What happened to Qaira nie?
Friday, August 28, 2009

Adohai.. apa dah jadi dengan Qaira minggu nie? Hihihi...

Dulu, I berangan konon my baby nanti laki (sebenarnya nak sedapkan hati sendiri agar yg dlm perut tue baby girl..) hahaha...

So, b4 tahu gender, saja2 beli baju baby boy... huhuhu... alih2, Allah perkenankan jugak hasrat aku nak baby girl... so, apa kita buat dengan baju2 tersebut?

1 di antara baju2 tersebut telah :

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Di pakai oleh Qaira hari nie... hahaha.. amacam?

"Mama, saya girl la...."


Dan juga...... mari kita zoom sket...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Gara2 Qaira baru pandai breastfeed lately nie.. (nasib tak hilang 1 skill),


"Muka saya dah naik rashes Mama....."



Hahaha..sian Qaira.. after pantang (dah tua dah) baru pandai nak breast feed.. selama nie, dok try tanpa give up, tiba2 Qaira dah ok dah.... (kiranya, b4 nie dia asyik amik yg hujung2 jer smpai luka...) Now nie, dah ok... tapi my milk production dah makin menurun la.. Dulu, sekali pam dapat 7oz... skrg, nak dptkan 2-3 oz pun payah... Bila mula2 Qaira nak pandai tue, banyak susu yg tumpah kat mulut dia.. so, as baby has sensitive skin, Qaira pun jadilah mcm nie.. but, we've already consult dengan doctor and nothing to be worried.. hanya apply beberapa cream... tak lama lagi okla tue...

But, Qaira still minum FM juga.. nak buat camna kan... I've tried my best nak exclusive bf, tapi dah tak boleh nak buat camna kan... So Qaira, takpela, as long as anak Mama sihat.. at least Qaira dah master menghisap botol, pacifier dan juga bf! At least sume skill ada.. hahaha...

Aqiqah Preparation for Qaira - Part 1
Wednesday, August 26, 2009

Since tgh cuti lagi nie, I dah busy2 buat preparation for Qaira's Aqiqah.. rancang2nya akan diadakan during 3rd weeks of raya.. InsyaAllah kalau takde apa2 kan..

Mula2, I prepare untuk bunga telur Qaira ok.. since dah boleh buat sendiri, so buat sendiri jer la senang... yang pastinya, adindaku pasti menolong.. ok dik?

Bahan2 untuk buat bunga telur


After dah celup dengan dip.. Nie kerja org malas.. sbb buat utk diri sendiri, so cincai2 jer la.. huhuh.. tapi tetap akan jadi rupa bunga telur ok!


And this... designed by Atim merangkap tunang my sis.. Qaira, nie Uncle Atim yg design kan.. comel kan? Uncle Atim kata nak tambah letak gambar Qaira.. will see the result later... Tag nie will be on Qaira's paper bag during majlis tue nanti...

Preparation yg selanjutnya akan di update later ya... banyak lagi nak kena buat.. sbb tue tgh cuti nie, ada masa buat sikit2..


And here, my little Qaira yg makin lama makin menembam...



Atas dada Abah dia pun, dia boleh tido kalau ngantok sgt... Ayoyo... Hahaha...

Ini bukan nak ngumpat time bulan puasa..
Saturday, August 22, 2009

Remember this?

Oh! I bukan nak maki hamun during Ramadhan yg mulia nie.. but I received another complaint from client Aisram Creative jugak. Kan dulu dia sabotage my fren's wedding and until now tak apologize langsung...

Complaint 1

He gave the same treatment to me and my friends - never return sms, never pick up his hp and did not read emails ...

We had orders that we had to scrambled at the last minute to cover for his inefficiencies.
Definitely one example of janji melayu ..


