Dulu berangan Stokke.. Now, ....
Monday, December 27, 2010

Ok fine.. the 2nd in the family will pops out insyaallah in 7 months from now. So, mak dia berangan sakanlah. And this is the best things to do during pregnancy! Betulkan? Memikirkan gadjet apakah yang best lagi even tak payah ada pun tak pe kot.. Maka, yang tak dapat di elakkan adalah ini :


Dulu, berangan Stokke. Sampai kesudah pun tak dapatlah kan kalau asyik nak dibandingkan dengan harga motor kapcai! hahaha


And now, Oh! My Tandem! Hish! I like!







Tolonglah husband! plz say 'yes' for this!


Image : google

Pengidaman yang tak dapat di elakkan....


Tolonglah! Chocolate cupcakes with macadamia nut? Mana mahu carik?

Items to let go
Thursday, December 23, 2010

Hi

I ingatkan, I nak let go beberapa Qaira's item yang jarang Qaira pakai. And ada tu tak pakai langsung. Tapi malas betul nak tangkap gambar. Now, I have 2 pics yg I nak let go. Both items TAK PERNAH PAKAI LANGSUNG!


 1- Mothercare potty - I beli nak bagi Qaira to train her guna potty. Tapi during Qaira's birthday, Zatty dah bagi potty train yang lagi canggih dan menarik untuk Qaira. So, potty ni tak guna langsung. I bought at RM28. To let go for RM18 with shipping (to Semenanjung shj). Untuk Sabah / Sarawak add RM3!



2- Vertbaudet Sleeping bag - age 6 months till 2 years old. Vertbaudet is from UK. Qaira dah banyak sleeping bag. I bought this thru my fren kat UK. Yg nie belum pernah pakai..tak sempat nak pakai. Tapi dah pernah basuh sekali sebab bajet nak pakai la.. hihi..  Bought at RM120. To let go RM60 with shipping.

Ok, those interested please e-mail me miz.amie@yahoo.com

First come first serve ok.. 


Nanti i post lagi entry barang-barang tak pakai and terpakai sekali sekala by Qaira yg nak let go jugak ok!

Till now,
bye

Morning Sickness
Wednesday, December 22, 2010

Hye ladies,

As my first pregnancy, my morning sickness taklah teruk mana pun. Nak panggil sickness pun rasanya tak sesuai as I tak rasa apa-apa except mual-mual macam tu jer. Same goes on my 2nd pregnancy. Cuma my husband ckp this time it is more like "Mengada" mood.. I cuma rasa nak throw up sekali sekala jer. Time Qaira dulu takde langsung.

And compared to my first one, I suka sangat makan manis-manis. Name it..any dessert would be fine as long as it sweet!  And my fav would be any western food and chicken and also any diaries product! kalau makan nasi nak kuah melimpah-limpah. Unlike now, jangan kata nak minum susu, anything sweet rasa nak throw up balik. I lebih suka makan masam-masam. Makan nasi tak nak kuah langsung and nak minum susu pun fikir 10 kali. And yang paling ketara, daging would be my fav! Serius, lain sangat compared to the first one. And it's funny when I tried to control my self from this "mengada" thingy.

And compared to dulu, dulu everytime I rasa and ingat yang I tgh pregnant. But now, kadang-kadang I lupa I pregnant till last week we went to Sunway Lagoon and terus semangat teruja nak main yang bukan-bukan. Hahaha! Oh! 

Well, my pregnancy still in early stage. Nak cakap banyak pun tak perlu I rasa. I have 8 months to go! Waaa... Lamanya... And I dah terbayang-bayang sakit nak beranak, back pain sume bagai. Oh! I hope this time I can breastfeed my baby and lahir normal compared to c-sec. kalau semua keluar ikut tingkap, alahai... susah betul nak jaga time pantang nanti.

Till now,
xoxo

Perihal ANAK dan cerita-cerita.. lalalala..
Tuesday, December 21, 2010

Yes, A.N.A.K!

To discuss bout ANAK ni, lately I ada 3 cerita mengenai perihal anak.

1- "Kenapa kamu dah pregnant anak ke-2 eyh? Tak sabar-sabar ke? Anak yg no.1 tue pun baru 16bulan. Dah ada anak lagi?" - Yg ni perihal saya berkaitan anak.

