna kan? Penyelesaiannya, tetaplah kepada susu lembu atau susu soya. So, kalau cmtue, cmna pulak dengan manusia2 yg makan daging lembu nie? Akan jadi binatang jugak ker? Yg minum susu lembu? Yg masa korang pregnant dok telan susu lembu.. Salur jugak khasiat dia kepada baby. Binatang jugaklah kan?

Mmm, I guess SOME of ibu2 yg EXCLUSIVE BF baby nie kadang2 terlampau taksub sgt! I cakap some of them. Not all. My fren ada yg exclusive bf their baby. tapi takdelah sampai taksub dan memperkecilkan org lain. I guess, org yg menyampaikan ceramah nie pun, bukanlah bermaksud "Ibu yg bagi anak dia susu lembu akan jadi binatang anak2 dia". Dia bermaksud for those "Yg gemar memberi susu lembu dari susu ibu...". Maknanya yg awal2 dah pilih susu lembu dan avoid BF.

Nak jadikan cerita zaman Rasulullah, bila kekurangan susu, cari ibu susuan. Kalau nak compare dengan zaman sekarang, kat mana nak cari susu ibuan. Kalau korang yg exclusive BF nie, ha nak ke kalau I anta anak I utk korang susukan. Sanggup? 1 jer I nak tanya. U all sanggup atau tak. Kalau jawapan dia tak sanggup, jadi korang tak payahlah nak mempertikaikan apa2, ok. And those yg cakap sanggup tue, drop me your contact number. I nak hantar Qaira utk u all susukan. Nie I serius cakap ni. Atau advertise kan lah kat blog korang mcm nie.

"Sedia menyusukan anak yg tak dapat susu ibu"

Then, I rasa dulu masa I kecik2 pun minum susu lembu. Membawa sampai ke besar mmg I suka minum susu. So, maknanya I nie pun budak susu lembu. Atau budak binatang. Tapi bila besar, I tak pernah pun buat sumbang mahram. Merogol atau membunuh. Atau dengan kata lainnya, perangai I nie takdelah mcm binatang. I guess perangai manusia nie terbentuk dr mcm mana ibu bapa mendidik anak. Dan bagaimana anak2 tue terdedah dengan kehidupan sekeliling mereka.

Dan kalaulah susu lembu tue boleh jadikan anak2 nie berperangai binatang, I rasa Allah Maha Mengetahui. Kalau ia mendatangkan keburukan, mungkin susu lembu pun akan jadi mcm babi. Diharamkan sebab mendatangkan keburukan. Tapi tak kan? Allah tue Maha Mengetahui. Dia tahu apa yg terbaik utk makhlukNya. So, I rasa tak salah lah kalau anak kita minum susu lembu. Wallahualam. Dan kalau perkara2 bersifat kebinatangan nie berlaku dr zaman Jahiliyah, dan masa zaman Jahiliyah tue tak minum susu binatang, so dr mana sifat kebinatangan tue terjadi?

Dan kalau betullah susu binatang nie menjadikan manusia binatang, dah jalankan kajian kepada anak2 yg exclusive breastfeed masa dorang kecik2 tue, mmg confirm takde sape yg jadi pembunuh? Yg jadi perogol? Confirm ker? Kiranya dah confirm la nie 100% yg minum susu binatang yg jadi pembunuh perogol tue semua? Kiranya yg exclusive breastfeed nie semua bila dah besar mmg yg baiklah? So, cmna pulak dengan org yg bukan beragama Islam, yg masa keciknya 100% breastmilk, bila dah besar boleh pulak berzina? Kat sini terang2 dah nampak, perangai sesorang tue lebih cenderung dimonopoli oleh pegangan agama. I believe, jika kita ada pegangan agama yg kuat, takkan jadi perkara2 zina, rogol bunuh nie semua. Semua sebenarnya dtg dr kita. Dan kembali kepada kisah Iblis dengan Adam. Yg mmg bersumpah akan menyesatkan manusia! Nie ambil kira tak?