Complaint 2 (Latest I received today)


kenapa la i did not bump into your blog sooner.. i kena big time punya ngan aisram!

paling best, i order box dia, untuk a new corporate client for my business!

i know my order last minute (2 weeks utk 100 boxes), i tanya dia banyak kali, boleh ke siap? - "boleh... no problem" nasib baik he did not ask for payment, and the sample box i mintak pun dia kasi free je.

end up - i call dia 1 day before the supposedly delivery date (saturday). hmmph. off phone. whole of saturday, sunday i call, off handphone. monday i call, ada dialtone. tapi tak angkat. dia sms balik, ckp dia tgh drive, pls call back later. i pun keep la on calling. either message, or off terus. sampai i ckp, tak habis2 driving lagi ke. i email.. skit lagi nak gi serbu dia kat NST - dia keje situ.

pastu i fikir, dia ni mcm melarikan diri, tak guna i pi serang dia pun. so i looked for ganti tukang buat. walaupun she's more expensive than what i quoted my client, tak tak kuasa dah.

my sendirian berhad company's name is at stake, and my client is not a calang2 punya company. dia setakat enterprise pun tidak tu, boleh la conduct his business mcm tu!

geram! bodoh punya orang. so i start a smear campaign. so that orang lain tak terkena jugak dgn dia.

See? Eee.. I memang takkan order lagi dengan dia.. berapa ramai lagilah kat luar sana yg kena tipu.. nie baru beberapa org yg terbaca blog I... I bat mesti ramai lagi yg terima nasib yg sama.. Those kat luar sana yg nak order dengan Aisram Creative, I tak larang.. cuma BEWARE.. tapi kalau dah terkena, tak boleh kata apalah... Dia tak tahu ke sikap dia tue membuat org lain SAKIT HATI!!!!!!!

Sayang seribu sekali sayang, produk bagus, tapi attitude KURENG!!!!!!

Oh Ya! Nie bulan pose... I sabar... dun worry.. cuma I kesal... kenapa dia tak ambil iktibar dr apa yg dia pernah buat pada org lain.. sbb today, ada lagi org yg sakit hati dengan dia sbb PENIPUAN yg dia lakukan tue..

Their blog : http://aiscreative.fotopages.com

Nota kaki : ORANG TAMAK SELALU RUGI

Almond Rocher (ORDER)
Friday, August 21, 2009

Those yg order untuk raya without any payment lagi, SILA BUAT PAYMENT BEFORE THIS COMING WEDNESDAY (26 OGOS 2009) ok untuk confirmkan u all punya order..



Untuk raya nie, collect 2 WEEKS BEFORE RAYA..

Those yg order tapi I tak receive any payment before WEDNESDAY NIE, I anggap u all cancel order ok..

Thanks for ur cooperation...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Booties for Qaira
Thursday, August 20, 2009

Actually I ada beli banyak booties n cute little shoe for Qaira.. But this one, while tgh bosan2, I drop here, and tgk comelnya booties nie!

Inilah akibatnya kalau ada anak perempuan... semua nak beli.. that day husband and I went to Lovely Lace Baby kat Alamanda.. apa lagi borong la.. tak boleh tahan... huhuhu

Harap maaf mutu gambar kurang memuaskan....


And here, pics from Sweet Pinky Stuff!

* Cuti 60 hari ingat bolehlah save duit gaji sbb tak keluar gi memana, tapi disebabkan online shopping mcm org giler, sama jer cuti ker tak..hahaha

Confinement period tamatlah sudah!
Wednesday, August 19, 2009


Yeay! Semalam genaplah 44 hari berpantang yg mcm tak pantang tue.. huhuhu (sesetengah org sensitif wooo klu ckp kita tak berpantang.. nnt mula la komen in future, husband tinggalkan kita lah apa la gara2 tak berpantang...hahahaha)

For me, cara berpantang nie, terpulang pada diri masing2.. kalau nak berpantang, pantang,,, kalau tak nak, sudah..kan?

Since I c-sec, so cara berpantang tak lah ikut yg lahir normal tue...

