Nape Aku Pecat Secretary Aku?
Saturday, October 3, 2009

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh gembira.

Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang!? atau mungkin saja dengan sebuah senyuman sekadar mengucapkan selamat ulang tahun untukku.

Waktu berlalu tetapi isteriku tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini adalah hari ulang tahunku. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun.

Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Tiba di pejabat, secretary ku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun!" Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingati hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata,

"Apakah tuan tidak menyedari bahawa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan...mari kita pergi lunch? hanya kita berdua!. "

Aku berkata "Wow!, itu adalah perkataan yang luar biasa yang aku dengar hari ini... "Mari kita pergi".

Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch,
tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, "Tuan tahu ini adalah hari yang begitu indah,...Kita tidak perlu kembali ke pejabat kan". Tidak perlu, saya pikir tidak perlu." jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata, "Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit".

"Tentu saja boleh" sahutku dengan gembira.

Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun.

Aku hanya duduk terpaku di sana ??? Di sebuah sofa panjang, aku telanjang tanpa sehelai benang...

Hahahaha..kelakar! Dapat dr email long time ago n I publish lagi sbb lawak giler!

5 comments:

Cik Cookie said...

seriously email nih ms dapat i share with my bos.and dia ckp "i pun mgkin jd gitu".erkkk...

CC pun ada publish kat blog last month.So funny lorr..

Mrs. Amie said...

hahaha.. i dah publish entry nie a year ago.. pastu nak publish lagi sbb kelakar! hihihi

Anita, Mummy Adzryl said...

hahahaha.. klakar!! :P

Mag said...

hahahah..adei..tak tahan..memang terbaek~

m@Ri@ said...

hahah..giler kelakar..