Besides Spanx, I'm in love with....
Wednesday, November 23, 2011


Yes, you read it! Fit Flop... Ok, fine... items tak sampai lagi... tapi hati dah berbunga-bunga tak sabar nak tunggu my Fit Flop. I pernah dengar org ckp very comfortable selain design yang cantik-cantik tue.. But tak pernah try pun. Yerla, mana boleh kata NO when u see these!










It comes in many design.. I prefer their sandals la sebab semuanya nampak drooling...huhuhu.. Ada Pietra, Electra, Rock Chic, Walkstar, Floretta, Rokkit, Frou and macam-macam lagilah. And what is so special pasal Fit Flop ni?

In 2007 Newsweek called FITFLOP the ‘must-have item of the summer’ 
Independent Newspaper (UK) hailed FITFLOP sandals as ‘miraculous
Dan.. FITFLOP became the only footwear to be featured on Oprah’s ‘Favorite Summer Things ‘ list (July 2008)!

Ok fine...dah lama dah wujud since 2007... skrg baru nak sibuk-sibuk kat sini.  hehhe..

As usual, celebrities who wear Fit Flop..




I purchased this harus tunggu lagi 3 weeks. Seperti biasa shipping and handling from US adalah lambat.. tapi kat sini pun dah ada dah.. Bezanya adalah harga sahaja.. hehehe.. And which one is mine?



Tadaaaaa.............

I'm in love with Frou Collection!

I'm so in love with....
Wednesday, November 9, 2011

SPANX!!!!!!!!!!




After my second confinement and lagi-lagi lepas bersalin C-Sec nie, memanglah nak berbengkung pun takde time kan... Masa confinement hari tu, I start bengkung during my 3rd weeks.. tu pun bila I rasa luka kat perut tue dah ok.. Cuma nak ikat kuat-kuat bengkung tu tak beranilah lagi.. But, masalah yg I hadapi sama jer.. perut memang susah nak turun. And if nak bengkung tradisional tu haruslah tak kan since nak melilit-lilit bagai and tak praktikal langsung kalau nak keluar.

And, I was looking for bengkung yg praktikal la.. I penah try PB dulu...sangat ok.. cumanya kalau kita dah semakin kurus, PB tak boleh nak adjust. So, I tried Spanx! Bought here. And dah sampai last week!

I bought Slim cognito Shape-Suit. Maakkk aiii, the result sgt besttttt!!!!!!!!!!


My first trial, hahaha... suka giler. It's comfortable and tak panas pun. Material dia sgt soft and the impact adalah wallla!



See the difference? Memang I pun dapat lihat benda yang sama on my body. Selalu perut adalah sangat problem. And, by using this, I can fit my old jeans zaman anak dara..hehe.. Serious... kalau tak pakai Spanx mmg jeans tu nak masuk punggung pun tak boleh... But using Cognito shape ni, jeans tu boleh masuk.. tapi still tak boleh button lah..haha.. but still u akan nampak the effect. (dari jeans yang tak boleh pakai, dah boleh pakai..maknanya oklah tue!!!)

Price for Slim Cognito is US98. Kira-kira termasuk shipping is RM380 lah... Oklah kan? Still reasonable dengan apa yg I dapat! Malangnya nak beli kat sini mmg takde unless kalau online shopping kat blog yang ada amik US orders. Atau direct beli from their website.

Since, I'm a satisfied customer, my next hunting was this!

 Slim Cognito Seamless Mid - Thigh bodysuit

Cantikkan? Cantikkan?

And, who is wearing Spanx????






And siapa lagi yang boleh pakai Spanx???


 Abang, abang perut buncit pun boleh pakai! Awesome!


 And Mama Spanx!
What Spanx can do for maternity women!

Best kan? Go get yours! Recommended and no regret!

3 months!
Tuesday, November 8, 2011

Salam,

Damia anak Mama, it's already 3 months after we say goodbye..  Al-Fatihah... Mama missed u so much sayang...


Full Story of Damia Aisyah - Part 2
Tuesday, November 1, 2011

 Continue from here.

Bila dah tengok the heart beep makin slow, the obgyn still nak carik teh heart beep tak habis-habis. Until dah tak boleh kawal agaknya, then baru he decided to c-sec. Keadaan dah kelam kabut but and I need to sign beberapa borang utk continue to c-sec. Just imagine, sakit mcm tue dia suruh sign ntah apa-apa borang I pun tak tahulah. That's the reason my husband marah sangat kenapa tak suruh dia yang sign on behalf of me? Sebab time Qaira dulu my husband yg agree utk proceed c-sec... takde tanya I pun.. they just informed then lain-lain procedure my husband yang buat.