Lepas balik jer umah dr hospital, pertama skali, bab makanan la yg harus dipantangkan.. I tak boleh minum ais or minuman sejuk..kalau boleh yg panas or suam jer.. apa lagi air kosong sajalah santapan seharian demi memantangkan diri... pastu I amik fresh milk every morning... air2 lain dikecualikan at the moment.. Tue yg lepas habis pantang nie, mcm tikus cari ice blended..agagaga

Then dlm bab makanan plak, first week tue rasa mcm nak muntah jer.. rasa klu tak makan pun takpe dr makan ntah apa2... lauk tak habis2 yg berunsurkan lada hitam, ginger and mcm2 lagi lah yg untuk panaskan badan... setengah org tue tak bagi makan ayam la, telur la.. tapi I makan jugak.. sbb consult dengan sorang midwife tue, dia ckp dia pelik sesetengah org pantang mkn ikan bilis jer hari2.. konon2 nak berpantang..makanan berkhasiat lain diketepikan.. dia kata patutnya dlm tempoh berpantang nie makanlah makanan yg segar dan berkhasiat seperti ayam.. cuma elakkan benda yg boleh jadi gatal mcm udang and so on.. Dia ckp lagi, at first kita try makanan yg kita rasa tak gatal.. if ok, can continue.. kalau rasa gatal, esoknya tak payah makan lagi.. Elakkan juga makanan yg sejuk mcm timun n lain2 la...

Since I bersalin kat government hospital, so adalah jururawat masyarakat yg dtg umah hari2 check my condition n baby.. (bagus betul govt hospital nie..huhu.. klu harapkan private, mesti takde de nak dtg jenguk kita..huhu) They advice, dlm tempoh 2 minggu nie, jgn makan any jamu sbb baby menyusu.. so, I ok jer... Pastu, after a week, baru lah I berurut...

Between 2 weeks tue, Mak Long I (yg memang sangat berpantang orgnya.. smpai pening I dibuatnya..), hari2 bebel suruh sapu param kat seluruh badan..huhuhu.. Mula2 I pun tak tahu param tue apa.. then bila dia belikan, I guna jerlah kena lulurkan diseluruh badan.. effect dia, panaslah 1 badan... disamping itu jgn lupa berstokin jua... Dlm masa 2 weeks tue juga, I minum pati ikan haruan Polleney tue.. and also jelly gamat from Healin untuk sembuhkan luka jahitan itu dengan cepat...

After 2 weeks, barulah I guna set bersalin Leesa Formula.. tapi tak semua.. I hanya ambil Pil Prawan, Cotet Emas and Ginger Cream.

Cotet Emas Leesa Formula


I minum cotet emas nie, untuk cepat kecutkan peranakan, bagi tenaga dan merapatkan kembali tuttt and dia ada anti-oksidan yg dpt sembuhkan luka dengan cepat juga... dalam dia ada 16 uncang.. so setiap pagi kena minum.. rasa dia ok! I suka.. takde sebarang masalah nak minum..

Ginger Cream Leesa Formula

Then, I gunakan ginger cream nie setiap kali lepas mandi and jugak time tido.. sapukan kat seluruh badan dengan kat dahi sebagai pengganti pilis.. I paling suka cream nie.. bau dia best and I thought bila pakai rasa oily.. tapi tak.. dia more to cream.. so, rasa mcm losyen jer la.. baik untuk membuang angin2 dalam badan, menghangatkan badan dan memudahkan pencernaan... b4 berstokin tue, I sapu jugak cream nie dekat tapak kaki...


Tablet Prawan Leesa Formula

Yg nie ambil 2 biji sehari lepas makan malam... dah nama pun pil prawan.. so, nie untuk membantu sihatkan rahim dan sistem dalaman kita seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang prawan...wah...ayat tak ingat aku nie...hahahaha

Set Leesa Formula nie ada jugak tablet Haruan.. but since I dah makan pati haruan n jelly gamat, so I tak ambil tablet haruan tue...

Then, bila dah sebulan mcm tue, baru I boleh bertungku..tapi tak guna tungku Leesa tue.. I guna tungku sdiri..lagi best...

Then skrg dah habis pantang and luka kat perut ni pun I tgk dah ok.. barulah I nak beli Body Contour Gel Leesa tue and jugak berbengkung...

Lebih kurang mcm tuela cara I berpantang.. yg lain2 tak ingat sangat... asal dah habis pantang hari nie.. HAPPYYYY sudah...