Sorrylah kalau entry ni entry emo. I bukan nak shoot ibu2 yg breastfeed nie! Giler, dulu masa I pregnantkan Qaira, I lagi bersemangat waja nak exclusive breastfeed kononnya! I lagi prepare complete set utk nak breastfeed! I rasa I punya set lagi complete dr ibu2 yg tgh breastfeed nie! Sbb masa tue I mmg betul2 nak breastfeed my baby. Tapi Allah tu dah tetapkan bukan rezeki I agaknya. So, I tak boleh nak breastfeed. U all ingat I suka terkinja2 ker tak dapat nak breastfeed? Takkan nak citer I menangis 1001 malam sbb tak boleh breastfeed? Takkan nak citer I mengamuk kat semua org sbb mentaliti I yg asyik fokus nak breastfeed tapi tak boleh! Takkan nak canang kat semua org kan? Only Allah knows how bad I felt dulu. Sedih! Paham?

And to those yg exclusive bf nie, tak payahlah nak berlagak2. Ni Allah dah bagi rezeki kat u all, bersyukur jela. Buatnya kalau Allah tarik balik nikmat tue, ha, u all tahulah perasaan I mcm mana. Ingat ya, takde ibu yg tak nak bf anak dia except J.Lo. Yg tue, I tak tahu. Mmg crazy mother tak nak bf anak dia. Tu u all boleh maki hamun ok. So, tak payahlah u all tulis kat blog u all tue, perkara2 negatif to those yg tak breastfeed. Tulis perkara baik n kelebihan breastfeed, takpe. I suka baca. Jgn tulis yg boleh memperkecilkan hati org lain. I sebagai ibu sedih ok kalau baby I yg tak tahu apa2 nie, korang dah label jd binatang. Ingat, Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dia tahu apa yg terbaik utk makhlukNya. Setiap org dah ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi, hanya Allah jer tahu nasib manusia. Ok?

Siapa ibu2 exclusive bf nie yg nak serang I, tak payah drop comment. U all boleh direct call I jer. Nanti kita jumpa and discuss. I kalau nak tulis, mmg boleh panjang2. Tapi kalau ckp panjang lagi best. So, take this entry as luahan ibu yg tak boleh nak bf, ok. I bukan nak halang BF! Siapa yg boleh bf tue, teruskanlah sampai anak u all 2 tahun. Mmg bgus. I tak denied. Ok?



Baby Diapers ~Updated~
Monday, August 10, 2009

I've tried beberapa brand diaper for Qaira... And here my opinion for those yg tanya..

1- Drypers
When Qaira was born, aku pakaikan dia Drypers Newborn. Drypers newborn nie, even dia newborn, dia mcm besar sket.. but still fit Qaira yg masa tue hanya 2.8kg jer..tapi nampak besar bila dia pakai.. but it still breathable and soft.. so, I rating diaper nie 3.5/5 and also recommended. Qaira pun takde rashes while pakai Drypers.



2. Huggies
Then, aku saja2 tukar Huggies Newborn.. size dia kecik sket than Drypers Newborn coz newborn punya size up to 4kg jer.. but still breathable cover.. I think Qaira comfortable pakai Huggies...and no nappy rashes at all.. so, I rate 4/5 for Huggies!


3. Pureen Dry 5
Then, bila Qaira dah berisi sket, aku guna Pureen diaper yg beli kat warehouse sale masa bulan 4 tue.. diaper nie so-so sajalah.. Qaira tak berapa confortable bila pakai.. agaknya dah 2-3 kali pee pee, dia dah rengek2 mintak tukar.. and bila I rasa pun, kat bahagian luar dia dah rasa mcm lembab.. but, Pureen nie murah.. bukan masa beli kat warehouse jer which cost me around RM24 utk 66 diapers, kalau kat luar around RM34-RM37 jer.. baru2 nie, ada lagi warehouse sale Pureen, I borong lagi 3.. my recommendation, diaper nie sesuai pakai siang jer bila u have a lot of time nak check diaper dia.. sbb baby tak comfortable.. and save ur money a lot sbb baby mula2 suka pee pee and poo poo kerap sgt.. kalau malam, 2-3 kali terjaga sbb diaper basah.. so, I just rate 2.5/5 jer la.. and Qaira pun ada rashes sket bila pakai Diaper nie.. so, kena kerap tukar..