Ok fine, then after dah sign sume borang, I dibawak ke OT. Sampai depan OT dengan sakit cam nak mati tu dorang tukar bed utk masuk OR. Then sibuk lagi carik heart beep. Tak jumpa-jumpa. Sampai I jerit kat situ, "Tak payahlah cari heart beep lagi...I dah tak rasa my baby moving dah...". Then kelam kabut terus masuk OR. Dalam OR, they said I kena pelali the whole body instead of half body mcm Qaira dulu. Then dia suruh I kira...the last words I rasa I kira sampai 3 jer kot then I dah tak sedar apa-apa... Sebelum tu I sempat mengucap.. Perasaan mcm org nak mati.. But on that time, I cakap pada diri sendiri, kalau I mati pun takpelah...asalkan baby I selamat...When we on that situation, buat pertama kalinya, I tak kisah kalau I mati. Macam kita redha jer apa yang bakal berlaku ;(

I dengar orang panggil nama I.. tapi susah sangat nak bukak mata mcm berat sangat... then I dengar all the nurses and doctors suruh I bangun lawan sket morfin tue.. they said bila I rasa sakit, just press benda apa ntah yang dia bagi kat I..so that it will decrease the pain... Bangun jer, soalan pertama, mana anak saya? But they said, semua ok.. U rehat jer... So, i assumed oklah sebab the same things masa I lahirkan Qaira pun mcm tu jugak. Then, after 2 hours dorang tengok keadaan I dalam OR, then tiba masa I keluar dari OR dan 1st I jumpa is my husband. I tanya, baby mana? Dia cakap ok..Tak payah pikir apa-apa...rehat jer.. But I know something wrong somewhere bila I tengok muka dia tak ceria.. Lain sangat... But when he said baby kat NICU, I thought the same things happen to my second baby mcm Qaira dulu.. kena duduk NICU sekejap sebab takut ada virus infection since baby yang lahir thru c-sec ni possibility to have virus infection mmg high.

For the whole day I tido jer... Nak bukak masa susah sangat. Bayangkan tengah makan pun I boleh tido.. morfin tu kuat sangat...but, petang tu bila my husband datang lagi visit I, I tanya dia mana baby. Dia cakap, I kena tahu something pasal baby..

Masa ni I dah tak sedap hati... nak tahu apa yang terjadi... Doctor cakap petang I boleh tengok baby.. So, mana baby? My husband cakap, apa yang terjadi I kena terima dengan tenang. Tak tahulah, masa my husband cakap tu, I tenang jer. I macam dah dapat agak. Tapi I rasa masih boleh diselamatkan. So, I tak nak risau and fikir bukan-bukan.

My husband pun citerlah what happened masa baby keluar dari OT... Baby tak bernafas..8 minit she survived..obgyn tried hard to save her..tapi lepas 8 minit baru dapat heart beep... but baby tak bagi any reaction. Maknanya there is no response on physical reaction. Anak mata tak mengecil bila kena cahaya.. tak nangis...etc etc etc. My husband said ada kemungkinan our baby is 50-50... kalau dia hidup pun takut brain damage. So dengar jer mcm tue, I sedih sangat. Nak meraung jer rasa tapi I masih boleh kawal perasaan I.. I selawat apa semua dengan harapan I boleh terima any news yang tak terduga. Then, after my husband dah cerita semua, dia cakap Damia's doctor nak jumpa dia. So, I said, ok pegilah... I nie tak terdaya nak pegi tengok sebab I tak boleh bangun lagi.

Lepas sejam setengah mcm tue, my husband datang balik. Kali ni muka dia memang berubah sangat-sangat. Before that, ramai yang ada dalam bilik melawat I but suddenly semua keluar suruh I rest... Rupa-rupanya my husband dah dapat tahu doctor cakap Damia memang dah takde chance utk hidup. Sebab dia tak buang air, and macam-macam lagi. Maknanya memang dah takde physical reaction 100% and bergantung pada machine jer. My husband masuk and cerita semua yang dia tahu. Buat pertama kalinya, I tengok my husband cried in front of me. I tak terkata apa-apa. I tak tahulah kenapa on that time I mcm kuat jer and pasrah jer apa yang berlaku. I told my husband kalau inilah jalan terbaik, I redha jer. Then he said, semua keputusan ada pada kami berdua. If both of us rela nak cabut machine tue, then we need to say goodbye to Damia...