2-  "Saya dah kawin dekat dua tahun lebih. Tapi takde anak lagi. Dah consult dengan gynae. They asked me to take hormone pill. Tapi saya tak naklah! Hormone pill kan boleh jadi gemuk!" - Yg ni perihal orang yg dah kawin asyik tanya asal la diri sendiri tak dapat anak lagi sedangkan dah 2 tahun kawin. Tapi bila orang buka jalan penyelesaian, tak nak guna sebab takut diri gemuk.

3- "Bestnya tengok u all with kids. But not for me! I tak tahulah bila. Nak enjoy lagi!" - Yg ni perihal orang yg dah kawin tapi berangan diri muda lagi kot. Tak habis enjoy. Maklumlah dulu masa sekolah, mak ayah bercerai. Hidup susah dibawah tanggungan ibu tunggal. Bila dah berjaya, masuk IPTS atas saraan ibu tunggal tu, berkenalan pulak dengan anak Datuk lalu jatuh cinta. Dan kawin. Memandangkan masa muda nak enjoy takde duit, time bermenantu anak datuk ni, bolehlah amik kesempatan. Lalu, anak tu soal yg terakhir dalam rumahtangga.

Ok fine. I bukan nak sibuk but this things happen to me dan juga it happens on my surroundings. Among friends and myself. Macam kes pertama tu. Bila I announce myself pregnant no.2, terus mulut-mulut manis cakap "Hish, tak sabar-sabar. Anak kecik lagi dah pregnant no.2. Tak tahulah apa yang dikejarkan. Mampu ke dia tu? Setakat buat bisnes sendiri. Harap laki dia je keja. Entah boleh makan, entah tidak anak-anak dia nanti. Apalah yg nak dikejarkan sangat tu? Yg penting kualiti. Bukan kuantiti."

My answer would be this:

I'm an educated person darling. Memanglah I tak genius mana tapi I ada jugaklah at least degree. So, I tahulah mana baik, mana buruk. I read a lot. I baca hal-hal kesihatan. I've already consult with doctor. I know family planning very well. So, my husband and I, dah discuss and we agreed to have a second child. At least jarak from the first child tu 2 tahun lebih. So, dah okla bagi we all. Dalam usaha planning ke arah no.2, of course we all dah stable interms of financial, physical, mental and emotion. Takkanlah I nak bagi anak I makan pasir darling. Lepas tolak duit kereta, rumah, belanja seharian, bil-bil, loan PTPTN lagi (nasib husband I cemerlang under MARA. So dah save free loan kat sini.. hihihi), perbelanjaan anak pertama, duit shopping joli katak, mmm, we all ada extra lagi untuk anak kedua. Silap kalau kembar, still in budget lagi di samping boleh fikir lagi nak invest beli rumah lain or perhaps to have a 3rd car maybe.. hihihi.. so, mind your own business. Jangan nak menyibuk. Jangan nak nilai orang melalui apa yg u nampak jer. Macam mana u tahu I mampu ke tak ni? Ish ish.. susah orang macam ni. Or u jeles u yg tak mampu to have the second one. Or u yg ada masalah-masalah mcm yg u nyatakan ni. kalau betullah sebab ni yg u menyibuk kat I, better u lah yang fikir nasib u jer. Tak payah fikir hall org. Macamlah hal I nie, 1 bebanan bagi u. Pasal kualiti and kuantiti tu. Orang kampung yang hidup susah ada anak 12 orang. Bila besar, semua anak-anak berjaya. Peguamlah, doctorlah.. Saintis la..tu maknanya datang dari cara didikan. Bukan anak ramai hidup susah, u will produce a low quality child.. tolonglah! Berfikir secara rasional ok. lagipun I baru nak masuk no.2.. belum 6 lagi ok?