4. Mamy Poko
Skrg nie, bila pakai Pureen siang hari, malam, I tukar Mamy Poko for Qaira.. so, dia tak bangun untuk change diaper.. hanya bangun bila lapar jer.. and the best thing pasal Mamy Poko, I tgk material dia pun more comfortable... and dia ada poo poo pocket.. so, bila Qaira poo poo, dia takde lah cepat merengek sgt.. sbb Qaira nie jenis, kalau diaper dia dah basah sket and bila dah poo poo, cepat jer nak mengamuk.. and I guna Mamy Poko once nak travel gi memana jugak.. sesuai la dgn iklan dia "Mamy Poko, tidur lena pagi senyuman..."... tapi Qaira, "Tidur lena, pagi lambat bangun"..agagagaga... I rate diaper nie 4/5 gak.. mmg dia ok, but harga dia expensive sket.. buat pa nak beli mahal2 jer because of diaper kan.. huhuhu... so, Mamy Poko nie I think sama jer quality dia with Huggies.. Huggies more cheaper.. yg penting, pakai jerla diaper mana pun yg suit ur little one.. pasni I nak try cloth diaper pulak.. hihihi


Bila Qaira ada nappy rash sket hari tue, I guna lah rashes cream.. tapi lambat gak nak heal.. so, I beli Vaseline.. sekejap jer dah ok.. tak sampai 1 hari, Qaira punya rashes dah takde.. so, I recommend sangat2 Vaseline nie... if ur lil one takde rashes pun, just apply jer Vaseline.. sbb dia mcm pelembab kan... so, no harm for ur child.. Sangat suka Vaseline skrg nie.. penyelamat!


And last..sesuai tak Qaira jadi model diaper? Hahahaha...

Bra - During and After pregnancy
Thursday, July 2, 2009

Yuuhhuuu..

Received an e-mail again how to choose a good bras during and after pregnacy from one of my readers.. (readers katanya...hihihi)

Ok, ok, takpe... mari kita share..but this one bukan rated 18sx ok.. just an info utk kegunaan kita bsama..just based on my experience, masa mula2 dulu I pun tak tahu ada maternity bras and juga nursing bras.. mula2 I belasah jer la bras biasa yg selalu I pakai.. till sampai 1 tahap, I recognized that my bras wouldn't fit my breast anymore.. rasa ketat and tak selesa coz b4 this I used to wear underwired bras kan..so, bila pakai rasa mcm pedih and sakit sgt pada bahagian bawah breast tu..

So, I explore la and mmg dr dulu, for me, it's important to wear a correctly fitted bra.. sbb memandangkan that my size bukan ala2 cup A kan.. so, pentinglah bcoz this help us to retain and regain our figure kan.. karang nanti tak pasal2 org cakap;

"Ish, tgk dia tue, salah pakai size bra or cup and so on.."

Kan ker malu kan..so, moms to-be and moms out there, mesti alert that FASHION BRA do not provide adequate support in pregnancy. Underwired bras should not be worn when you are pregnant or nursing your baby! Ok?




Sebab sesetengah org, I tak paham.. patut dia pakai saiz besar, tapi still maintain saiz kecik and cup yang tak sepatutnya sbb tak boleh terima kenyataan yg saiz bra telah naik and cup bra juga perlu yg semakin besar..agaknya dorang malu kot.. but this one tak patut ok... Sbb kita mesti sayang badan kita and jaga supaya "aset" nie akan kekal cantik sampai bila2... cewahhh.. hihihi

Ok, first of all, mula2 kita kena get the right fit bra. During pregnancy, usually org akan increase by more than two bra sizes and may need to be measured up to 4 times...

Then, korang gi la kedai yg jual bra tue, mintak trained advisers measure and find the right bra at each stage..