Esoknya, pagi lagi Damia's doctor dah call my husband untuk tahu apa keputusan kitorang. I said, this is the right time to say goodbye to Damia. I cuba untuk keluarkan my breast milk so that I boleh bagi Damia rasa sikit pun jadilah before dia pergi. Tapi bukan rezeki Damia.. my breast milk tak keluar jugak. And doctor pun tak recommend I push breast milk to keluar sebab if baby takde nanti susah nak handle.

Buat pertama kalinya I bangun dari katil. Tu pun kena guna wheel chair. So, both of us datang ke NICU. hati I berdebar otw to NICU..it takes 3 minutes dr ward I ke NICU.. mcm2 perasaan masa tue.. 

 Birth certificate Damia... baru je siap terus kena compile kat JPN gantikan dengan sijil kematian pulak. ;(
Sampai jer NICU when I first saw Damia, air mata air tak boleh berhenti2...tak tertanggung rasanya I nak lepaskan Damia.. Tak boleh tahan I tengok betapa banyaknya wayar-wayar kat seluruh badan Damia. I pun tak tahulah itu semua untuk apa.. yang I tahu I nak tengok Damia puas-puas. Masa i datang ada sorang ustaz tengah bacakan Yassin utk Damia.. I asked them I nak pegang Damia... then dorang pun pull of semua wayar-wayar tue.. i rasa badan Damia sejuk sangat... sian Damia...

Ok, I tak boleh nak taip cerita nie lagi. I continue lain ya... Dalam pukul 11.06 pagi on 2nd August, I said goodbye to Damia.. satu jer yang I cakap pada dia.. Mama sayang Damia sampai bila-bila..Mama redha Damia pergi... Damia pergilah... Insyaallah satu hari nanti Mama akan jumpa Damia jugak...

To be continue...

Cantik tak tag cookies M&M's sayer?
Friday, October 21, 2011



Ok, ni tag cookies I.. hehehe.. cookies by MG lah! cantik tak? ekekeke..

Actually ni logo rebranding baru MG... tapi apa salahnya nak tepek skali kat cookies kan?

Designed by Hatim@MG!

Aksi Diva Qaira Jasmine
Thursday, October 20, 2011

Sejak Damia takde, sikap Qaira kadang-kadang moody jer. Entahlah.. maybe dulu orang asyik panggil dia kakak jer.. and selalu sebut pasal adik.. but suddenly semua org dah tak cakap pasal adik langsung. Until now, she keep asking about her sister. And we all selalu cakap, "Adik kat syurga..".

And sekarang dia dah pandai... bila dia tanya, "Mama, where is adik?". Then dia juga yang jawab sendiri, "Adik, syurga eyhhh?". Sambil tadah tangan pastu mulut terkumat kamit then dia Aminnnn kan doa dia.. Hihihi.. Good girl Qaira. No need to sedih-sedih ok.. Adik will remain waiting us at Jannah.. Adik pun tengah happy2 sekarang. And nanti, insyaallah, Qaira akan  jadi kakak jugak.. tapi later ok... ;)

About Damia, siapalah yang tak sedih bila anak yang kita kandungkan selama 9 bulan, tiba waktu yang dinantikan, dia tak dapat bersama kita. But, here something to share with those yang alami nasib yang sama with me.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Then, after all I tak perlulah sedih lagi. Bukan ke dah terbukti Nabi Ibrahim A.S yang menjaga Damia sekarang. I rasa berjuta-juta kali baik Nabi Ibrahim yang jaga. I redha. And Damia akan tunggu Mama, Abah and kakak kan?

Apabila kita mengingati Tuhan, maka Tuhan juga akan mengingati kita.
Apabila Tuhan mengingati kita, maka Tuhan akan menguji kita.Terima Kasih Allah kerana memilih aku..kerana memilih Damia untuk menunggu aku di sana.. 

So, why should I nangis mcm org giler, kalau dah sah-sah ini yang terbaik untuk I kan?  I smiled :)

Untuk Damia anak Mama, every moment of having u in me was great.. and you will be forever mine.. ;)

Enough with Damia... and anak sulung I sekarang, tengoklah aksi dia.. mcm diva ok.. menyombong tak tentu pasal.. especially bila org nak snap pic, mesti nak buat ala-ala gaya menyombong dia tue...


Tengoklah... muka tak boleh blah... ikut mood dia jer...



Gambar ni, a week before adik dia lahir.. still nak menyombong...tapi dengan pacifier dia.. haish.. dh 2 years old, but still on pacifier.. ni skrg husband and I tengah cari jalan nak elakkan dia dengan pacifier.. any tips guys??