Citer no.2 pulak. I always dengar my fren membebel dia takde anak la, dah kawin lama lah. Laki I mandul la. (Ntah-ntah dia yang mandul). Rasa nak bercerailah sebab takde anak. Bila pergi consult dengan pakar, dua-dua takde problem. So, suggestla to take hormone pills. Doctor dah bagi jalan penyelesaian dah ni untuk suburkan diri anda. Pada tahap ni, inilah the best their advice for them. But my fren, reject dengan alasan "Giler ko.. Kalau aku makan pill hormone tue, boleh jadi gemuk tau! Tak nak aku!". And I was like ...(#$&^$**&).. fine, ko takut gemuk ker or ko takde anak sampai bila2? Gemuk boleh kurus. Cuma perlu sabar jer dalam tempoh proses nak mendapatkan anak tu. Mana lagi penting? And I guess lalu bisik dalam hati sendiri, "No wonder Allah tak bagi rezeki. Dia sendiri tak ikhlas untuk nak dapatkan anak..So, janganlah tunding jari kat org lain plzzz...". You are the one yang tak nak berusaha ke arah itu. So, lepas ni, tolong jangan cerita apa-apa lagi dengan orang lain. And kalau orang ramai tanya, asal ko tak beranak lagi, jangan stress. Ko jawab jela, "Saya takut gemuk".

Dan perihal citer ketiga. Tak sangka ada juga orang yang menolak rezeki. Seolah-olah kalau ada anak, macam bebanan bagi dia. She's my fren. Selalu tengok my fren lain yg dah ada anak, and she act macam "OMG, napelah dorang ni boleh tahan dengan kerenah anak-anak?". memang dia tak cakap.. But when u talked with her, u akan rasa dia memang tak suka dengan kids. Siap cakap, "Bestlah korang ada anak. But, aku tak kot.. nak enjoy dulu...". Motif???? Fine, for me.. nak enjoy mana pun, tak salah kalau ada anak. Sebab anak ni lagi akan mengembirakan hari-hari kita. Kan? And till now, she refused to join us, sebab all of us dah ada anak. But, not for her. BEBAN for her.

Ok, now let me explain kenapalah I was mengarut to talk about this. First, sebab lately ni benda ni I dengar hari-hari orang cakap. And as a conclusion, anak tu Anugerah Allah. Jadi, tak payahlah kita sebagai manusia nak mempertikaikan apa-apa. Bila ia adalah Anugerah Allah, maknanya ia adalah sesuatu yang sangat 'priceless'! percayalah!


Ni anak saya.. permata hati saya. Satu-satunya anugerah Allah pada saya. And saya sangat happy sebab bertemu dengannya... :)

Qaira ni Kakak tau Mama!
Wednesday, December 15, 2010

Last week, we went jalan-jalan with my sister and of course for Anya's 1st official outing! Hihihi... Anya dah habis pantang, terus nak jalan-jalan yer.. 

We went to Bangsar Village and spend time makan-makan at Delicious.

And guess what, during jalan-jalan tu, Qaira shows her reputation as a big gilr a.k.a kakak yg bertanggungjawab when she did this! Without anyone asked her to do it!

 Beria nak tolak stroller Anya ni...


 Tolak laju pulak tue... Orang nak pegang dia tak bagi...


Hah! Sambil hisap pacifier sambil tolak stroller! Camna nih? Kata big girl? Pacifier tu melekat jer lagi.. Haishh


p/s - Gambar kurang clear sbb tergopoh-gopoh nak amik momment nie.. ;)


Till now,
Bye darling!

Qaira doing her job!
Tuesday, December 14, 2010

Remember this entry?

Back to 3 months ago, there are photoshoot for Qaira.. bergaya-gaya ala model for LizOthman Kidswear! Hiks! And, in Wanita latest edition (January), barulah keluar their photoshoot tue...


Wanita Magazine Cover, January 2011


Aha, and below is the pic!




Ahahha.. seronok pulak tengok Qaira masa nie.. masa dia first2 nak jalan... masih senget2 bila jalan.. And now, she's a big girl!

Thanks to Liz Othman for giving this opportunity to us. At least we gained some experienced on this! And to all, do not forget to jenguk-jenguk LizOthman's website! They are superb in making kidswear! (Haha)

Till now,
Bye!

Should I Share this with u?
Tuesday, December 7, 2010

Hahahaha.. Yes, I think I should!

Because, now, I'm pregnant!

Yes, you got it! I'm in 4 weeks of pregnancy. Still early but I'm happy! So, pasni Qaira jadi kakak! Oh! I was thinking how to call Qaira after this! Kakak? Mmm, siannya dia.. Kakak rasa mcm dah tak manja dah.. 