How to measure your bra size

Measure directly under your bust. For inches, add 4 inches onto an even number and 5 inches onto an odd number to give ur bra size. For cm, round up or down to the nearest bra size.

How to measure your cup size

Measure around the fullest part of your bust. For cm, the difference between A and B dertermines your cup size.. for inches, the difference between the full bust measurement and the bra size indicates the cup size..

Yang penting, even apa pun your cup size, jangan malu ok.. D ker, DD ker or even E, F, G, wear a coorect and fit size.. sbb nie akan menentukan keanjalan "aset" anda di masa hadapan.. hihihi

p/s - I bila ukur balik and find out I kena beli 2 saiz extra dr apa yg I pakai b4 pregnant, rasa mcm nak pengsan ok.. tapi takpe... tak payah malu2.. pakai jer janji comfortable...kan?

So, hope this can help u.. Just an info ok.. sharing is caring kan?

Pics : Istock photo

Check Up yang mungkinkah kali terkahir sudah?
Wednesday, July 1, 2009

Yer yer.. today check up.. and guess what? Betul ckp Anita, baby sudah engaged! Hihihi.. soookaa

But my husband reaction seems like 50-50... suka, takut, suka, takut...

Ala Yang..apa nak takut, kalau dah sakit nanti, beranak jer la..

Skrg, I rasa, perut asyik mengeras..kejap2 mengeras...dan keras lagi...

Malam, dia keras...keras n keras.. mmg tak boleh tido... Pastu sakit yang mcm period pain tue ada rasa sesekali.. tapi tak teruk sgt... so, I am ok..

Kiranya tanda2 masih belum adalah.. hanya biasa2 jer.. tapi I tahu, husband excited sgt.. hari2 tanya, bila baby nak kuar...eh eh...

Next week, rasa mcm tak nak pegi dah check up..boleh tak? Boleh kot kan..Malasla...

Minggu nie nak sambut anniversary... Mahu berdua2an bsama suami... Merasai detik2 muda2 dulu masa cinta2..ceh.. I love U, U love me.. boleh? Berdua2 sebelum bertiga..hihhi..

Yummylicious!
Tuesday, June 30, 2009

Fren : Amie, ko takde cravings nak makan apa2 ker masa pregnant nie?

Me : Takde.. semua pun makan...

Fren : Takkan tak teringin apa pun...

Me : Takde la...aku makan semua.. asal yang sedap... yang pasti, apa2 air yg atas dia ada whipped cream, mmm, yummylicious.. tue jer yg nak selalu...

Tapikan, time2 dah nak deliver nie la tetiba dtg cravings yg tak tentu pasal ok.. bila ingat2 balik, rasa mcm resah tak boleh nak lupa... hari2 dlm kepala otak.. tapi tak boleh nak ckp apa sbb susah betul nak dpt... Ishhhhh....

Me : Yang, teringin nak makan brownies...

Husband : Ok, jap gi kita gi secret recipe..

Me : Tak nak... secret recipe tak sedap... nak brownies lain...

Husband : Kat mana?

Me : Nak brownies ..............................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Nak brownies Kartika Sari jugak!!!! Tak kira!!!! Hahaha... mana nak dpt kat sini? Uwaaa... tak boleh lupa rasa dia.. Dan pantang tak beli klu gi Bandung... Ishhh.,..


Dan jugak kan... sangat2 cravings ini la...........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Cempedak goreng...... sedapnyaaaaaaaa!

Pics : google Image

Salam Maaf Dari Saya...
Monday, June 29, 2009

Hi peeps,

Bila dah dengar my blogger mate, Anita sudah rasa sakit nak bersalin, I jugak tetiba rasa berdebar2... sbb beza between me and her hanya 10 hari sahaja... Yesterday, I dah masuk 37 weeks.. my energy sudah sgt kurang.. jalan sket, dah penat.. sakit belakang adalah sentiasa..., berdiri lama2 adalah sesuatu yang tidak tertanggung lagi apatah lagi bila nak tido, nak alihkan badan pun, rasa sakit.. itu belum my baby keraskan badan dia...

