Misi mencari kindy for Qaira
Tuesday, October 16, 2012

Morning!

Mission accomplished. Haa.. dah berapa bulan try survey kindy utk Qaira. She will hit 4 years old next year. Too early. Sebab my planned was nak anta Qaira masa umur dia 5 tahun. Tu plan masa mengandungkan Damia. Sebab bila ingat Damia ada Qaira akan ada kawan nak main-main. But Allah knows best. Kita rancang but He said cannot follow the rancangan. So i redha.

And thru my observation Qaira duduk rumah alone with me. A bit bored sebab pagi I memang akan busy with all my job thingy. And dia akan main alone. Kesian dia. And she repeatedly said, "Mama, min nak skool. Nak skool".  Jalan-jalan pergi sana sini would not be enough for Qaira. Kadang-kadang ikut I shopping dia akan penat. Kesian and tak dapat apa-apa. I nak dia bergaul and make frens. Too close with me. Qaira dah macam kembar I. Di mana ada Mama di situ ada Qaira Jasmine. Hiks ;)

So, husband and I decided nak anta Qaira to kindy next year. Mission bermula. Mula-mula I surveyed all kindy area my house. Seperti sedia maklum Kepong ni majority is chinese and all kindy are 'chinese based'. Opss.. ni bukan pasal race or what so ever. But I was looking on fardhu ain class. At least dia ada islamic edu. Tak berat pun takpe sebab dekat rumah I pun ada ajar dia on practical solat, doa and all. I know tak boleh nak depends on school je and I've already start teach since she was a baby. Dia mengaji also takde masalah coz we always practic this together at home.

Carilah I kindy area my territory ni and nothing yang menarik perhatian. Ada tu I suka environment dia siap ada swimming sebulan sekali and the fees pun ok. Just RM120 per month but when I saw the teacher with sleeveless and saw something on her armpit mcm tu I was thinking it is not proper for teacher to dress up like that. Dah tu dengan tak sengaja on that time I nampak the teacher tarik telinga one of the boy at 6 years old class and suddenly teacher tu pun terpandang I and buat-buat mcm; alamak..she was looking at me..haha ..from there terus macam tak jadi. Opps, I bukan anti-punishment. But when it comes to educate your children, tarik telinga tak mo la. Maybe u can practice the other way yang lebih proper. 

Then jalan lagi and stop on 2nd kindy. Yg ni okla. Even chinese kindy but they have Fardhu Ain class on Friday. Once a week but better ada dari takde. Everything macam ok but when I saw in 1 class they have around 30 kids, terus tak jadi. How come Qaira nak belajar and main with 30 kids in 1 class? No space.. too bising.. and I tengok pun pening. The fees also not bad. Only RM180 per month. But after all, tak jadi lah coz tempat tak spacious and too pack!

Jalan lagi and we stop at 1 branded Islamic kindy, English as a medium language area Gombak. Terpaksa pegi jauh sket in order nak dapatkan kindy yg sesuai. It's a shoplot kindy. I press the bell at wait around 15mins utk dorang bukak pintu in order to let me in. During that time ada parents jugak yang tunggu utk pick up her kid. Same things happen. Dia pun press the bell and wait there around 15mins. I told my husband asal la lama sangat nak bagi masuk ni. Apa yg susah sangat nak bukak pintu. I believed they have CCTV dlm tu and kenal parents yg nak pick up anak dia... and husband and I doesnt look like perompak or what so ever. Takkan perompak dtg bawak kids? But lamanya hai nak kena tunggu. Lepas pintu bukak, we all naik atas. And tak jemput pun duduk to discuss regarding the registration. Kena berdiri dengar penerangan dia around 15mins jugak kot. 15 mins tunggu bawah and another 15mins kena berdiri dengar penerangan, Qaira dah penat and I pun takde mood nak dengar sgt. I asked her to have a look area kindy tu.. tempat belajar, toilet etc. But dia mcm berat hati nak tunjuk and I said kalau u tak tunjuk macam mana I nak build up my confidence nak anta anak I dekat sini? And then, dia pun cakap okla. Dia bawak round class and certain part kat area situ je. Tak nak tunjuk semua and when I request to go to other part dia cakap lebih kurang sama je semua. Ok fine. Then bila nak balik, my last tricky question to her.

"Tadi masa nak naik I press bell and wait around 15 mins tunggu u bukak pintu. Let say I nak spotcheck this kindy during working hours, mcm mana I nak masuk? And kena tunggu lama. And dlm tempoh 15mins tu macam-macam boleh berlaku".

And she replied, "Tak payah spotcheck Puan. Sini semua ok. Takde masalah so far".

Yeah, so far mmg takde masalah. But as a parents I think nak spotcheck sekali sekala tak salah kot. Ni bukan sekolah rendah atau menengah. Yang tu lain citer. Ni kisah nak hantar my 4 years old dotter yg tak tahu apa-apa and as a parents sikit sebanyak my first experience ni mesti rasa resah gelisah. It's normal lah!

Lepas tu we surveyed at Genius Aulad. The nearest to us is at Bandar Sri Damansara. Tak jauh around 10 mins je. But nak pergi sana early in the morning, jalan yang we all akan lalu akan jammed teruk during morning hours. So, I'm not going to stuck lama-lama atau kena keluar awal sebab jammed. Buang masa so tak bolehla nak send her to GA. Eventhough dekat area Sri Damansara ada banyak kindy yg best and other Islamic Montessori kindy tapi a bit leceh nak redah jam. So, tak dapatlah nak pergi area situ even dekat.

And my last choice yang dalam list was Smart Reader Taman Bidara Selayang. Around 10mins je from my house jugak. No jammed. No hassle. Nak hantar senang. Nak pick up senang. But still shoplot. No choice. A founder is chinese but with Malay principal. Ni yang I cari so that senang interms of food and background culture. Ada kelas Fardhu Ain. Mula-mula worried sebab I dengar SR ni exam oriented kindy. Ada homework la bagai. But during discussion dengan teacher tu dia ckp no homework which is memang no-no for me. Yes exam oriented but takde nak push the kids belajar mcm nak mati sebab they are still young. 4 tahun. Ada smart bacaan, smart reader, math, science, fardhu ain, art, computer and beberapa subjek lagi and yang paling interesting every Friday ada kindy cooking class. Interesting! Ada concert every year which I saw sume comel-comel and okla to introduce Qaira. Hopefully Qaira sukalah.

So far bila pegi sini dah dua kali Qaira tak nak balik. Maybe a good sign. I nak dia datang and main-main sambil belajar and not belajar sambil main-main. Which I dah tekankan to her teacher about this. Maybe boleh serius masa 5 tahun nanti but not in 4 years class. And to SR Tmn Bidara teacher, if u read this, please ya. Jangan hampakan harapan I, a mom to 4 years old little girl yang baru nak masuk and kenal alam kindy. I give full harapan to all of you to take care my kid. And I rasa mcm tu jugak with other parents. Enough said. So, let's kindy! Yeay... Let's start with Bismillah.

till now,
xoxo




1 comments:

Suraya Harris said...

I pun duduk kepong! Thinking of sending Harris to kindy too..