Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts
Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts

Cantik tak tag cookies M&M's sayer?
Friday, October 21, 2011



Ok, ni tag cookies I.. hehehe.. cookies by MG lah! cantik tak? ekekeke..

Actually ni logo rebranding baru MG... tapi apa salahnya nak tepek skali kat cookies kan?

Designed by Hatim@MG!

My work recently...
Thursday, July 14, 2011

Hye darlink!

I'm in 36 weeks of pregnancy and will be deliver Qaira jr. anytime from now. I've prepared my hospital bag last 2 days.. haha.. lambat kan? I was so busy and I think I need a rest! 

Oh, I've done shopping for Qaira and my lil junior. Mostly Qaira punya semua untuk baju raya dia lah.. and for the junior, most of the baju, I recycled Qaira punya dulu.. still look new tau! But, I've spend for baju raya dia jugak recently.. will post the pics later lah!
 
Aha, I've been eyeing on babygear for my lil junior. Dulu masa Qaira I bought FP Swing for her.. tapi Qaira ni jenis tak suka swing... letak atas katil then tidur terus. Tak payah swing dah lelap. So, I dah jual the swing dulu.

And for my second baby, I was thinking to have a bouncer instead of swing. And i've been eyeing on this!


Pics : Google


This is a new design of FP bouncer ganti yg frame color biru tue... tapi takde music.. Cheaper than the previous one.. Anyone here tahu kat mana murah? I dah survey the cheapest i can get is RM299.. If anyone here tahu kat mana jual lagi  murah, do let me know ok! Appreciate your response! Hiks!

Besides, below piccas are my previous work last week.




Pics : Afifi Ishak

Pics : Afifi Ishak
 
And the last pelamin was different from what we've done before..A Rock Star theme wedding! Bukan ke banyak kerahan tenaga nak kena bt utk semua nie? hahaha.. semputttt! But, I still manage to work on it.. Thanks Allah.. Alhamdulillah...

And 'US' during our 3rd celebration anniversary at Ayuthaya... Maaflah yer perempuan mengandung harus kelihatan gemuk..agagaga.. even this time I just gained 8kg compared to Qaira dulu smpai 18kg! But still gumun, gumun....Hehe...

Okla... preparing event for this week! Later peeps..


Love,

xoxo



Wordless Wednesday #3
Wednesday, May 11, 2011




A wedding photobooth done by MG.

 Pics taken by Nur Azmie. Check out his FB

Current Project lagi...
Thursday, April 28, 2011

Ini adalah current project! Brooch handbouquet yg bila dah siap sangatlah cantik! Nasib diri sendiri dah kawen! Agagaga...



Those sape adik ke, relatives ke nak kawen, jom to MG!

Chocolate Foundae Not Choclate Fountain
Thursday, April 8, 2010

Hi peeps,

Huhu..received a good feedback regarding the chocolate fountain! Yeay! However, those yang request for small party memang tak sesuai la nak pakai chocolate fountain kan. So, we do have CHOCOLATE FOUNDAE!

We do have package on this. So, party yang around 50-100 people, we can cater using chocolate foundae!





Just request you nak dip dengan apa. Suggestions:

  • Strawberry
  • Banana
  • Marshmallow
  • Biscuits Stick
  • Apple
Then, I will quote to you based on your request!

Untuk majlis yang lebih besar, prefer using chocolate fountain rather than chocolate foundae.

E-mail me at miz.amie@yahoo.com


    Our weekend
    Monday, November 2, 2009

    Weekend lepas, penuh with aktiviti! On Saturday, it is my bridesmaid's wedding aka my bestest fren, Raihan's wedding! Oh, very the garden wedding u all... Everything was nice!


    Let's celebrate LOVE! huhuhuu


    with my bestest! Oh yana.. thanks 4 Qaira's dress that u bought from UK! Gorgeous!


    'Us' with the bride n groom yg ala2 Nasir Bilal Khan... oppppssss....


    the Lambretta area... new idea n sgt chantek! (tapi asal kamera nie terang sgt...ishhh)


    the garden pelamin... nice!


    And the garden canopy with butterfly scallop.. i like!

    And, on Sunday, I met Anita at Alamanda.. sembang2 pagi Ahad... huhuhu

    Baby Qaira and Baby Adzryl


    with Mama Qaira and Mommy Adzryl


    happy Family!


    sleepy Qaira...