Anyway, this is really a good news for us...!


Till now,
Bye

Birthday Project on Meeska Mooska Mickey Mouse!
Tuesday, November 16, 2010

Alhamdulillah, again and again praise to Allah that my resignation dulu bukanlah sesuatu yang harus dikesalkan. Hiks! I'm blessed on what I am now!

And, my new passion for what I'm doing right now is more to candy buffet! I just love doing this!!!! And my current obsessed ialah candy buffet for birthday party! Sebab it is more colorful compared to wedding's candy buffet which is more exclusive la kan. 

And I received a phone call from Sasha from London as she stayed in UK. Just thru tele-conversation, last weekend I managed to setup a candy buffet for her son's 1st birthday party!

So, let's enjoy the pics!


 Marshmallow Pops! Really yummy!


 Jellybeans in theme color! With personalised paperbag!



 Aha, ni mmg I suka.. I managed to arrange the flowers and jadikan mickey head.. the green one is mickey mouse and the white with blink blink ribbon is minnie mouse!


 And personalised chocolate wrapper!


 See the mickey cookies, the polkadot apam and snack potatoes!


And the outcome! With personalised banner! Oh! I really love this!

More, u can visit http://merisikgallery1.blogspot.com

Till now,
xoxo

Mama and Qaira!
Saturday, November 6, 2010

Mama and Qaira jarang nak tangkap gambar sesama. Sebab I selalu rasa I hitam.. Qaira nie putih! Langsung tak ikut muka I kan? Hisshh.. Bila tangkap gambar sebelah-sebelah, nampak sangat jurang perbezaannya.. Hahaha..

Ada tue, kalau pegi memana, orang asyik pandang jer.. pandang Qaira pastu pandang I balik... Dalam hati I, "Tu nak kata bukan anak aku lah tue...". Nasib Aril datang... Baru dia tahu Qaira anak Mama tapi lebih more to Abah.. agagaga...



Hahaha.. tetiba jer... since I berhenti kerja, Qaira ni asyik melekat jer. Ramai org cakap I manja dia lebih-lebih. Tapi dorang bukan tahu pun. Manja ada batas. Belum tengok I kurung Qaira dalam bilik kalau dia buat hal. Qaira now dah ada "notty chair". Bila dia buat perangai, I letak je dia atas kerusi tue till dia diam. So far, she understand. Kalau notty, cepat-cepatlah berhenti nangis before Mama letak kat ''notty chair" tue...

And now nie,. serius dia jeles sangat! Kalau Abah dia datang hug I, dia pun mulalah sibuk. And now dah ada Anya, if I dukung Anya, dia pun sibuk. Hishh, tak boleh langsung pegang Anya. She's a big girl now! I really missed my little Qaira!

Qaira, beberapa jam selepas lahir! Tengok Anya, teringat Qaira!




Hiks! Ok, now Qaira dah panggil ajak main.

Till now,
xoxo

Lagi-lagi pasal cookies!
Thursday, November 4, 2010

Ok, sorry ya.. citer cookie lagi.

Sape yg order cookies hari tue, silalah contact I yer.. dh ready untuk pick up.

Dan juga, tq for the good feedback! Hiks! I like! tq so much!

And, order di buka semula untuk Raya Haji kan... So, please make your oder before 4th November 2010. Anything e-mail me  miz.amie@yahoo.com



Now, harga dia RM27 sebekas for 50 pcs.

Till todate, ewaahhh... I dah jual almost 120 bekas.. and sorang pun takde bagi negative feedback! Alhamdulillah...So, untuk raya haji nie, hanya 150 bekas sahaja yang I terima order ok.. (sebab I bukannya professional baker... oven pun cinonet jer..)

Why my cookie is different (or u might say mahal ker apa ker..).. Sebabnya I used:


Golden Churn Butter
Pillsburry Multi-Purpose flour
And chocolate M&M's tue, I hancurkan, and mix with all the ingredients... M&M's mahal ok.. Bukan tu jer, 2 biji M&M's I tempek lagi kat atas cookies tue!
Besides all the things, all the bahan-bahan, I used 100% imported ok... Imported Chocolate and macam-macam lah... Serta my other secret recipes.. Hihihihihi... Yang penting HALAL!


