Besides Spanx, I'm in love with....
Wednesday, November 23, 2011


Yes, you read it! Fit Flop... Ok, fine... items tak sampai lagi... tapi hati dah berbunga-bunga tak sabar nak tunggu my Fit Flop. I pernah dengar org ckp very comfortable selain design yang cantik-cantik tue.. But tak pernah try pun. Yerla, mana boleh kata NO when u see these!










It comes in many design.. I prefer their sandals la sebab semuanya nampak drooling...huhuhu.. Ada Pietra, Electra, Rock Chic, Walkstar, Floretta, Rokkit, Frou and macam-macam lagilah. And what is so special pasal Fit Flop ni?

In 2007 Newsweek called FITFLOP the ‘must-have item of the summer’ 
Independent Newspaper (UK) hailed FITFLOP sandals as ‘miraculous
Dan.. FITFLOP became the only footwear to be featured on Oprah’s ‘Favorite Summer Things ‘ list (July 2008)!

Ok fine...dah lama dah wujud since 2007... skrg baru nak sibuk-sibuk kat sini.  hehhe..

As usual, celebrities who wear Fit Flop..




I purchased this harus tunggu lagi 3 weeks. Seperti biasa shipping and handling from US adalah lambat.. tapi kat sini pun dah ada dah.. Bezanya adalah harga sahaja.. hehehe.. And which one is mine?



Tadaaaaa.............

I'm in love with Frou Collection!

I'm so in love with....
Wednesday, November 9, 2011

SPANX!!!!!!!!!!




After my second confinement and lagi-lagi lepas bersalin C-Sec nie, memanglah nak berbengkung pun takde time kan... Masa confinement hari tu, I start bengkung during my 3rd weeks.. tu pun bila I rasa luka kat perut tue dah ok.. Cuma nak ikat kuat-kuat bengkung tu tak beranilah lagi.. But, masalah yg I hadapi sama jer.. perut memang susah nak turun. And if nak bengkung tradisional tu haruslah tak kan since nak melilit-lilit bagai and tak praktikal langsung kalau nak keluar.

And, I was looking for bengkung yg praktikal la.. I penah try PB dulu...sangat ok.. cumanya kalau kita dah semakin kurus, PB tak boleh nak adjust. So, I tried Spanx! Bought here. And dah sampai last week!

I bought Slim cognito Shape-Suit. Maakkk aiii, the result sgt besttttt!!!!!!!!!!


My first trial, hahaha... suka giler. It's comfortable and tak panas pun. Material dia sgt soft and the impact adalah wallla!



See the difference? Memang I pun dapat lihat benda yang sama on my body. Selalu perut adalah sangat problem. And, by using this, I can fit my old jeans zaman anak dara..hehe.. Serious... kalau tak pakai Spanx mmg jeans tu nak masuk punggung pun tak boleh... But using Cognito shape ni, jeans tu boleh masuk.. tapi still tak boleh button lah..haha.. but still u akan nampak the effect. (dari jeans yang tak boleh pakai, dah boleh pakai..maknanya oklah tue!!!)

Price for Slim Cognito is US98. Kira-kira termasuk shipping is RM380 lah... Oklah kan? Still reasonable dengan apa yg I dapat! Malangnya nak beli kat sini mmg takde unless kalau online shopping kat blog yang ada amik US orders. Atau direct beli from their website.

Since, I'm a satisfied customer, my next hunting was this!

 Slim Cognito Seamless Mid - Thigh bodysuit

Cantikkan? Cantikkan?

And, who is wearing Spanx????






And siapa lagi yang boleh pakai Spanx???


 Abang, abang perut buncit pun boleh pakai! Awesome!


 And Mama Spanx!
What Spanx can do for maternity women!

Best kan? Go get yours! Recommended and no regret!

3 months!
Tuesday, November 8, 2011

Salam,

Damia anak Mama, it's already 3 months after we say goodbye..  Al-Fatihah... Mama missed u so much sayang...


Full Story of Damia Aisyah - Part 2
Tuesday, November 1, 2011

 Continue from here.

Bila dah tengok the heart beep makin slow, the obgyn still nak carik teh heart beep tak habis-habis. Until dah tak boleh kawal agaknya, then baru he decided to c-sec. Keadaan dah kelam kabut but and I need to sign beberapa borang utk continue to c-sec. Just imagine, sakit mcm tue dia suruh sign ntah apa-apa borang I pun tak tahulah. That's the reason my husband marah sangat kenapa tak suruh dia yang sign on behalf of me? Sebab time Qaira dulu my husband yg agree utk proceed c-sec... takde tanya I pun.. they just informed then lain-lain procedure my husband yang buat.