My dear Baby,

Kalau baby bt mcm tue, Mama rasa sakit ok.. and at one time 2 hari lepas, bila nak tido, Mama mengiring ke kiri.. and I know u (my baby) tak suka kalau Mama mengiring ke kiri kan.. u will kicking and keep moving betul2 dekat area pinggang belah kiri... Sometimes, I think I can feel your jari jemari kaki tue.. and bila tetiba baby kick kuat hari tue, make me woke up immediately sbb Mama rasa geli and tak pernah baby tendang sekuat itu... oooo, noty yer.. and I just smiled even tgh2 malam tue.. Your Abah, dah tak sedar apa dah.. Dia tido jer.. and esoknya bila Mama cerita what u did to me, he smiled... Hihihi..

Baby, to have u inside my womb, was really make my life so meaningful. Mama tak pernah pun terfikir satu hari nanti, impian nak jadi seorang ibu betul2 akan termakbul and Mama bersyukur sgt2.. When I sit alone, I always think how u will look like.. macam muka Abah ker or Mama.. Hihihi.. and whatever it is, Mama tak kisah.. Asalkan bila baby keluar nanti, baby sihat and sempurna.. and dr dalam perut lagi Mama doakan semoga baby keluar dan menjadi seorang anak yang soleh and berguna pada bangsa and agama... Dan saat2 utk bertemu dengan baby semakin hampir sekarang... I feel excited and at the same time Mama rasa takut jugak... to deliver u in this world adalah antara hidup dan mati Mama.. Semoga dalam bilik bersalin nanti, Mama and baby akan tough mengharungi detik2 cemas itu nanti... yang akan jadi saksi adalah Abah nanti... and bila baby dah pop out, kita bertiga akan jadi sebuah keluarga... ~Weee~ Tak sabar nak tunggu momment tue!

Dear my beloved husband,

Saat yang kita nantikan semakin terasa debarannya.. Hahaha... samalah.. kita dua2 pun topik yang hari2 nak bincang adalah pasal baby... Dan bila malam, bila tiba2 org terjaga, immediately awak jugak akan terjaga and tanya, "Dah sampai masa ker?" Hahaha...kelakar pun ada... cemas tak tentu pasal.. but it's normal i think.. this is our 1st time, so mmg akan rasa cemas2 and takut sudah semestinya lah kan...

Yang, thanks yer for everythings... dr awal my pregnancy till today, I think u help and support me a lot! Dr 1st trimester yang pening2 nak muntah tue..yang tak boleh bau badan awak tue.. till 2nd trimester yg macam2 kehendak itu ini yang nak dipenuhi, sampailah skrg dah 3rd trimester, yg malam2 tak boleh tido and sakit2 belakang sekarang, semuanya berlalu dengan baik sekali dengan adanya awak disisi... Dan sekarang, semua persiapan dah siap.. tinggal nak tunggu baby nie keluar jer.. and pasni, jgn haraplah awak boleh tido malam dengan nyenyaknya... hahaha... tapi takpe, I think u've already matured enough and dah bersedia untuk hadapi semua nie kan?

So, kita counting the days jer la sekarang.. apa pun, org mintak maaf zahir batin dan halalkan segala2nya.. Dosa org skrg dibawah tapak kaki suami kan, kan? So, halalkan makan minum.. Kalau ada selama nie terkasar bahasa, dan apa sahaja yang 'TER' sehingga awak terkecil hati, ampun ya... Dan doakan org, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segalanya...Ok?

And to Ayah and all my family,

Doakan semoga semuanya selamat dan bila baby dah keluar, Ayah akan dapat 1st cucu.. hahaha.., and to my sis n bro., korang dah jadi aunty and uncle la plak.. Meaning that, usia kita semakin bergerak laju ke depan.. bukan ke belakang ok.. dan korang sume semakin tua... hihihi..