Qaira pun dah habis pantang jugak.. tapi sian di.. Qaira still tak boleh gi memana.. I tak nak bawak dia kuar langsung because of H1N1 tue.. takottt... biarlah dia dok umah, minum susu n tido jer... bila situation dah ok, kita jalan yer Qaira...

Qaira in Cot!
Tuesday, August 18, 2009

Since day 1 Qaira balik rumah, me and husband dah siap2 memang letak dia dalam cot.. time Qaira umur seminggu. dua minggu tue, mmg dia syik tido jer.. so, takde masalah kalau letak dlm cot...

Masuk minggu ke-3, letak jer Qaira dalam cot, dia mcm tido tak lena.. gerak sana sini, bunyi mcm tak selesa bila tido.. Mula2, I was thinking, dia kembung perut ker apa ker..so, I amik Qaira and put her between us kat atas katil, pastu, dia terus tido dengan nyenyaknya...

Begitulah hari2 seterusnya, bila letak jer Qaira dalam cot, sekejap jer dia akan tido then bangun dan merengek2.. selagi tak angkat dia, selagi tue la dia rengek2...

Hari2 semakin berlalu sehinggalah hari ini... Setiap malam b4 tido, bila letak Qaira dlm cot dia, pasti dia terjaga semula.. sedangkan dia mmg ngantuk yg teramat sangat.. nak kata katil dia tak selesa, tak jugak.. i tgk ok jer.. jenuhlah husband and I bereksperimentasi dengan membuat katil Qaira rasa mcm katil kitorang, tapi, tak jalan..



For your info, katil Qaira 1 bilik dengan kitorang... (masa mula2 dulu ada hati nak letak Qaira dalam bilik lain...ceh) So, takde masalah lah kalau I nak jenguk2 dia bila dia tido kat cot dia.. Mula2 I suka sangsi, baby lemas la time tido la apa la..biasalah perasaan yg ntah apa2 yg selalu muncul dlm kepala otak I nie... tapi, dia ok.. cuma dia tak rasa comfortable bila tido sbb asyik terjaga jer...

Masuk nie dah berapa kali I cakap Qaira asyik terjaga kan? Yang peliknya, bila kitorang angkat dia tido bsama2 atas katil, terus dia diam and tido smpai sok pagi.. bangun time poo poo dengan nak susu jer... pastu terus khayalan dalam dunianya... Zzzzzzzzz.........

Yang menjadi masalahnya skrg, bila Qaira tido kat atas katil dengan we all, I pulak yg tido tak lena sbb I was fikir yg bukan2 takut Qaira kena himpit dengan Abah dia atau pun I sendiri.. I tak kisah lagi, sbb I nie cepat alert kalau ada apa2.. Yg dirisaukan ialah siku Abah dia yg tido tanpa tidak sedarkan diri itu...

Alkisahnya, kenapa Qaira jadi camni? Anyone experience yg sama mcm I tak? i confused la.. I dah tak boleh tahan Qaira tido sekali dengan we all.. selagi dia tido sama, selagi tue la I tak tido lena di malam hari...

Pics : Istock photo

I heart this!
Thursday, August 13, 2009

Oh! I heart this so much!

I was thinking to have Rizman Ruzaini for my designer during my sister's wedding. While surfing to Rizman Ruzaini's blog, mata ini tak boleh alih dr melihat....

INI !!!!!!!!!!

It was from Rizman Ruzaini's Bridal Collection for 2009... Oh! Nasib aku dah kawin jer.. kalau tidak, this would be my choice! The color combination sangat exotic! Cantiknya... I was like.... Nak nie jugak...

Tapi, bolehkah dengan badan sedugong ini to have something like this selepas lahirkan Qaira..? Hahahaa... I kena slim down dulu... Sudah pasti hajat ini akan terkubur begitu saja...

Mmm, I have no idea what should I wear during my sister's wedding nanti.. Yes, I mean the design.. I would like to have something different yg lari dr KURUNG or KEBAYA... bosannya rasa.. the KEBAYA itself, mmg bukan sesuai utk dipakai dlm waktu terdekat ini.. I mean maybe a year from now.. arrghhh! Tensi!