Well, kadang-kadang kesian tengok Qaira.. waiting for her sister selama 9 bulan, tapi akhirnya takde sape teman dia main... luckily, Anya is here.. tempat gaduh, tempat bermanja.. semualah... hari-hari jumpa, hari-hari gaduh...hihihi...tunggu Anya besar sikit dah boleh jalan, mesti jadi kawan baik... hehehe..

Qaira and Anya

Ok, till now
xoxo

Ni manusia ke binatang?
Wednesday, October 19, 2011

Salam all,

I bukan nak cari publisiti murahan. Ok, reason I tutup comment box kat tepi tu because of this. Cuba u all baca...




Ok, to be honest, I kenal sangat pompuan yang tulis ni. She is my silent reader... I tahu sampai skrg pun dia dok baca my blog. Citer jadi setahun 2 tahun yang lalu... Pompuan  nie, if I citer pasal I jer..or pasal husband I ker..pasti dia drop comment. Comments dia seperti biasa akan menceritakan kisah-kisah dia dan suami dia yang ntah apa-apa.. Sampai ada 1 komen tu, kisah dia cium-cium dengan husband pun nak bgtahu kita (macamlah dia sorang ada husband..ehhhh...letih!)

And sampai satu tahap bila kita ignore dia, dia pegi kutuk parents I cakap yang parents I tak tahu jaga anak. Kurang ajar tak? Nak jer I paste semua-semua yang berlaku ni... those yg baca my blog dr dulu sampai skrg, maybe akan ingat kisah maki hamun I dengan dia.. tapi citer lama, malaslah nak ungkit..bila dia dah kutuk mak bapak kita, memang I pun balas kutukan dia tulah! Sampai blog dia yang kononya best tue, dia tutup sebab ramai sangat yang drop komen kat dia kot dengan sikap dia yang kurang ajar. Ha, blog dia biasalah.. mengisahkan kasih sayang dia pada husband dia.. (mcm yg i cakap.. dia sorang jelah ada husband).

I ni tak pahamlah... bila dia dh cari pasal dengan I, dengan my sis pun dia carik pasal jugak. Sampai masa my sis pregnant, dia siap cakap suruh my sis ni pegi mintak maaf dengan dia sebab dia cakap my sis ada banyak dosa dengan dia.. dosa apa pun tak tahulah... kenal pun tak.. jumpa apatah lagi.. dia yang dok kutuk and drop komen maki hamun kitorang adalah... I tahu dia marah sebab I pegi buat kenyataan kat blog, mulut dia mcm longkang... I siap paste nama blog dia.. since kejadian tulah, agaknya dah malu, terus tutup blog! (kalau tak bersalah, buat apa nak tutup blog kan?)

Nak jadi citer, dia ni not so called junior i dululah.. nak panggil junior pun malas.. sebab kejap je pun dia sekolah kat situ.. and I tak kenal dia langsung pun masa sekolah dulu... batch dengan Shila Shower.. when Shila knew about this, the same things Shila ckp pd I, yg perangai dia memang macam ni. And Shila pun penah kena dengan dia dulu.. Aiseh... (Sorry Shila.. kak Amie need to tell this.. sakit hati sangat!)

And, ada ke patut, dia pegi drop comment mcm ni kat I? Hello, ko siap cakap padan muka kat aku lagi kan? Apa yg ni di padan mukakan? Aku siap bersyukur je anak aku takde.. sebab itulah yang terbaik yang Tuhan bagi kat aku? Ko ada? Aku ni siap dah ada saham kat akhirat nanti... Tunggu dunia kiamat jer nie..? Engkau? Ada? Takde kan? So, aku siap senyum sebab anak aku nanti tunggu aku kat sana! Paham? Sikit pun aku tak menyesal sebab ini takdir aku! Paham? jeleslah tue... Aku tak nak Tuhan tu buat perkara yg sama kat ko... Aku minta, Tuhan tak payahlah amik anak ko mcm mana dia amik anak aku... Sebab nanti  ko akan jadi sebahagian yang beruntung kat akhirat nanti.. jadi, aku tak nak doa anak ko mati! Semoga anak ko panjang umur! Aminnnnn....

And lepas dia drop comment mcm nie, my sis, terus fb husband dia...(actually husband dia adalah kawan lama I masa skolah dulu...tapi tak rapat pun..) Then husband dia cakap, akan tanya dia samada betul ke wife dia bt mcm tue... Jawapannya memang taklah dia nak mengaku kan....! Mmmm..

