Sepelik Mana Majlis Perkahwinan Kamu Nanti
Saturday, April 18, 2009

Aku baru selesai berchatting dengan kawan baik aku. Hubungan kami lama. Dr sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan masing2 ke IPT hingga bila aku kawin, dan sekarang, giliran dia ke jinjang pelamin. Topik kami tak lain tak bukan, seharusnya persiapan majlis perkahwinan itu nanti.
Sepanjang aku menceburkan diri dalam urusan membuat hantaran dan favors untuk pengantin, aku jumpa banyak ragam manusia yg semuanya selalu meluahkan impian perkahwinan mereka. Mcm aku lah, masa nak kawin dulu, dr pagi smpai petang, duduk depan komputer dan surf segala macam website yg ada khas untuk; PERKAHWINAN. Dr satu website ke satu website, aku surf untuk mencari apakah yg terbaik buat aku. Atau apakah yg aku mahukan untuk perkahwinan aku nanti. Tapi sebenarnya; sejauh manakah aku boleh mendapatkan sesuatu yg aku sendiri tak tahu. Faham tak?
Bila berbual; aku akan tanya.. Impian perkahwinan mcm mana yg kau mahukan? Tema perkahwinan? Warna? Venue?
Orang akan menjawab, impian aku begini. Tema aku begitu. Warnanya haruslah itu ini. Serta venue yg sana,sini,situ dan sinun.
Kalau dulu zaman nenek moyang atau mak bapak kita; bila di tanya apakah warna tema perkahwinan mereka, haruslah aku yakin mereka tiada warna tema. Paling tidak pun pasti jawapannya, warna tema? Oh, baju aku merah. Hantaran aku hijau. Khemah aku hanya scallop gambar bunga raya yg satu ketika dulu sangat 'in'. Aku pasti scallop bunga raya itu bukanlah satu trend. Tapi pada ketika itu, scallop jenis itu saja yg ada.
Menuju ke tahun 90 an; manusia bertambah kreatif. Warna tema mula menjadi topik. Dan ketika itu, bila di tanya apakah warna tema perkahwinan kau nanti? Pasti jawapannya; MERAH, BIRU, HIJAU dan sekian, sekian, sekian. Dari warna scallop khemah, ke baju pengantin, ke hantaran perkahwinan, ke warna cat rumah dan bilik pengantin, kek, dan apa saja yg boleh diwarnakan, adalah mesti mengikut tema warna. Kalau pink, pinklah semua termasuk baju mak, ayah, sanak saudara, scallop, bilik, pelamin bla bla bla.. PINK. Salah betul kalau warna yg bukan warna tema, tersesat dlm persiapan perkahwinan itu nanti. Itu belum lagi wajah yg dicalitkan dengan eye shadow, blusher dan lipstick yg berwarna PINK! Hahahaha....


Inilah warna tema perkahwinan saya... PINK!

Menjelang millenium, warna tema masih diperkatakan. Tetapi kali ini, kau tidak akan dapat mendengar warna tema seperti di tahun 90 an. Manusia akan explore lagi.. dan lagi.. Kali ini bila di tanya apakah warna tema kau? Yg menjawabnya; IVORY, MAGENTA, VIOLET n bla, bla, bla. Shades untuk 1 warna sahaja menjadi beribu2 warna. Kalau aku jawab pink, dia tidak akan fikir pink. Dia akan tanya lagi. Pink apa? FUCHSIA, AMARANTH PINK, PERSION PINK bla n bla n bla.

Lihat? Aku pasti, yang menjadi mangsa ialah wedding planner serta orang2 yg akan berusaha mencari tema warna yang paling tepat untuk pelanggannya. Bukan itu saja, benda yg mudah ini, akan mula menghantui pengantin itu sendiri, untuk mencari, "Kat mana aku boleh dapat kerusi violet berlapikkan alas meja carnation pink serta warna pinggan makan berwarna ivory untuk majlis reception aku nanti?" Berfikir, fikir, fikir dan fikir.


Kalau susah2 sangat, kita combine kan saja semua design.. puas hati sbb semua dapat!