Ok, berbalik pada cerita tadi, sape nak order, silalah yer.. Till 4th November jer.. And order with payment yer darling2 semua!

Till now,
xoxo

Birthday cake banner anyone?
Wednesday, November 3, 2010

Heylow darling2 semua,

I'm stressed for the whole week. To done 16 dulang hantaran + 1 pelamin job and I'm alone!!!! Sape nak keja part time silalah call I! Serius I need help! Of course with extra pay darling! Satu hari keja is more than what u get bila keja opis! Hiks! That is why I really love this job!

Ok, I bukan nak cakap pasal workload stress. Nak tak nak I need to work! Work! Work! And I have something  to share with all of u! 

It's cake banner!



Image : Google


Save your money on cake design and make a cute cake banner based on your theme! I should done this for Qaira's party! Ishhh...nice, cute and something different of course! Wanna try this?


p/s- I received 4 emails inform me that dia ada tgk someone bday party yg sebiji tiru Qaira tp langsung tak credit my name.. for me, suka hatilah.. i can't stop them! why should i bother! hahaha.. at least, ppl admire my work! kan?


Till now,
xoxo

Qaira's new ride and new home
Tuesday, November 2, 2010

Last Saturday, pagi-pagi lagi dah get ready nak pegi MyDear Warehouse Sale tue. Hajat dihati nak beli battery bike for Qaira... giler murah ok! I dah terjerit-jerit kat my husband..last dia tak layan pun sebab dia cakap Qaira tak pandai lagi nak main.. huk huk..

But, alang-alang dah pegi, haruslah membeli juga... And we bought a play tent with ball and tricycle for Qaira!


Play tent with balls RM59 jer!!!!


Qaira mmg excited sangat! Dia siap terjun mcm ala-ala Kiz Sport yg dia selalu pegi tue.. hihihi


And her Vespa tricycle.. Serius i like the design very much.. Lain-lain tricycle pening jer design dia..



This is simple and vespa type..! I like it very much! Price is RM114 jer! Serius murahnya!



Aha, and not to forget... untuk my sister yg time tu tgh sakit contraction kat hospital;




tadaaaa!
Nie pun sama murah! RM140 jer! As a gift for Anya! Gambar takde sebab tak sempat nak amik dah bagi pd Anya...



And a stroller for our relatives! Ni pun murah! RM140 gak! Hishhh!


And here, Qaira as a big sister dah skrg!

Nyum Nyum macaron!


Till now,
xoxo

QJ meets AB!
Monday, November 1, 2010

Alhamdulillah...


On 30.10.10, my sister dah selamat lahirkan baby girl via normal birth, 2.2kg at PPUH. Now, Qaira dah ada adik! Hihihihi....


Introducing.....................



Anya Baheera Bt Muh Hatim





  Here, when Qaira Jasmine meets Anya Baheera!


My family and I with Anya.. ambik berkat org kata!

Alhamdulillah semua dah selamat.. my dad yg kat Mekah tue pun happy lah dapat cucu no.2! Hiks.

Minggu yang penuh dengan dugaan!
Wednesday, October 27, 2010

Fine, minggu nie sangat banyak dugaan!

I received a lot of order from favor, cookies, candy buffet, hantaran and pelamin. Name it! Kebetulan this week is very full with order. Alhamdulillah...

But guess what? And this week also, my sister has been admitted at PPUH because she has a problem with her pregnancy. Oligo! That's what we called it. I need to settle all the order alone without any help from my sister and my life has been a hectic at the same time I need to babysit Qaira! Subhanallah... penatnya dan peningnya kepala otak ni.. Tuhan jer yang tahu...

And today, paed said, if keadaan pregnacy dia tak mengizinkan, she's been scheduled to c-sec this coming friday. If not, on Monday. But today, she's already dilate 1cm during her 35 weeks of pregnancy! Ok, serious.. i risau and pening.. Dan tambah risau lagi, my dad will perform hajj TOMORROW! All things happen at the same time! Semuanya mendebarkan!

Please pray for us! Will update later.
Till now,
xoxo

Qaira, it's time for you to stop from ...........................
Friday, October 22, 2010

USING BOTTLES!