And to my fellow bloggers and frens,

Sila doakan saya juga ya.. semoga semuanya selamat... Saya semakin tak sabar sekarang! And i do love to share my happiness with all of u! And.. dun wory, dah kuar jer baby nanti, I will reveal the baby soon.. hahaha.. oh! And maaf zahir batin jugak saya pinta sbb kadang2 penulisan di blog saya nie, mungkin telah ramai menyakitkan hati sesapa yg terasa sbb saya nie mmg tak pandai nak berselindung dr segi tutur dan kata... (Dah mcm hari raya dah rasa!)

Anita, June, Rini and mom to-be,
Kalau u all bersalin dulu, sila2 la e-mail or sms.. I nak tahu jugak experience u all.. sakit sgt ker, sakit sket ker.. huhuhu... takot woooo... ! Hahaha

Till now,
Bye!

Hadiah Apa ya during our 1st Year Anniversary nanti...
Wednesday, June 24, 2009

Aha, it's just next month sahaja and it would be my 1st year Anniversary...! Yuuuhuuuu.. Cepatnya masa berlalu.. Kalau tahun lepas nie, tgh sibuk sgt2 la nie settle sume persiapan kawin.. bestnya.. teringat waktu2 pening dulu.. huhuhu...

Nak lari gi fitting baju la, gift la, apa la... mcm2 la.. yg lagi best, lagi bape hari nak kawin nie, boleh plak tukar design pelamin... huhuhu... nasib menjadi.. sume gara2 aura DeBunga Gallery.. huhuhu.. Thanks to Kak Ida..

And, yg lagi pening skrg nie, I have no idea apa nak bagi pada husband during the anniversary... Kalau tanya dia, ada ke dia mintak PSP baru.. ceh.. malas nak layan.. dah nak jadi bapak org pun still nak main game lagi kan.. well, nanti I consider balik... Tapi husband ckp, tak payah susah2.. sbb skrg nie, both of us tgh concentrate untuk baby yang nak keluar nie.. so, he's fine.. He said, I akan bagi dia hadiah yang sgt2 bernilai dlm hidup dia tak lama lagi.. which I know..he's refering to the baby la..

But, I think, yer la.. betul apa dia ckp.. the most precious gift yg I boleh bagi pada dia, is our lil baby... kalau baby nie lahir during our anniversary, she would be our anniversary baby... huhuhu... But, untuk baby keluar on 4th July adalah impossible and tolonglah jangan... sbb kalau 4th July hanya, 11 hari dr sekarang!

Safe baby sleeping positions
Friday, June 19, 2009

Hi peeps,

I just want to share this info with all mom to-be or mom yg dah jadi and sesape jer la yg nak tahu.. huhuhu....

Lately nie I selalu terdedah dengan bayi (terdedah katanya...) huhuhu.. bukan bukan.. what I mean is, I selalu nak perhatikan baby org lain... cmna org feeding baby, breast feed baby, tidurkan baby, mandikan baby and mcm2 la.. and after all, I selalu discovered that most people, kalau nak tidurkan baby, always choose to put the baby, on their stomach or sides..

Yup, before this I never think apatah lagi nak discover baby sleeping positions till I tgk baby yg tidur secara meniarap... pastu pikir la, eh, asal nak bagi baby tidur meniarap yer? I rasa mcm I plak lemas or rimas... sbb kadang2 bila I tgk, baby kan selalu tidur lama, so kalau asyik letak meniarap jer, dia tak penat ke? and sometimes bila dia terjaga sekejap, baby akan bangun and alihkan kepala dia from left to right or vice versa la.. and kalau mcm nie, silap2, baby kalau tak pandai, akan letak muka dia kat tilam.. (Eh, camtu plak I pikir u all..) huhuhu....

So, I macam tak puas hati and terus google baby sleeping positions... and surprisingly, memang tak selamat pun those baby yg tidur meniarap nie..