Oh! Itu baru warna tema... Belum lagi benda2 kecil yang mesti ada dalam perkahwinan itu nanti. Contohnya; aku inginkan pelamin yang lain dari lain. Oh! Mungkin aku boleh menggantungkan hanger baju di pelamin itu nanti bagi menampakkan keunikan aku ketika bersanding nanti. Atau gantikan bunga hiasan di pelamin dengan hiasan pokok2 krismas yg comel! Serta aku sudah bosan melihat pelamin yang hanya ada 1 atau 3 panel. Aku mahukan 5,7 panel atau mungkin berpanel2 selagi dewan itu mampu menanggung keluasan panel yg pelbagai tu.



Ini konsep majlis saya nanti.. konsep mengelakkan jerebu..agagaga
Konsep perkahwinan apa pula yang kau inginkan untuk perkahwinan nanti? Oh! Aku impikan konsep dalam laut... pelamin aku nanti haruslah mempunyai 1 cengkerang siput yg besar serta 1 tapak sulaiman di tengah2 tempat duduk aku dan bakal suami. Atau mungkin konsep salji di mana pelamin itu nanti di kambus dengan salji yg di import dr Antartika serta beruang kutub sebagai pengapitku!
Atau lainnya, bila di tanya konsep untuk hantaran pula... katanya "Saya sukakan fresh flowers! Tapi saya bosan dengan roses, eustoma, daisy bla bla bla. Saya inginkan kelainan dan ingin gunakan bunga Rafflesia sebagai bunga utama hantaran saya... bape akak charge?"
Sepelik mana atau seunik mana perkahwinan yang bakal kamu langsungkan, yang pasti, sebagai org Islam, akad dan nikah adalah perkara wajib yg selalu orang ketepikan. Siapa tok kadi yg akan menikahkan kita? Aku pasti takde sorang pun antara kamu akan memikirkan hal sebagai hal utama bila kita bercerita bab perkahwinan!
Jadi, sepelik mana majlis perkahwinan kamu nanti?



10 comments:

Unknown said...

amie, such a structured story to tell about wedding is all about...i liiiikeeeeeyyyyyy...

btw, u mmg ader talent la dalam writing...very tersusun and best untuk d baca...hehehehehehe

pRincESs_N said...

ok....akn dtg mmg weddg da cm konsert gamaknyerr...

afiq said...

rafflesia? why not "periuk kera"...?
very in this season kan kak???...hehehhehe

Unknown said...

u make me smile dear..
sgt best entry ni
pengantin skrg kreatif sgt2, byk idea yg dtg mencurah2
smua kalau bleh nak direalisasikan, smua benda yg terlintas, kalau boleh nak gak diadakan...

*tnya sama poket lah, kalau dia kata'okay, byk lagi cash ni' boleh proceed dgn segala impian, kalau tak diam sudah

Mrs. Amie said...

me to nur : hahaha..thanks 4 ur compliment.. saya sastera dpt 1A.. :P

me to princess_N : skrg pun dh hampir2 nak mcm konsert..buktinya joget lambat etc.

me to afiq : aku pasti ko mesti nak guna periuk kera kan afiq?
hehehe...

me to dayu : it shows how time can change ppl!

[ Hanie ] said...

hehehe,kang pelik2 sgt, org mengata, tak pelik pun, org kate takde kelainan :D Camno? Tkpela, yg penting jgn yg terlampau pelik ye tak? Kang wedding planner pening, kita yg frust bile tak dpt memenuhi impian 'pelik' kita tu kan? :D

Mrs. Amie said...

me to hanie : klu pelik sgt, tak ke nampak pelik.. lets follow the flow.. as long as wedding tue jadi ingatan utk kita dan husband sampai akhir hayat, are more meaningful...hihi

amy said...

aku setuju...apa2 pun..biarla berpada...hik3..

Anonymous said...

Hello!!! missamie.blogspot.com is one of the most outstanding resourceful websites of its kind. I enjoy reading it every day. All the best.

Anonymous said...

The author of missamie.blogspot.com has written an excellent article. You have made your point and there is not much to argue about. It is like the following universal truth that you can not argue with: Taste is in the tongue of the beholder. (Therefore the previous truth: Ketchup makes everything taste better, except Ketchup may not necessarily be true! Thanks for the info.