Ok fine, then after dah sign sume borang, I dibawak ke OT. Sampai depan OT dengan sakit cam nak mati tu dorang tukar bed utk masuk OR. Then sibuk lagi carik heart beep. Tak jumpa-jumpa. Sampai I jerit kat situ, "Tak payahlah cari heart beep lagi...I dah tak rasa my baby moving dah...". Then kelam kabut terus masuk OR. Dalam OR, they said I kena pelali the whole body instead of half body mcm Qaira dulu. Then dia suruh I kira...the last words I rasa I kira sampai 3 jer kot then I dah tak sedar apa-apa... Sebelum tu I sempat mengucap.. Perasaan mcm org nak mati.. But on that time, I cakap pada diri sendiri, kalau I mati pun takpelah...asalkan baby I selamat...When we on that situation, buat pertama kalinya, I tak kisah kalau I mati. Macam kita redha jer apa yang bakal berlaku ;(

I dengar orang panggil nama I.. tapi susah sangat nak bukak mata mcm berat sangat... then I dengar all the nurses and doctors suruh I bangun lawan sket morfin tue.. they said bila I rasa sakit, just press benda apa ntah yang dia bagi kat I..so that it will decrease the pain... Bangun jer, soalan pertama, mana anak saya? But they said, semua ok.. U rehat jer... So, i assumed oklah sebab the same things masa I lahirkan Qaira pun mcm tu jugak. Then, after 2 hours dorang tengok keadaan I dalam OR, then tiba masa I keluar dari OR dan 1st I jumpa is my husband. I tanya, baby mana? Dia cakap ok..Tak payah pikir apa-apa...rehat jer.. But I know something wrong somewhere bila I tengok muka dia tak ceria.. Lain sangat... But when he said baby kat NICU, I thought the same things happen to my second baby mcm Qaira dulu.. kena duduk NICU sekejap sebab takut ada virus infection since baby yang lahir thru c-sec ni possibility to have virus infection mmg high.

For the whole day I tido jer... Nak bukak masa susah sangat. Bayangkan tengah makan pun I boleh tido.. morfin tu kuat sangat...but, petang tu bila my husband datang lagi visit I, I tanya dia mana baby. Dia cakap, I kena tahu something pasal baby..

Masa ni I dah tak sedap hati... nak tahu apa yang terjadi... Doctor cakap petang I boleh tengok baby.. So, mana baby? My husband cakap, apa yang terjadi I kena terima dengan tenang. Tak tahulah, masa my husband cakap tu, I tenang jer. I macam dah dapat agak. Tapi I rasa masih boleh diselamatkan. So, I tak nak risau and fikir bukan-bukan.

My husband pun citerlah what happened masa baby keluar dari OT... Baby tak bernafas..8 minit she survived..obgyn tried hard to save her..tapi lepas 8 minit baru dapat heart beep... but baby tak bagi any reaction. Maknanya there is no response on physical reaction. Anak mata tak mengecil bila kena cahaya.. tak nangis...etc etc etc. My husband said ada kemungkinan our baby is 50-50... kalau dia hidup pun takut brain damage. So dengar jer mcm tue, I sedih sangat. Nak meraung jer rasa tapi I masih boleh kawal perasaan I.. I selawat apa semua dengan harapan I boleh terima any news yang tak terduga. Then, after my husband dah cerita semua, dia cakap Damia's doctor nak jumpa dia. So, I said, ok pegilah... I nie tak terdaya nak pegi tengok sebab I tak boleh bangun lagi.

Lepas sejam setengah mcm tue, my husband datang balik. Kali ni muka dia memang berubah sangat-sangat. Before that, ramai yang ada dalam bilik melawat I but suddenly semua keluar suruh I rest... Rupa-rupanya my husband dah dapat tahu doctor cakap Damia memang dah takde chance utk hidup. Sebab dia tak buang air, and macam-macam lagi. Maknanya memang dah takde physical reaction 100% and bergantung pada machine jer. My husband masuk and cerita semua yang dia tahu. Buat pertama kalinya, I tengok my husband cried in front of me. I tak terkata apa-apa. I tak tahulah kenapa on that time I mcm kuat jer and pasrah jer apa yang berlaku. I told my husband kalau inilah jalan terbaik, I redha jer. Then he said, semua keputusan ada pada kami berdua. If both of us rela nak cabut machine tue, then we need to say goodbye to Damia...

Esoknya, pagi lagi Damia's doctor dah call my husband untuk tahu apa keputusan kitorang. I said, this is the right time to say goodbye to Damia. I cuba untuk keluarkan my breast milk so that I boleh bagi Damia rasa sikit pun jadilah before dia pergi. Tapi bukan rezeki Damia.. my breast milk tak keluar jugak. And doctor pun tak recommend I push breast milk to keluar sebab if baby takde nanti susah nak handle.

Buat pertama kalinya I bangun dari katil. Tu pun kena guna wheel chair. So, both of us datang ke NICU. hati I berdebar otw to NICU..it takes 3 minutes dr ward I ke NICU.. mcm2 perasaan masa tue.. 

 Birth certificate Damia... baru je siap terus kena compile kat JPN gantikan dengan sijil kematian pulak. ;(
Sampai jer NICU when I first saw Damia, air mata air tak boleh berhenti2...tak tertanggung rasanya I nak lepaskan Damia.. Tak boleh tahan I tengok betapa banyaknya wayar-wayar kat seluruh badan Damia. I pun tak tahulah itu semua untuk apa.. yang I tahu I nak tengok Damia puas-puas. Masa i datang ada sorang ustaz tengah bacakan Yassin utk Damia.. I asked them I nak pegang Damia... then dorang pun pull of semua wayar-wayar tue.. i rasa badan Damia sejuk sangat... sian Damia...

Ok, I tak boleh nak taip cerita nie lagi. I continue lain ya... Dalam pukul 11.06 pagi on 2nd August, I said goodbye to Damia.. satu jer yang I cakap pada dia.. Mama sayang Damia sampai bila-bila..Mama redha Damia pergi... Damia pergilah... Insyaallah satu hari nanti Mama akan jumpa Damia jugak...

To be continue...