Acc to here, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) is the leading cause of death for infants between 1 month and 1 year of age. Dulu2 maybe pediatricians will recommend baby tidur secara meniarap sbb didapati baby akan tidur dengan lebih nyenyak... But, after research by research, they found out almost 50% baby death because of this syndrome.. So, almost half baby kat Amerika mati disebabkan cara tidur yg salah.. Scary isn't it?



So, please say no-no for the wrong way baby sleeping positions....


And The American Academy of Pediatrics, recommends that healthy babies be placed on their backs to sleep, not on their stomachs or sides. Refer above pic.

Mmm, not to forget, kita boleh meniarap kan baby during their waking time as this help baby to stimulate muscle development and to give them a new prspective of life!

So, mom out there? What do u think? Mcm mana u all tidurkan baby? Please share... :)

More info; visit here, here and here.

Deco for Aqiqah
Tuesday, June 16, 2009

Wah... aku nie suka berangan... baby pun tak keluar lagi kan, tapi dah berangan nak buat majlis Aqiqah and potong jambul la apa la... hahaha... siap dah pikir deco dah ok...

Konon berangan nak Aqiqah invitation tue mcm nie... boleh? kalau camtue, kena tanya Yann nanti for handmade invitation camnie.. Bole ker Yann? hihihi....


Then, gatal2 pikir centrepiece untuk majlis nie.. yg nie cantik... tapi tak sesuai sgt... pastu pikir2 nnt nak buat centrepeice patung bear la...


Surf2, skali dapat.. credit to tuan punya blog ok... But, what I had in mind, tak sama mcm nie... hihii... adalah... kalau nak tgk, tunggu majlisnya.. tue pun kalau jadi la.. InsyaAllah....


Then, something sweet for guest instead of bunga pahar ke kan... Nice decorated cookies... yummy! (Eh, tapi bunga pahar pun nak jugak untuk bagi pada org marhaban tue kan... kata buat sendiri... so, shouldn't be any probs kot....)


Then, fikir2 the deco for cradle.. kalau tak jumpa cradle nanti, guna baby cot pun boleh kan.. Mcm yg Rizalman buat nie... sweet sgt2.... simple.. Pics, credit to Rizalman....


And here, deco from Tania Zara.. serius mmg cantik....


And yang paling aku suka, another idea from Tania Zara... yg nie suka sgt2.... malam boleh mimpi ok deco yg mcm nie... hahaha.... Sweet... but I need to think my own idea la.. but this one should be my inspiration... Alahai.... comelnya....


Yang mcm nie plak, kena pakai stage mcm pelamin... deco for Engku Aleesya Engku Emran.. Credit untuk org yg buat deco nie ya.. Nice!


And last, again from Tania Zara... pun cantik jugak... might be my 2nd choice for deco...Eee..tak sabar!


After all, I need to think, cmna nak deco my baby cradle nanti... think, think and think...Isshhh...

Nama apa yg best? *Update*
Thursday, June 11, 2009

Tolong aku....

Bagilah mana2 website yg boleh dibuat rujukan untuk namakan my baby nie...

Malas nak carik website2 nie...

Sekarang tgh berkira2... nama apa yg sesuai.... Adalah dah decide but tak confirm lagi..

*Update*

Eh jap, aku nak tanya... nak bagi nama, tak semestinya nama from Arabic words kan? Sbb mostly mmg la org selalu cari nama2 Muslims.. mcm "Nur" meaning Cahaya...

But if letak nama Cahaya, still maknanya baik kan?Atau mcm mana yer?

Ha, 1 lagi.. mcm Iskandar... sama kan dengan Alexander.. klu mcm tue tak per ker? Mariam = Mary... ishhh, takdelah aku nak letak nama baby omputih nie..hihihi.. but just nak tahu mcm tue tak per ker ha? Almaklumlah, saya nie tak berapa tahu sgt hal2 mcm nie...

Then, org skrg pun banyak letak nama mcm Qaseh, Chenta... It's a good meaning tapi dlm malay words... Cth mcm Qaseh Aliya...

Ish, macam2 la.... Kalau boleh tak nak la yang pelik sgt.. kelakar la..!