Aha, and I surf blog Rizman Ruzaini till I drop to this! Simple jer kan? I would like to have something like this.. tapi tak nak kembang sangat and banyak layer mcm nie.. and alter sket kat bahagian dada.. tak nak ropol2 sgt.. might be change to something else.. nie I kena jumpa dengan Rizman dan Ruzaini.. dan juga mengerah mereka bagaimana untuk design baju I agar tidak terlalu gemok dipandang org sekaligus nampak vogue da vass sambil mendukung Qaira... hahahaha...

Yang penting, less beaded or Qaira akan gatal2 nanti bila I dukung dia.. hahahaha...


Cantikkan... And I tgh fikir untuk tambah koleksi for my heels.. sudah hampir setahun tak pakai 4 inch heels.. Oh! Bolehkah? Cannot imagine 4inch heels with Qaira dalam gendongan.. Ketawa lagi.. hahaha... 4 heels tue pun dah cukup tinggi.. I think I'm not able to wear yg tinggi2 lagi or else, Qaira and I will tergolek dog di majlis adik I nanti...

Almond Rocher ~Sticky Mode~ UPDATED

Ini ialah sticky mode ok..

Sempena dah nak puasa and raya yg nak menjelang tiba, (even lambat lagi..) I would like to introduce those yg interested nak order Almond Rocher!

Helping my frens yg jual biskut nie.. Reason I nak tolong dia jual pun sbb biskut nie sangat sedap wokeh... Biskut dia rangup.. coklat dia full.. banyak.. bukan mcm sesetengah org yg jual coklat ciput jek kan..hihihi


Dahlah rangup, coklat banyak, on top of that, letak pulak white choc! Dalam dia ada almond.. lagi best dr London ALmond... (eh,eh..)


Sesuailah kalau nak order utk hari raya ker, nak buat hantaran tunang ker, kawin ker atau nak makan sesaja...

Mcm I, beli makan sesaja, 2-3 hari dah habis 1 bekas! Hahaha...


I bekas nie ada 47 biji.. Hanya RM27 sahaja... mahal sket but I think worth dengan presentation and rasa biskut nie...

Kalau nak order, e-mail I ok miz.amie@yahoo.com

UPDATED : Wah, baru letak beberapa jam entry nie, beribu2 org order kat e-mail nie....huhuhu..bagus bagus.. sedap I tell u..kalau nak tanya apa2, jgn segan2 ok!

Qaira's gadjet
Tuesday, August 11, 2009

Qaira dah 1 month now..skrg nie dia dah pandai gerak2.. even tido atas katil pun, kejap lagi dah terpusing2... bila time mandikan dia, dah pandai tendang2 kaki dia... then, bila dia tak mo tido, merengek2 sbb dia tak nak baring jer.. nak suruh org angkat...ish, Mama mls nak dukung2 nie.. nanti dah terbiasa asyik nak dukung jer..

So, husband and I decided to find a new gadjet for Qaira nak bersuka ria.. And we bought FP Aquarium Swing for Qaira.. bila letak Qaira and swing her, muka dia selamba jer... ish ish..


Kadang2 sampai tertido dlm swing... tapi tak nak biasakan jugak.. sbb nanti dia asyik depends on swing dia jer.. so, I letak dia once dia dah bangun tido and borink2..


Tgk.. siap buat muka ek... hahaha


Then, lately nie we tried pacifier for her.. Me and husband tak rancang pun nak introduce pacifier utk Qaira.. but 1 hari tue, dia asyik ngamuk and nak susu jer.. pastu I tgk mulut dia, mcm mulut ikan.. mcm nak suck something.. so, I cakap dengan husband nak try pacifier for her yg kebetulan ada org hadiahkan dlm gift set...


Mula2 husband I tak agree... but I cakap, try jer la.. bukan ada pun... and I google this. Before you tried pacifier to your baby, read it either it's good or not for ur baby..

But it seems that Qaira tak berapa suka.. dia hisap, hisap.. cuma sekejap pastu dia kuarkan balik.. hihihi... tapi, kalau dia nak tido, pacifier nie mcm dah penting.. kalau hisap, gerenti cpt tido..