Yes! I'm in the middle to stop using bottles for Qaira. Based on here, many pediatric professionals recommend that children should not use a bottle after the age of 1. So, I think this is the right time to teach her weaning bottles. 

Samalah macam I, some parents belum bersedia nak stop their toddler from using bottles because of some reason :

  • Sebab parents selalu rasa that their toddler loves bottles so much
  • Some parents tak boleh tahan kalau toddler dorang menangis nak botol balik (ni I lah!)
  • Sebab lagi senang bagi bottle dr cups kan?
  • Some parents don't want their toddler to grow up (ala-ala mcm tak boleh terima kenyataan if anak dorang dah besar..huhuhu)
  • And, someone make parents feel bad about taking the bottle away (Cth; mcm frens ker..family ker.. yg kecam habis-habisan kenapa perlu stop bottle at the age of toddler)
Ok fine. Mula-mula masa I nak start, I pun habis pikir.. Qaira nie still small (from my "mom-feeling" perspective). Sedangkan she is a toddler not a baby anymore.  But, if tak start from now, lambat laun Qaira tetap kena berhenti minum susu dari bottles. So, now I'm in the middle to attract Qaira to forget about her bottles. Oh, actually banyak advantage kalau toddler stop from feeding bottles skrg.

  • Botol akan menyebabkan sakit gigi pd toddler kalau their adult teeth dah tumbuh
  • Cause low iron level for the child's blood
  • Hilangkan selera makan sebab asyik nak susu jer
  • Cause overweight
  • Cause ear infections
Ok, now here my tips and how I apply the methods to Qaira supaya dia slow-slow boleh lupakan bottle dia yg comel tue! (Oh! I missed my baby already)
  • First, I changed flavor of her milk. I beli 2.. 1 yg biasa dia minum.. yang 1 lagi perisa chocolate. Selalu bangun tidur, Qaira akan breakfast. Then after 1 hour, she will ask for her milk. So, this time, I buatkan dia susu chocolate tue dalam sipcups (Oh, before that, u all kena introduce dulu sipcups pd ur toddler. For us, I introduce Qaira minum susu dalam botol. Minum plain water and air sedap like ribena etc, dalam sipcups. So, dia dah tahu. Kalau dalam sipcups tu ialah air lain selain dr susu). Ok, I bancuh chocolate milk dalam sipcups dia when she ask for milk. Dia minum. Dia sukalah. Sebab chocolate kan sedap. Then, Qaira akan tidur tengahari. Dia dah kenyang. Bila I bagi dia susu, she refused. So, kita dah skip 1 kali tanpa botol!
  • Bila Qaira bangun tido, dia akan makan tengahari plak. After 1-2 hours later, dia akan minta susu lagi. And this time, try to give her milk or chocolate milk dlaam sipcups lagi. Actually, nak ajar dorang biar gradually. Step by step. Jangan push tak bagi langsung dalam botol. But, waktu siang adalah waktu terbaik sebab their focus adalah bermain rather than minum susu. So, time ni la untuk lupakan dorang pasal botol tue.
  • Let say, dorang tetap mintak susu, cuba cairkan susu tue.. Put less milk. So dorang rasa tak sedap. At the same time approach dorang yg minum dalam sipcups lagi sedap dari dalam bottle. So, bila dia rasa susu dalam bottle tak sedap, dia akan beralih minum pada sipcups. For us, tak kisahlah asalkan dia kenyang dari tak minum langsung kan. Nie, kena sabar and memanglah time nie susu akan rugi sebab nak train dorang kena sabar.
  •  Qaira jenis bangun malam at least sekali for susu. So, this time, bagi jugak susu dalam botol. Tapi tetapkan less kan milk tue. Yang paling bagus, ajar dorang minum susu dalam sipcups before tidur. So, tengah malam dia takkan bangun lagi. And try to play with them sampai dorang betul-betul rasa penat and mengantuk Chances untuk dorang bangun malam, dah reduce sebab penat sangat terus tidur sampai esok pagi.
Ok, at the moment nie step yang I apply to Qaira. Kena banyak bersabar and as a parents, u all tahu apa yg anak u all suka kan.. dari situ, guna skills u all sendiri untuk tarik perhatian dia untuk lupakan pasal bottle tue. Kalau boleh, bottle tu pun kena sorok. Sebab they know once they see the bottles, it is for milk time. And  give lots of hug, kiss, love and special attention to them. Selalu remind them what a "big girl" or a "big boy" he or she is. And don't back down! 