33 weeks and still counting!
Tuesday, June 9, 2009

Hahaha.. last Sunday, I'm in 33 weeks and now still counting to 34.....35.....bla bla..

Lunch at TGI last Sunday and husband managed to captured myself with my big belly!

I tgk gambar sendiri pun rasa mcm tak boleh nak bernafas dah...Hahahaha... Gemok sana dan sini... Hihihi...


Gambar adalah sebenar2 gambar.. tiada editing yg berlaku... kemalasan make up adalah lumrah sewaktu mengandung... kegemukan juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan... Selesai semua, slimming centre adalah sesuatu yg perlu....Agaggaga

Cloth Diaper
Tuesday, June 2, 2009

Hi peeps,

Since lagi 50 days jer tinggal kan, so my blog currently akan dipenuhi dengan citer2 ibu mengandung bsama bakal baby yg akan di lahirkan and the last minute preparation before the baby pop up! Hihihi....

And after all, I would like to know how convenience cloth diaper nie compared to normal diaper? As we know normal diaper nie banyak sgt bahan kimia smpai baby naik rashes and so on and for future, maybe ada side effect...

Anyone experienced this? using cloth diaper compared to normal diaper yg ada jual kat merata2 di pasaran skrg?

Thinking to practice to use the cloth diaper for my lil coming baby...Mmmm....

Pics : Here

What say you? Should I or shouldn't I?

Confinement set anyone?
Monday, June 1, 2009

Hi,

I just need an opinion or suggestion which confinement set yg pernah u all guna or yg u all rasa ok untuk di apply nanti? Ada kata Amway la, Sendayu Tinggi la and macam-macam lagi.. but I'm not sure which one yg ok, senang nak apply atau makan atau bengkung mana yg sesuai...?

Ha, by the way, nak tanya jugak... kalau kita pakai bengkung after bersalin (let say insyaAllah kalau lahir normal kan), bila start sesuai nak pakai? 2, 3 hari pas bersalin ker... atau sebaik bersalin ker.. ? Atau cmna? And sampai bila nak pakai? Sampai kurus? Hahaha!

Lagi satu, kalau tak pakai apa2 untuk confinement nnt, will effect apa2 ker? Ish, banyak plak tanya...

Dan juga I nak tahu, u all still pakai ker baby binder (barut) for ur baby? nak pakai tue after baby punya tali pusat tertanggal atau cmna? Ish, confused.. ada yg kata pakai.. ada yg kata tak payah pakai... different ppl have their own style kan.. So, let's share!

32 weeks in this coming Sunday!
Wednesday, May 27, 2009

Ok, ok.. nampaknya masa mmg cepat berlalu... at this Sunday, I will be in my 32 weeks of pregnancy.. baby is actively moving and sommersault sana sini and I felt my womb mcm tight sangat.. it is bcoz to accomodate the baby's growth..

Lately nie, I selalu rasa shortness of breath and heartburn. It is because my uterus dah push up the diaphragm and crowding my stomach! Bila nak makan, tak rasa nak makan banyak as I felt perut nie sgt2 tight! Lagi2 kalau makan makanan berempah and pedas.. I can taste the "kepedasan" dekat tekak... so, that's the sign of heartburn. So, I always minum ais,ais,ais as I thought dapat legakan tekak I.. till lately nie tak boleh tahan jugak, so I pegi pharmacy and bought Gaviscon!


Thanks to Gaviscon! Minum Gaviscon 5 minit jer dh rasa ok!



And pic on how's ur baby look like during 32 weeks! Ishh.. besarnya... no wonder perut jadi tegang sangat! hehehe...
Pix : here

And the pic below, kenalkan, she's Arissa Hadya... she is my sis in law 2nd child.. and now she is 2 weeks years old with 3.9kg! Hihihi... tembam... And Arissa will met her new cousin on this coming July... sama2 girl so boleh main masak2 sama2... See her face.. because dah lama tak hujan and panas, dia dah naik rashes dah... sian dia.. and skrg dah ok sket...

Hi, saya Arissa yg tembam!