Sorrylah guys.. I dah lama pendam.. sakit hati dengan org mcm nie.. tapi i ignore jer.. purpose I tulis entry ni, just nak bgtahu dia.. sekali lagi dia drop comment kat blog I atau my sis, I tak teragak-agak paste gambar dia anak beranak kat sini... Nanti baru ko tahu langit tinggi rendah.

That's all.

Chow!

Qaira & Damia's Items to let go! - Part 2
Tuesday, October 18, 2011

This time, some of Qaira's toys I nak let go juga.. Ok, ramai yang e-mail mintak tolong reserve kan items yang belum di upload pun and tanya apa lagi I nak let go.. sorry guys... u all selalu check my blog ya.. Sebab it's unfair la to those yang tunggu kan.. ok?

1- Play gym - SOLD
Perfect condition! Seriously look new!
Price : RM45


2- Rubber puzzle - SOLD
Perfect condition! Seriously look new! Then yang best nya dia bukan yg numbers tue.. dia bentuk animals.. so lain sket and best sket!
Price : RM20


3- V-tech Baby Walker - SOLD
Good condition.. semua items ada.. termasuk phone tu tau.. cuma time tangkap gambar nie tak perasan phone dia takde..hehe.. semua function ok..
Price : RM80

E-mail me directly miz.amie@yahoo.com

As I said, first come first serve ok.. No reservation without any deposit.. Kalau ada deposit then I reserve for you ;)



ALL SOLD OUT! TQ ALL... NANTI I UPDATE LAGI OK!

Damia's Items to let go! - Part 1
Monday, October 17, 2011

Salam all,

Husband and I decided to let go some of Damia's items. We start with this two items dulu ya. First come first serve. No reservation please.


1- Organicz Kids Bottle (wide neck)
From left to right.
a) 4oz white bottle - RM60
b) 9oz purple bottle - RM75
c) 9oz white bottle - RM75

Condition : Semua bottles adalah baru. Perfect condition! tak pernah guna.. tapi dah sterilize sekali because dah prepare utk Damia.

ALL BOTTLES SOLD! Thanks!

2- Halford Fliplite Stroller
 
Fliplite
EN 1888 & AS 2088 Certified
5-point Harness
4-postition Recline system
Adjustable Footrest
Side Ventilation system
Peek-a-boo Window
Reflective line for night viewing
Large shopping basket
Foot-operated Breaks
4 wheel Suspension
New elegant Wheel
Compact umbrella fold
 
Specifications
Backrest Angle: 4-position Recline
Equipped Weight: 7.2kg

Condition : Dah pakai almost 6 kali sekejap2 jer utk Qaira.. Still in perfect condition.. No stain no anything.
Price : RM300


Those who are interested, e-mail me at miz.amie@yahoo.com

I nak let  go banyak lagi barang Damia terutamanya baju ok... Paling banyak Ralph Lauren.. beli kat butik.. so, next entry i pos lagi ya.

Till now,
xoxo

Heylow and Salam to all Blogger!
Wednesday, October 5, 2011

It is almost 2 months now. I know...I owe all readers about my precious baby's story... Mmm, I'm full recovered now... happy dan teruskan hidup. Tapi tiada kekuatan lagi nak bercerita pasal Damia. Well, life must goes on... Orang kata I tabah... Yes..kena tabah. I selalu remind myself that segala yang terjadi ada hikmah. Hikmahnya apa, I pun tak pasti but I mesti redha on what happen to me. Even it's hurt, I always said Alhamdullillah. I'm the chosen one. Dan bukannya dalam dunia nie, I yang rasa sorang-sorang benda nie. Ramai lagi ibu-ibu uang senasib malah lebih teruk lagi ujian yang diterima dari Allah. And I believed that Allah turunkan ujian ini sebab Dia tahu I mampu menanggungnya. To Damia, Mama bersyukur Damia pergi. At least Mama dah tahu Damia confirm tunggu Mama and Abah kat sana. Amin..

Macam mana I accept the ujian fr Allah. Well, honestly rasa pahit. Anak yang dikandung 9 bulan tiba-tiba pergi sekelip mata jer. But, bila rasa sedih, I pujuk hati. Damia adalah milik Allah dan kepada Allah jua dia kembali. And not only Damia...myself pun satu hari nanti akan pergi juga. Hanya masa yang  menentukan. Dan selalu I rasa rugi sangat kenapa I tak berkesempatan hidup bersama dengan Damia. Tapi I pujuk lagi hati bahawa dunia ini hanya sementara. Yang kekal adalah akhirat. Dan yang kekal juga I akan bersama Damia buat selama-lamanya.. Bukan hanya sementara....It's really changed me a lot. The way how I look at myself. Banyak benda yang kita alpa masa kat dunia. And I try untuk berubah sikit demi sikit. Alhamdulillah.