Time jalan-jalan, always bring her sipcups. Mesti selalu train them! Lama- lama dah terbiasa. And boleh jugak bagi biscuits to them. So that, they will forget nak minum susu dalam botol!


If selalu kita bagi susu kat dorang, kita hug dorang kan.. Do the same things kalau dorang minum thru sipcups jugak. Maknanya biar dia duduk atas riba kita and kita hug dia. So, dorang takkan rasa banyak sangat perubahan besar yang berlaku. Meaning that, kena manja-manja jugaklah ok!



Kalau selalu bawak dorang main-main camni pun can help them to think about their bottle!
I hope apa yang I buat nie berjaya. Sebab one, two step I dah boleh tengok perubahan Qaira. So, let's try parents!

Till now,
xoxo

Now, let's go for holiday!
Thursday, October 21, 2010

Yeay! At last setelah berapa banyak kali tertangguh dan semua trip holiday tak menjadi gara-gara Qaira takde passport, at last  terlaksana jua si Qaira Jasmine punya passport siap!


Gambar ni dah 3 kali snap. 1st snap, dia gi nganga mulut..2nd snap, nak pegang kamera photographer tue, 3rd snap dapat pegang toys, jadi camni plak! Hidung lesek, mata besar, bibir tebal! Agagagagaga!


Hiks! Mood, happy! Pasni, bolehlah ke mana jua..agagaga.. trip tertangguh boleh cepat dilaksanakan! I buat dekat Wangsa Maju jer..tak sampai sejam dah siap.

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun hanya RM150 untuk 5 tahun valid. Those yang nak buat for kids kan, hanya perlu bawak gambar 2 keping, surat beranak, salinan surat beranak, and IC parents..between one la.. That's all...!

Till now,
xoxo

Wanna see more about macarons design?
Wednesday, October 20, 2010

Ok, fine. Lagi citer pasal Macarons. Before that, jangan nangis ek kalau tengok macarons yang cantik giler nih! Hasil sentuhan Sweet Merveilles.

 Usually tengok macarons without any design on the tops of the macaron shell kan? Now, Tadaaaa! Creative kan?


 Bukan tue jer, macarons as a part of hantaran... Ha, dah jadi mcm cupcakes design!


 Some of the sample!


 And also, this is what I have for MG! Macarons as a doorgift! So far, mendapat sambutan yang menggalakkan!


 Really nice kan? With the combination colors!


 See? Jangan nangis dulu... Ada macam-macam design lagi!


 Pack as doorgift dalam kotak pulak!


 And tadaaaa! Kecomelannya macaron terserlah with icing on the tops of macaron shell!



 Name it!


Macarons lollies! We have this in MG! But without any design like this! So, kena cuba with the design! I like!


Heart shape macarons anyone??




Aha, I'm sure macarons kek is not popular yet in Malaysia! But they do have in Singapore!!! Cake cutting ceremony dah jadi macarons cutting ceremony! But, tak boleh nak potong-potong! Bukak kotak and ..."NGAPPPP!"


3 tier of macarons with flower design! So sofisticated!


Oh! Warna lavender yang menyentuh kalbu! Nice combination of colors! I like!


And macarons as a deco for wedding cake!


Aha, cmna? Cravings apa pulak pasni? Jangan sampai muntah darah makan macarons jer! Habis husband-husband u all kena kerah dok cari macarons! hahahaha..  Malangnya, Sweet Merveilles ni is from Singapore!!!! I tak pernah nampak lagilah rakyat Malaysia yang membuat macarons mcm nie.. And I bet, with this entry, mesti ramai orang nak try deco macarons like this! At Sweet Merveilles, 1 pc of simple macaron (without any deco) is $1.85 per pc! Lebih kurang RM4.10! Tu yg kosong jer yer.. Belum lagi ada flower2 dalam hati ada taman... But, I think it is worth it! Dengan tenaga, artwork and kesabaran membuat macarons! It is not like cuppies!

Kan? Jom, mimpi macarons lagi!

Till now,
xoxo