Qaira, Qaira... apa lagilah lepas nie...

Baby Diapers ~Updated~
Monday, August 10, 2009

I've tried beberapa brand diaper for Qaira... And here my opinion for those yg tanya..

1- Drypers
When Qaira was born, aku pakaikan dia Drypers Newborn. Drypers newborn nie, even dia newborn, dia mcm besar sket.. but still fit Qaira yg masa tue hanya 2.8kg jer..tapi nampak besar bila dia pakai.. but it still breathable and soft.. so, I rating diaper nie 3.5/5 and also recommended. Qaira pun takde rashes while pakai Drypers.



2. Huggies
Then, aku saja2 tukar Huggies Newborn.. size dia kecik sket than Drypers Newborn coz newborn punya size up to 4kg jer.. but still breathable cover.. I think Qaira comfortable pakai Huggies...and no nappy rashes at all.. so, I rate 4/5 for Huggies!


3. Pureen Dry 5
Then, bila Qaira dah berisi sket, aku guna Pureen diaper yg beli kat warehouse sale masa bulan 4 tue.. diaper nie so-so sajalah.. Qaira tak berapa confortable bila pakai.. agaknya dah 2-3 kali pee pee, dia dah rengek2 mintak tukar.. and bila I rasa pun, kat bahagian luar dia dah rasa mcm lembab.. but, Pureen nie murah.. bukan masa beli kat warehouse jer which cost me around RM24 utk 66 diapers, kalau kat luar around RM34-RM37 jer.. baru2 nie, ada lagi warehouse sale Pureen, I borong lagi 3.. my recommendation, diaper nie sesuai pakai siang jer bila u have a lot of time nak check diaper dia.. sbb baby tak comfortable.. and save ur money a lot sbb baby mula2 suka pee pee and poo poo kerap sgt.. kalau malam, 2-3 kali terjaga sbb diaper basah.. so, I just rate 2.5/5 jer la.. and Qaira pun ada rashes sket bila pakai Diaper nie.. so, kena kerap tukar..


4. Mamy Poko
Skrg nie, bila pakai Pureen siang hari, malam, I tukar Mamy Poko for Qaira.. so, dia tak bangun untuk change diaper.. hanya bangun bila lapar jer.. and the best thing pasal Mamy Poko, I tgk material dia pun more comfortable... and dia ada poo poo pocket.. so, bila Qaira poo poo, dia takde lah cepat merengek sgt.. sbb Qaira nie jenis, kalau diaper dia dah basah sket and bila dah poo poo, cepat jer nak mengamuk.. and I guna Mamy Poko once nak travel gi memana jugak.. sesuai la dgn iklan dia "Mamy Poko, tidur lena pagi senyuman..."... tapi Qaira, "Tidur lena, pagi lambat bangun"..agagagaga... I rate diaper nie 4/5 gak.. mmg dia ok, but harga dia expensive sket.. buat pa nak beli mahal2 jer because of diaper kan.. huhuhu... so, Mamy Poko nie I think sama jer quality dia with Huggies.. Huggies more cheaper.. yg penting, pakai jerla diaper mana pun yg suit ur little one.. pasni I nak try cloth diaper pulak.. hihihi


Bila Qaira ada nappy rash sket hari tue, I guna lah rashes cream.. tapi lambat gak nak heal.. so, I beli Vaseline.. sekejap jer dah ok.. tak sampai 1 hari, Qaira punya rashes dah takde.. so, I recommend sangat2 Vaseline nie... if ur lil one takde rashes pun, just apply jer Vaseline.. sbb dia mcm pelembab kan... so, no harm for ur child.. Sangat suka Vaseline skrg nie.. penyelamat!


And last..sesuai tak Qaira jadi model diaper? Hahahaha...

Interview During Confinement
Friday, August 7, 2009

Yeay! Saya dapat 1 interview dr 1 company berhad yg government link!

But the interview will be held on next tuesday which is still during my confinement period.. iaitu hari yg ke-36...

Pray for me...Amin!

Qaira's first check up!
Tuesday, August 4, 2009

Semalam was Qaira's first check up.. and me too!

