Cantik tak tag cookies M&M's sayer?
Friday, October 21, 2011



Ok, ni tag cookies I.. hehehe.. cookies by MG lah! cantik tak? ekekeke..

Actually ni logo rebranding baru MG... tapi apa salahnya nak tepek skali kat cookies kan?

Designed by Hatim@MG!

Aksi Diva Qaira Jasmine
Thursday, October 20, 2011

Sejak Damia takde, sikap Qaira kadang-kadang moody jer. Entahlah.. maybe dulu orang asyik panggil dia kakak jer.. and selalu sebut pasal adik.. but suddenly semua org dah tak cakap pasal adik langsung. Until now, she keep asking about her sister. And we all selalu cakap, "Adik kat syurga..".

And sekarang dia dah pandai... bila dia tanya, "Mama, where is adik?". Then dia juga yang jawab sendiri, "Adik, syurga eyhhh?". Sambil tadah tangan pastu mulut terkumat kamit then dia Aminnnn kan doa dia.. Hihihi.. Good girl Qaira. No need to sedih-sedih ok.. Adik will remain waiting us at Jannah.. Adik pun tengah happy2 sekarang. And nanti, insyaallah, Qaira akan  jadi kakak jugak.. tapi later ok... ;)

About Damia, siapalah yang tak sedih bila anak yang kita kandungkan selama 9 bulan, tiba waktu yang dinantikan, dia tak dapat bersama kita. But, here something to share with those yang alami nasib yang sama with me.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Then, after all I tak perlulah sedih lagi. Bukan ke dah terbukti Nabi Ibrahim A.S yang menjaga Damia sekarang. I rasa berjuta-juta kali baik Nabi Ibrahim yang jaga. I redha. And Damia akan tunggu Mama, Abah and kakak kan?

Apabila kita mengingati Tuhan, maka Tuhan juga akan mengingati kita.
Apabila Tuhan mengingati kita, maka Tuhan akan menguji kita.Terima Kasih Allah kerana memilih aku..kerana memilih Damia untuk menunggu aku di sana.. 

So, why should I nangis mcm org giler, kalau dah sah-sah ini yang terbaik untuk I kan?  I smiled :)

Untuk Damia anak Mama, every moment of having u in me was great.. and you will be forever mine.. ;)

Enough with Damia... and anak sulung I sekarang, tengoklah aksi dia.. mcm diva ok.. menyombong tak tentu pasal.. especially bila org nak snap pic, mesti nak buat ala-ala gaya menyombong dia tue...


Tengoklah... muka tak boleh blah... ikut mood dia jer...



Gambar ni, a week before adik dia lahir.. still nak menyombong...tapi dengan pacifier dia.. haish.. dh 2 years old, but still on pacifier.. ni skrg husband and I tengah cari jalan nak elakkan dia dengan pacifier.. any tips guys??



Well, kadang-kadang kesian tengok Qaira.. waiting for her sister selama 9 bulan, tapi akhirnya takde sape teman dia main... luckily, Anya is here.. tempat gaduh, tempat bermanja.. semualah... hari-hari jumpa, hari-hari gaduh...hihihi...tunggu Anya besar sikit dah boleh jalan, mesti jadi kawan baik... hehehe..

Qaira and Anya

Ok, till now
xoxo

Ni manusia ke binatang?
Wednesday, October 19, 2011

Salam all,

I bukan nak cari publisiti murahan. Ok, reason I tutup comment box kat tepi tu because of this. Cuba u all baca...




Ok, to be honest, I kenal sangat pompuan yang tulis ni. She is my silent reader... I tahu sampai skrg pun dia dok baca my blog. Citer jadi setahun 2 tahun yang lalu... Pompuan  nie, if I citer pasal I jer..or pasal husband I ker..pasti dia drop comment. Comments dia seperti biasa akan menceritakan kisah-kisah dia dan suami dia yang ntah apa-apa.. Sampai ada 1 komen tu, kisah dia cium-cium dengan husband pun nak bgtahu kita (macamlah dia sorang ada husband..ehhhh...letih!)

And sampai satu tahap bila kita ignore dia, dia pegi kutuk parents I cakap yang parents I tak tahu jaga anak. Kurang ajar tak? Nak jer I paste semua-semua yang berlaku ni... those yg baca my blog dr dulu sampai skrg, maybe akan ingat kisah maki hamun I dengan dia.. tapi citer lama, malaslah nak ungkit..bila dia dah kutuk mak bapak kita, memang I pun balas kutukan dia tulah! Sampai blog dia yang kononya best tue, dia tutup sebab ramai sangat yang drop komen kat dia kot dengan sikap dia yang kurang ajar. Ha, blog dia biasalah.. mengisahkan kasih sayang dia pada husband dia.. (mcm yg i cakap.. dia sorang jelah ada husband).