I read this before. How to handle perasaan kita dengan ujian yang kita rasa paling berat untuk diterima. I might share this with you. When I pray, I doa "Sesungguhnya ujian yang Allah berikan pada aku adalah sangat berat untuk ditanggung... Aku amat merindui anakku Damia.. Ya Allah...Tapi aku redha dengan segala kepahitan ini. Dengan keredhaan ku ini, kau berikanlah ganjaran pahala buat diriku dan suamiku serta anakku...Dan makbulkanlah segala permintaan dan doaku ini..Amin". Dan ia buat I tenang.

Yes, I cried when I missed Damia so much. Bila teringat dia...bau dia..rupa dia...But, I never cried and blame Allah on this.. NEVER! I rasa bersyukur.. Ini cara I pujuk hati...Alhamdulillah..it works! Tak salah menangis..Asal kita tahu batasannya.

Well..I patut  habiskan cerita Damia... this is my diary.. satu hari nanti I harap Qaira dan adik-adik dia dapat baca diari ni bila I dah takde lagi.. and dari situ dorang akan tahu, macam mana keadaan dunia ini. Ia bukanlah selalunya indah. Tapi kita kena selalu bersyukur. And semoga dia tahu apa yang berlaku pada Mama, Abah, diri dia and mungkin adik-adik dia...

Mmmm, I hope lepas ni I can post entry biasa yang ceria tanpa rasa sedih lagi. Bukan Mama tak ingat Damia atau nak lupakan Damia.. Damia selalu ada dalam hati Mama and Abah buat selamanya...

It's almost 1 week...
Tuesday, September 6, 2011

Dah almost 1 week raya...

Raya pertama mama sempat ziarah pusara Damia buat pertama kalinya...

Mama rasa sayu sangat tapi Mama happy sebab mama tahu Damia bahagia sekarang...

Kakak Damia pun ada datang... Mama harap Damia nampak kakak Qaira sebab kakak asyik panggil "adik...adik...".

Okla... Mama rindu Damia... Al-Fatihah.

Wahai kekuatan, datanglah!
Monday, August 15, 2011

I still didn't have any courage to continue the full story of Damia Aisyah. I'm still waiting if ada 1 masa datanglah kekuatan utk terus menulis. But, I can't! I tried to avoid crying in front of Qaira. Dia tak tahu apa-apa. I still remember, saat-saat terakhir I dapat peluk and jumpa Damia... the last 20 mins with her... before they pulled off the machine... Qaira dapat masuk at NICU to say goodbye to her sister... Tapi masa tue, once dia nampak I dukung Damia, she smiled... sampai ke telinga dia senyum... My husband tengah dukung Qaira masa tue... I asked her to kiss Damia... but she refused... malu agaknya... but she keep smiling... and point at her sister sambil cakap, "Mama....adik...". 

*Crying*

I tahu dia tahu itu adik dia. Bila jenazah adik dia dah bawa balik rumah, my husband said she was really happy... Dia dengan cousin dia main-main dalam rumah tu.. bila her cousin bising, Qaira suruh cousin dia diam.. sambil letak tangan dia kat mulut and said, " Shutttt... adik tido!". I cried when my husband said this...

Well, I need time... tunggu masa utk kekuatan itu datang!

Full Story of Damia Aisyah
Thursday, August 11, 2011

I dunno either I can finish to write up all story regarding Damia. But I will try...InsyaAllah.

29th July 2011 - My last day for wedding job. Masa tengah cucuk bunga, I rasa mild contraction. I said to my baby "Baby, jangan keluar dulu..Let's Mama finish my work first ok...Nanti Mama ada banyak masa with u...".

30th July 2011 - I asked my husband to do last shopping for baby. Tak nak pakai Qaira punya bed sheet. I want a new one for baby. So, we went to Ikea. cari quilt cover for her. And I found one! Then makan puas2 segala ice blended i order.. Rasa mcm baby anytime will pop out!

31st July 2011 - I set a date with Anita nak bawak Qaira and Adzryl hang out together before Ramadhan and before I bersalin. Nanti risau takut Qaira bosan during my confinement. We promised to meets up at 11 dekat KizSport Empire Gallery. But, tengah2 nak siap, I rasa air ketuban dah pecah! OMG! Time ni rasa happy sangat but tak rasa sakit lagi. Immediately I called Anita to cancel our date. And she laughed and said Good Luck... My husband jerit2 and bagitahu Qaira adik dah nak keluar. So, I mandi then took my breakfast before I pegi hospital. Same symptom dengan Qaira... Air ketuban pecah dulu...