    "When we can go back Mama... I'm tired..."
    Oh! where is Abah.. he's busy captured our pix!


    And those who order their Toujours, dah boleh pick up ok! Dan memandangkan sambutan sangat menggalakkan, I accept order sebulan sekali..

    Marilah berjimat bersama TOUJOURS... i tak tipu.. serius I suka diapers nie.. huhuhu

    Merisik Gallery Promotion
    Sunday, October 25, 2009

    Hi there!

    Ok, Merisik Gallery are having a school holiday promotion! Fresh flowers hantaran only for RM45 per dulang!!!!!!!!

    Terms & Conditions:

    • Tempahan mestilah 7 dulang dan ke atas
    • Gubahan, idea, pemilihan bunga adalah dari Merisik Gallery. Tetapi, anda boleh memilih warna tema perkahwinan anda
    • Promosi ini hanya valid dari 21 November 2009 hingga 2 Januari 2010
    • Tempahan mestilah di buat sebelum 14 November 2009
    • Siapa cepat, dia dapat!
    Please visit our new blog, here!

    Our schedule :

    October

    30/10 - 13 dulang hantaran for Fura (exclusive hantaran)
    31/10 - Mini Pelamin for Nikah for Raihan

    November
    14/11 - 9 dulang hantaran for Dahlia (exclusive hantaran)
    28/11 - Mini Pelamin for Nikah & 9 dulang hantaran for Olin (school holiday promo)

    December

    4/12 - 100 batang bunga pahar VIP for Dhuha
    25 batang bunga pahar for Jannah
    7 dulang hantaran for Jannah (school holiday promo)
    7 dulang hantaran for Jannah's fiance (school holiday promo)

    5/12 - Pelamin rumah Adah
    9 dulang hantaran for Adah (normal hantaran)

    12/12 - Rental items; silver boxes set B for Nyza
    - 7 dulang hantaran for Razlina (school holiday promo)

    19/12 - Rental items; silver boxes set B + Alas dulang silver beaded + Kerawang ring holder
    - 9 dulang hantaran (exclusive hantaran)

    25/12 - 20 dulang hantaran for Dr.Rohaida and her fiance (normal hantaran)

    Please call me, Amie 012-9251007 or my sis Ika 012-2962456 for more details!

    Umie's Engagement
    Wednesday, September 30, 2009

    Nice blue, is it?










    Ideas for those bride to-be!

    Mini Pelamin
    Friday, May 8, 2009

    Hi All,

    Last Sunday masa sume org tgh happy ber labour day, me, husband, my sis n her fiance, dpt our first pelamin project for Merisik Gallery .

    It was for Liya from Bangi. Thanks to Liya coz put a trust on us to complete her engagement day. Even dia tahu we didn't have any experience buat pelamin nie kan.. setakat cucuk2 bunga tue biasalah... But, i guess, our first experience nie, even taklah sehebat mana, but it turns well and liya was so happy... (wah, dengan keadaan perut yg besar nie, I still gigih ok pasang pelamin..it's a nice job... rasa puas dpt melakukan sesuatu yg kita suka....)

    "Thanks for the lovely pelamin.."; kata Liya..

    hihihi... Thanks to u too Liya sbb dia mmg tak ragu2 pada kita... yela sometimes to gain trust from other people yg kita tak kenal, mmg susahkan.. lagi2 utk big day kita...

    Liya requested very simple n nice pelamin and more pics u all boleh tgk kat sini ok.

    Well, I guess we need to learn more pasal pelamin2 nie... Now, we need to perah otak to design something for my sis's wedding.. Hall pelamin would be a tough project tho!

    Pics : Here

    Not to forget, a fully support from our parents. And Kak Ida as our sifu! Thanks to all of u!