I ni tak pahamlah... bila dia dh cari pasal dengan I, dengan my sis pun dia carik pasal jugak. Sampai masa my sis pregnant, dia siap cakap suruh my sis ni pegi mintak maaf dengan dia sebab dia cakap my sis ada banyak dosa dengan dia.. dosa apa pun tak tahulah... kenal pun tak.. jumpa apatah lagi.. dia yang dok kutuk and drop komen maki hamun kitorang adalah... I tahu dia marah sebab I pegi buat kenyataan kat blog, mulut dia mcm longkang... I siap paste nama blog dia.. since kejadian tulah, agaknya dah malu, terus tutup blog! (kalau tak bersalah, buat apa nak tutup blog kan?)

Nak jadi citer, dia ni not so called junior i dululah.. nak panggil junior pun malas.. sebab kejap je pun dia sekolah kat situ.. and I tak kenal dia langsung pun masa sekolah dulu... batch dengan Shila Shower.. when Shila knew about this, the same things Shila ckp pd I, yg perangai dia memang macam ni. And Shila pun penah kena dengan dia dulu.. Aiseh... (Sorry Shila.. kak Amie need to tell this.. sakit hati sangat!)

And, ada ke patut, dia pegi drop comment mcm ni kat I? Hello, ko siap cakap padan muka kat aku lagi kan? Apa yg ni di padan mukakan? Aku siap bersyukur je anak aku takde.. sebab itulah yang terbaik yang Tuhan bagi kat aku? Ko ada? Aku ni siap dah ada saham kat akhirat nanti... Tunggu dunia kiamat jer nie..? Engkau? Ada? Takde kan? So, aku siap senyum sebab anak aku nanti tunggu aku kat sana! Paham? Sikit pun aku tak menyesal sebab ini takdir aku! Paham? jeleslah tue... Aku tak nak Tuhan tu buat perkara yg sama kat ko... Aku minta, Tuhan tak payahlah amik anak ko mcm mana dia amik anak aku... Sebab nanti  ko akan jadi sebahagian yang beruntung kat akhirat nanti.. jadi, aku tak nak doa anak ko mati! Semoga anak ko panjang umur! Aminnnnn....

And lepas dia drop comment mcm nie, my sis, terus fb husband dia...(actually husband dia adalah kawan lama I masa skolah dulu...tapi tak rapat pun..) Then husband dia cakap, akan tanya dia samada betul ke wife dia bt mcm tue... Jawapannya memang taklah dia nak mengaku kan....! Mmmm..

Sorrylah guys.. I dah lama pendam.. sakit hati dengan org mcm nie.. tapi i ignore jer.. purpose I tulis entry ni, just nak bgtahu dia.. sekali lagi dia drop comment kat blog I atau my sis, I tak teragak-agak paste gambar dia anak beranak kat sini... Nanti baru ko tahu langit tinggi rendah.

That's all.

Chow!

Qaira & Damia's Items to let go! - Part 2
Tuesday, October 18, 2011

This time, some of Qaira's toys I nak let go juga.. Ok, ramai yang e-mail mintak tolong reserve kan items yang belum di upload pun and tanya apa lagi I nak let go.. sorry guys... u all selalu check my blog ya.. Sebab it's unfair la to those yang tunggu kan.. ok?

1- Play gym - SOLD
Perfect condition! Seriously look new!
Price : RM45


2- Rubber puzzle - SOLD
Perfect condition! Seriously look new! Then yang best nya dia bukan yg numbers tue.. dia bentuk animals.. so lain sket and best sket!
Price : RM20


3- V-tech Baby Walker - SOLD
Good condition.. semua items ada.. termasuk phone tu tau.. cuma time tangkap gambar nie tak perasan phone dia takde..hehe.. semua function ok..
Price : RM80

E-mail me directly miz.amie@yahoo.com

As I said, first come first serve ok.. No reservation without any deposit.. Kalau ada deposit then I reserve for you ;)



ALL SOLD OUT! TQ ALL... NANTI I UPDATE LAGI OK!

Damia's Items to let go! - Part 1
Monday, October 17, 2011

Salam all,

Husband and I decided to let go some of Damia's items. We start with this two items dulu ya. First come first serve. No reservation please.