10.30 am - Sampai Hospital Selayang. Masuk labor room utk check the dilation. Seperti yg I agak, only 1cm jer. Then obgyn asked to warded. As we discussed before dgn obgyn, I nak cuba bersalin normal instead of c-sec. So, she said, if i tak full dilate in between 18 hours, then she will induce to force the dilation.

3.00 pm - Dalam wad. Rasa balik contraction sket2... Rilex jerla..

11.00 pm - Time ni dah tak senang duduk... Contraction around 15 mins skali datang. Dulu time Qaira tak rasa sangat. Rasa sket2 jer... Tapi yg ni serius tak boleh tahan. Tapi kena tahan lagi....


1st August 2011

1.00 am - Ok, contraction dah tak boleh tahan. Doctor check only 3cm jer.. So, I need to wait for another 2 hours. Time ni mengantuk dengan sakit datang sekali. Ya Allah.. buat pertama kalinya I rasa the real contraction..

2.30 am ~ 5.00 am - Doctor check lagi the dilation. And now dah 5cm. So, dah boleh masuk labor room. Duduk atas katil labor room jer dah seram sejuk. Contraction every 5 minutes... Sakitnya Tuhan jer yg tahu... My husband, Aril ada besides me but it doesn't help a lot... Mcm2 dia cuba tenangkan, but I cannot concentrate dgn apa yg dia cakap. I zikir jer.. hopefully cepatlah baby keluar. The doctor came skali lagi check the dilation. Now, she said dh 9cm of dilation. So, if I dah ready I boleh push sekarang. And, I try 2 times to push but tak boleh lagi. Dia ckp baby pun jauh lagi.. So, she asked to wait till 10cm. Ok takpe I cakap sebab I still boleh tahan.

So, nak jadi citer dekat dalam labor room tu ada 4 org nak bersalin during that time. Dalam masa tu I ada dengar lah suara org nak push baby.. But, dalam masa yg sama I heard the staff nurse kat situ, kecoh2 cakap kenapa dah nak bersahur nie, tiba-tibalah semua nak bersalin. I heard dorang mcm merungut. But, as a staff nurse, I think they should not talk like  that depan patient.. I dengar ok... My husband siap nak pegi sound asal nak ckp camtu.. But, kitorang tunggu je lagi.

And masa nak tunggu lagi 1cm tue, tiba2 I dah tak boleh tahan. No obgyn and any nurse dlm my labor room. I pulak yang terpaksa jerit panggil doctor mentioned that I rasa mcm I nak push. Then came the senior obgyn and check the dilation again. Pastu barulah terkedek-kedek nurse dtg nak tengok jugak. The obgyn said the dilation is 7.5cm... bukan 9 cm! I heard clearly doc tu cakap. During that time, bila I push, heart beep baby terus jatuh  mendadak. But time tu I tak tahu apalah masalah doktor tu masih suruh I tunggu even the heart beep is getting slower... 


To be continue....

My work recently...
Thursday, July 14, 2011

Hye darlink!

I'm in 36 weeks of pregnancy and will be deliver Qaira jr. anytime from now. I've prepared my hospital bag last 2 days.. haha.. lambat kan? I was so busy and I think I need a rest! 

Oh, I've done shopping for Qaira and my lil junior. Mostly Qaira punya semua untuk baju raya dia lah.. and for the junior, most of the baju, I recycled Qaira punya dulu.. still look new tau! But, I've spend for baju raya dia jugak recently.. will post the pics later lah!
 
Aha, I've been eyeing on babygear for my lil junior. Dulu masa Qaira I bought FP Swing for her.. tapi Qaira ni jenis tak suka swing... letak atas katil then tidur terus. Tak payah swing dah lelap. So, I dah jual the swing dulu.

And for my second baby, I was thinking to have a bouncer instead of swing. And i've been eyeing on this!


Pics : Google


This is a new design of FP bouncer ganti yg frame color biru tue... tapi takde music.. Cheaper than the previous one.. Anyone here tahu kat mana murah? I dah survey the cheapest i can get is RM299.. If anyone here tahu kat mana jual lagi  murah, do let me know ok! Appreciate your response! Hiks!

Besides, below piccas are my previous work last week.




Pics : Afifi Ishak

Pics : Afifi Ishak
 
And the last pelamin was different from what we've done before..A Rock Star theme wedding! Bukan ke banyak kerahan tenaga nak kena bt utk semua nie? hahaha.. semputttt! But, I still manage to work on it.. Thanks Allah.. Alhamdulillah...