    Sepelik Mana Majlis Perkahwinan Kamu Nanti
    Saturday, April 18, 2009

    Aku baru selesai berchatting dengan kawan baik aku. Hubungan kami lama. Dr sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan masing2 ke IPT hingga bila aku kawin, dan sekarang, giliran dia ke jinjang pelamin. Topik kami tak lain tak bukan, seharusnya persiapan majlis perkahwinan itu nanti.
    Sepanjang aku menceburkan diri dalam urusan membuat hantaran dan favors untuk pengantin, aku jumpa banyak ragam manusia yg semuanya selalu meluahkan impian perkahwinan mereka. Mcm aku lah, masa nak kawin dulu, dr pagi smpai petang, duduk depan komputer dan surf segala macam website yg ada khas untuk; PERKAHWINAN. Dr satu website ke satu website, aku surf untuk mencari apakah yg terbaik buat aku. Atau apakah yg aku mahukan untuk perkahwinan aku nanti. Tapi sebenarnya; sejauh manakah aku boleh mendapatkan sesuatu yg aku sendiri tak tahu. Faham tak?
    Bila berbual; aku akan tanya.. Impian perkahwinan mcm mana yg kau mahukan? Tema perkahwinan? Warna? Venue?
    Orang akan menjawab, impian aku begini. Tema aku begitu. Warnanya haruslah itu ini. Serta venue yg sana,sini,situ dan sinun.
    Kalau dulu zaman nenek moyang atau mak bapak kita; bila di tanya apakah warna tema perkahwinan mereka, haruslah aku yakin mereka tiada warna tema. Paling tidak pun pasti jawapannya, warna tema? Oh, baju aku merah. Hantaran aku hijau. Khemah aku hanya scallop gambar bunga raya yg satu ketika dulu sangat 'in'. Aku pasti scallop bunga raya itu bukanlah satu trend. Tapi pada ketika itu, scallop jenis itu saja yg ada.
    Menuju ke tahun 90 an; manusia bertambah kreatif. Warna tema mula menjadi topik. Dan ketika itu, bila di tanya apakah warna tema perkahwinan kau nanti? Pasti jawapannya; MERAH, BIRU, HIJAU dan sekian, sekian, sekian. Dari warna scallop khemah, ke baju pengantin, ke hantaran perkahwinan, ke warna cat rumah dan bilik pengantin, kek, dan apa saja yg boleh diwarnakan, adalah mesti mengikut tema warna. Kalau pink, pinklah semua termasuk baju mak, ayah, sanak saudara, scallop, bilik, pelamin bla bla bla.. PINK. Salah betul kalau warna yg bukan warna tema, tersesat dlm persiapan perkahwinan itu nanti. Itu belum lagi wajah yg dicalitkan dengan eye shadow, blusher dan lipstick yg berwarna PINK! Hahahaha....


    Inilah warna tema perkahwinan saya... PINK!

    Menjelang millenium, warna tema masih diperkatakan. Tetapi kali ini, kau tidak akan dapat mendengar warna tema seperti di tahun 90 an. Manusia akan explore lagi.. dan lagi.. Kali ini bila di tanya apakah warna tema kau? Yg menjawabnya; IVORY, MAGENTA, VIOLET n bla, bla, bla. Shades untuk 1 warna sahaja menjadi beribu2 warna. Kalau aku jawab pink, dia tidak akan fikir pink. Dia akan tanya lagi. Pink apa? FUCHSIA, AMARANTH PINK, PERSION PINK bla n bla n bla.

    Lihat? Aku pasti, yang menjadi mangsa ialah wedding planner serta orang2 yg akan berusaha mencari tema warna yang paling tepat untuk pelanggannya. Bukan itu saja, benda yg mudah ini, akan mula menghantui pengantin itu sendiri, untuk mencari, "Kat mana aku boleh dapat kerusi violet berlapikkan alas meja carnation pink serta warna pinggan makan berwarna ivory untuk majlis reception aku nanti?" Berfikir, fikir, fikir dan fikir.


    Kalau susah2 sangat, kita combine kan saja semua design.. puas hati sbb semua dapat!

    Oh! Itu baru warna tema... Belum lagi benda2 kecil yang mesti ada dalam perkahwinan itu nanti. Contohnya; aku inginkan pelamin yang lain dari lain. Oh! Mungkin aku boleh menggantungkan hanger baju di pelamin itu nanti bagi menampakkan keunikan aku ketika bersanding nanti. Atau gantikan bunga hiasan di pelamin dengan hiasan pokok2 krismas yg comel! Serta aku sudah bosan melihat pelamin yang hanya ada 1 atau 3 panel. Aku mahukan 5,7 panel atau mungkin berpanel2 selagi dewan itu mampu menanggung keluasan panel yg pelbagai tu.