1- Organicz Kids Bottle (wide neck)
From left to right.
a) 4oz white bottle - RM60
b) 9oz purple bottle - RM75
c) 9oz white bottle - RM75

Condition : Semua bottles adalah baru. Perfect condition! tak pernah guna.. tapi dah sterilize sekali because dah prepare utk Damia.

ALL BOTTLES SOLD! Thanks!

2- Halford Fliplite Stroller
 
Fliplite
EN 1888 & AS 2088 Certified
5-point Harness
4-postition Recline system
Adjustable Footrest
Side Ventilation system
Peek-a-boo Window
Reflective line for night viewing
Large shopping basket
Foot-operated Breaks
4 wheel Suspension
New elegant Wheel
Compact umbrella fold
 
Specifications
Backrest Angle: 4-position Recline
Equipped Weight: 7.2kg

Condition : Dah pakai almost 6 kali sekejap2 jer utk Qaira.. Still in perfect condition.. No stain no anything.
Price : RM300


Those who are interested, e-mail me at miz.amie@yahoo.com

I nak let  go banyak lagi barang Damia terutamanya baju ok... Paling banyak Ralph Lauren.. beli kat butik.. so, next entry i pos lagi ya.

Till now,
xoxo

Heylow and Salam to all Blogger!
Wednesday, October 5, 2011

It is almost 2 months now. I know...I owe all readers about my precious baby's story... Mmm, I'm full recovered now... happy dan teruskan hidup. Tapi tiada kekuatan lagi nak bercerita pasal Damia. Well, life must goes on... Orang kata I tabah... Yes..kena tabah. I selalu remind myself that segala yang terjadi ada hikmah. Hikmahnya apa, I pun tak pasti but I mesti redha on what happen to me. Even it's hurt, I always said Alhamdullillah. I'm the chosen one. Dan bukannya dalam dunia nie, I yang rasa sorang-sorang benda nie. Ramai lagi ibu-ibu uang senasib malah lebih teruk lagi ujian yang diterima dari Allah. And I believed that Allah turunkan ujian ini sebab Dia tahu I mampu menanggungnya. To Damia, Mama bersyukur Damia pergi. At least Mama dah tahu Damia confirm tunggu Mama and Abah kat sana. Amin..

Macam mana I accept the ujian fr Allah. Well, honestly rasa pahit. Anak yang dikandung 9 bulan tiba-tiba pergi sekelip mata jer. But, bila rasa sedih, I pujuk hati. Damia adalah milik Allah dan kepada Allah jua dia kembali. And not only Damia...myself pun satu hari nanti akan pergi juga. Hanya masa yang  menentukan. Dan selalu I rasa rugi sangat kenapa I tak berkesempatan hidup bersama dengan Damia. Tapi I pujuk lagi hati bahawa dunia ini hanya sementara. Yang kekal adalah akhirat. Dan yang kekal juga I akan bersama Damia buat selama-lamanya.. Bukan hanya sementara....It's really changed me a lot. The way how I look at myself. Banyak benda yang kita alpa masa kat dunia. And I try untuk berubah sikit demi sikit. Alhamdulillah.

I read this before. How to handle perasaan kita dengan ujian yang kita rasa paling berat untuk diterima. I might share this with you. When I pray, I doa "Sesungguhnya ujian yang Allah berikan pada aku adalah sangat berat untuk ditanggung... Aku amat merindui anakku Damia.. Ya Allah...Tapi aku redha dengan segala kepahitan ini. Dengan keredhaan ku ini, kau berikanlah ganjaran pahala buat diriku dan suamiku serta anakku...Dan makbulkanlah segala permintaan dan doaku ini..Amin". Dan ia buat I tenang.

Yes, I cried when I missed Damia so much. Bila teringat dia...bau dia..rupa dia...But, I never cried and blame Allah on this.. NEVER! I rasa bersyukur.. Ini cara I pujuk hati...Alhamdulillah..it works! Tak salah menangis..Asal kita tahu batasannya.

Well..I patut  habiskan cerita Damia... this is my diary.. satu hari nanti I harap Qaira dan adik-adik dia dapat baca diari ni bila I dah takde lagi.. and dari situ dorang akan tahu, macam mana keadaan dunia ini. Ia bukanlah selalunya indah. Tapi kita kena selalu bersyukur. And semoga dia tahu apa yang berlaku pada Mama, Abah, diri dia and mungkin adik-adik dia...

Mmmm, I hope lepas ni I can post entry biasa yang ceria tanpa rasa sedih lagi. Bukan Mama tak ingat Damia atau nak lupakan Damia.. Damia selalu ada dalam hati Mama and Abah buat selamanya...