And 'US' during our 3rd celebration anniversary at Ayuthaya... Maaflah yer perempuan mengandung harus kelihatan gemuk..agagaga.. even this time I just gained 8kg compared to Qaira dulu smpai 18kg! But still gumun, gumun....Hehe...

Okla... preparing event for this week! Later peeps..


Love,

xoxo



Today, SHE hit 2!
Wednesday, July 6, 2011

Dear my little jr Qaira Jasmine,

Happy Birthday Sayang... today, u hit 2! Cepat betul masa berlalu... Tahu-tahu Qaira dah 2 tahun...


Anak Mama,

Just a few weeks from now, Qaira nak jadi kakak dah.. Mama n Abah harap u can behave like kakak ok... no more notty2.. you're the one who will take care ur sis nanti... u're so smart and I know anak Mama seorang yang penyayang even garang! hihi

Ok, nanti bila Mama takde (when it times to deliver ur adik), please behave and stay with Abah ok.. no more crying even Mama know that u cannot sleep without Mama nanti... hope it will take 2-3 days in the hospital.. Then, Mama will bring back your sister..insyaAllah....

Qaira Jasmine,

Even it only takes around 3-4 months rezeki Qaira minum susu Mama, but we still close each other..kan? Because I still carried you for the whole 9 months and we talked with each other since that..until today... Alhamdulillah... and since you 9 months young, Mama the one who take care for you for 24 hours a day.. no skip on morning and evening shower.. breakfast, lunch, dinner, semua Mama yg suapkan.. no one involve since I have full time to feed you bila Mama dah resign from my job. It's a blessed to have this opportunity because u should know not every mommies in this world get a chance to take care their child for 24 hours a day due to carik sesuap nasik for the family... I think Allah dah tulis semua ni untuk Qaira... so u should be thankful to Allah..

Dan dalam masa 2 tahun Qaira bersama Mama and Abah, tak sikit pun Mama rasa susah menjaga and mendidik Qaira..sakit, makan Qaira semua Mama & Abah hadapi tanpa rungutan.. and i hope satu hari nanti bila Mama and Abah dah tua, Qaira tak lupa ni semua...

Akhir kata, semoga hidupmu dirahmati Allah... Amin.

Salam Sayang,
Mama & Abah
6 Julai 2011

Today, we hit 3!
Monday, July 4, 2011

Today is our 3rd Anniversary! yeay! I love u Yang...forever.. !



Tq for being such a good husband, bff and a lovely Abah to Qaira n our future dotter.. hihihi
Let's celebrate dear!

She almost 2..how time flies.. i missed her so badly!
Monday, June 20, 2011

Hye


Yup true... I've been very super duper busy with workload!!! And sedar tak sedar my pregnancy dah almost 8 months and my super darlink little dotter dah nak hit 2! Huhu.. just imagine.. how time flies... And i missed my little Qaira so badly! Being a pregnant mom for our 2nd children nie, my feelings dah bercampur baur.. I just cannot imagine, camna nak sayang 2 org in one time? Hahaha.. Ok fine, anak tak keluar lagi..and tak pernah jadi ibu kepada 2 org anak.. so, it's a normal feeling lah!


And.... lately asyik tengok gambar Qaira dr dia kecik till now... cepatnya masa berlalu!!!


Newborn petite Qaira... she is 2.8kg jer... 


1 month young!


2 months young!


3 months young!


4 months young!


5 months young!


6 months young!


7 months young!


8 months young!


10 months young!


11 months young!


She hit 1 year old!


And today...............................


She almost 2! Dah besar anak dara sorang nih!


And my 2nd baby bump belly what so ever! This time, baby lagi besar dr Qaira! haha.. And I;m so ketegangan perut and tak larat! But still busy working lah!



My latest job... sume org kata... perut dah besar pun still keja lagi ker... takpe people.. i'm the boss.. arah sana sini jer... hahaha!

Ok, my EDD is on 3rd August.. insyaAllah... please pray for me and tak tahulah bila ada kelapangan nak update blog lagi as I'm busy with workload every weekend sampailah puasa nanti! Well, after all, I just can't wait with so many things in my  life... Satunya, anak sorang pengarang jantung dah nak masuk 2 tahun. Second, tunggu kelahiran anak kedua ni mmg tak sabar! Third, my marriage will turn 3 on July! Forth, I'm rebranding my business... tunggu je nanti.. new look from MG!


And last but not least, I;m very happy with my life now!

Till now,
xoxo