    Ini konsep majlis saya nanti.. konsep mengelakkan jerebu..agagaga
    Konsep perkahwinan apa pula yang kau inginkan untuk perkahwinan nanti? Oh! Aku impikan konsep dalam laut... pelamin aku nanti haruslah mempunyai 1 cengkerang siput yg besar serta 1 tapak sulaiman di tengah2 tempat duduk aku dan bakal suami. Atau mungkin konsep salji di mana pelamin itu nanti di kambus dengan salji yg di import dr Antartika serta beruang kutub sebagai pengapitku!
    Atau lainnya, bila di tanya konsep untuk hantaran pula... katanya "Saya sukakan fresh flowers! Tapi saya bosan dengan roses, eustoma, daisy bla bla bla. Saya inginkan kelainan dan ingin gunakan bunga Rafflesia sebagai bunga utama hantaran saya... bape akak charge?"
    Sepelik mana atau seunik mana perkahwinan yang bakal kamu langsungkan, yang pasti, sebagai org Islam, akad dan nikah adalah perkara wajib yg selalu orang ketepikan. Siapa tok kadi yg akan menikahkan kita? Aku pasti takde sorang pun antara kamu akan memikirkan hal sebagai hal utama bila kita bercerita bab perkahwinan!
    Jadi, sepelik mana majlis perkahwinan kamu nanti?



    Cuti yg panjang...
    Tuesday, March 10, 2009

    I was so happy during my birthday aritue... hik hik...

    At first, I thought husband buat2 lupa my birthday kan... tapi suami saya sangat super kool!

    Bangun pagi, saya dpt birthday kiss dr husband.. hik hik... well, thanks dear! But, no card or even hadiah ker...so, bt bodoh jela.. takkan nak mintak pulak...

    Then, nak pergi keja Jumaat tue, tgk dlm handbag ada kad... baca punya baca tetiba terharu pulak.. no need to tell la apa yg dia tulis... simple but touching... pastu kat bawah kad tue, dia lukis gambar kartun baby... hik hik.. rasa mcm comel jer (sape yg comel?)

    Then, malam tue, husband yg super kool itu telah bawa saya pergi candle light dinner ..with Bali ambience.. weee... saya suka! Tetiba teringat pulak time honeymoon kat Bali dulu... terus rasa mcm baru kawin... tapi bila pegang perut, terus potong stim anak dara la... hahaha... baru teringat our baby pun ada sama... well, such a simple n great birthday... Thanks husband!

    Keesokan harinya, seluruh keluarga sangat busy dengan preparation for my sister's engangement... spt biasa, semuanya buat sendiri... termasuk semua deco yg semestinya fresh flowers... penaaattt! but, it turns well... semuanya dah selamat... can go thru to her blog utk more pics... pics lain2, tggulah photographer dia siap kan gambar2 itu ya...


    Theme color was orange peach n pink!

    5 Stylish new Wedding Theme
    Wednesday, February 18, 2009

    Elo peeps,

    Since I'm pregnant, quite a long time tak citer pasal wedding... I love wedding so much! The preparation, the akad, the event gives a beautiful momment to everyone! betul tak?

    Well, I just drop by here. My favourite website ever for my very own wedding.. I did a lot of reference in this website during time kawin-kawin dulu.. hehehe...

    And here, for the bride to-be out there;

    5 Stylish New Wedding Theme (which some of the theme, ada masa my wedding dulu..i like!)

    Theme #1 : Stripes

    Apply this theme at ur own modern wedding theme! Sangat contemporary! Apply the stripes theme at ur own wedding card or even ur cake!

    Pics : The Knot
    Pics : The Knot


    Theme #2 - Flowers

    Love flowers? Especially those fresh flowers yg sangat cantik and natural? Full your pelamin and your hantaran even your event decoration with fully of flowers!

    This was mine!


    And my pelamin and event hall with red roses flowers during my wedding!


    Theme #3 - Dots
    Bright playful and fun! Put a touch of dots at your wedding card, wedding stationeries (thank u tag, table tag etc.)
    Pics : The Knot

    And even a lil touch at your hantaran. Pics : Merisik Gallery

    Theme # 4 - Letters / Monograms
    I just love letters and monogram... it is very classic n contemporary! And yet look very modern!


    My own wedding favors during the wedding! Oh, look... a touch of damask design pun ada!

    Letters at your wedding cake... new and fresh idea!
    Theme # 5 - Flourishes / damask design
    Love this? Modern contemporary yet very exclsuive with flourishes and damask design at your pelamin! Try this! Very classy!
    Pics : Adiputra75.fotopages.com