Everythings ok.. I ok... Qaira pun ok...

Time Qaira kena jab tue, dia tak nangis pun.. dia jerit sekali jer, pastu terus tido balik.. ceh, takde perasaan langsung... huhuhu.. bagus bagus.. good girl anak mama.. tapi yg bestnya, Qaira yg nak kena inject kan, tapi Abah dia yg keluar bilik tue sbb tak sampai hati nak tgk katanya... tapi Qaira takde apa pun.. hahahah..

Berat Qaira sekarang dah 4.05 kg ok.. instead of 2.8kg masa lahir dulu... dan tinggi dia 52.5cm.. normal la..

And after Qaira punya check up, I pulak... berat I cuma turun 9.5kg jer.. uwaaa... sakit hati.. pasni kena diet plak.. dahlah nak berbengkung pelbagai tak boleh... sabar jela.. Pas dorang tgk luka jahitan tue, sume ok... Alhamdulillah.. next week I kena dtg plak, untuk merancang kehamilan katanya.. at the moment, husband and I decided to apply this.

Any suggestion besides this?

Kehidupan Adalah Mengenai Perubahan!
Monday, August 3, 2009

Dear Diary,

Qaira Jasmine is almost 1 month... Dan 1 bulan juga, hidup ini banyak yg berubah...

Before Qaira is here, semua aktiviti is between aku n husband jer.. nak pegi sana, pegi sini, buat itu and buat ini... takde sape yg nak halang... and freedom jer.. without thinking anyone else...

But lepas Qaira lahir, tiba2 semua benda jadi limited... when I was doing this, I was thinking about Qaira.. buat itu n ini, semua Qaira...nak pegi mana2, Qaira juga yg muncul dlm ingatan...

Sometimes, I felt mcm stuck kat satu tempat... macam ada halangan nak buat itu ini... tiba2 terdetik, am I ready to become a parents? Bila terdetik mcm nie, cepat2 aku istighfar...

Ada satu moment, I was crying... fikir mcm2... rasa betul2 mcm tak ready jer jd Mama... sbb tiba2 hidup nie berubah dengan cepat.. bulan lepas bebas ke mana saja.. tapi bulan nie, dah jadi lain.. my responsibility dah jadi bertambah besar.. bukan pada husband jer.. tapi pada my little daughter, Qaira Jasmine..

My attention skrg, not only to my beloved husband.. tapi dah bahagi separuh pada my precious daughter... nak feed dia, mandikan dia, tidurkan dia, ckp2 dengan dia even dia tak faham and nak kena tgk sakit and ragam dia.. Dan semua ini, menjadikan aku seorang yg lebih matang dan bertanggungjawab...

Mmm, aku menangis lagi.. aku rasa mcm tak kuat jer nak lalui semua ini... aku kurang attention pada diri sendiri... tidur malam aku, bukan lagi heaven mcm dulu sbb Qaira akan bangun dan aku akan kejap2 terjaga sbb fikirkan condition Qaira.. dia ok ke tak time tido, dia nangis ker, dia comfortable ker and mcm2 yg ntah apa2 aku pikir... bukan Qaira saja, tanggungjawab aku pada husband juga mesti dilaksanakan.. makan pakai dia.. dan tanggungjawab2 lain sebagai isteri yg perlu aku laksanakan... kemudian, 1 ketika, aku menangis lagi dlm hati.. aku rasa PENAT... dan mana kehidupan aku yg dulu....??

Aku duduk di satu tempat... aku berfikir.. alangkah bertuahnya aku kerana mempunyai suami.. dan juga telah dikurniakan seorang anak yg tak ternilai harganya... berapa ramai di luar sana yg inginkan kedudukan seperti aku... yg mempunyai seorang suami dan juga seorang anak.. bukan semua org dapat merasa seperti ini.. dan ada yg sanggup melakukan pelbagai ikhtiar untuk dapatkan yg 'satu' ini... Aku bersyukur pada Allah aku dikurniakan hadiah yg tidak ternilai ini!

Aku berfikir lagi.. Hidup ini adalah mengenai perubahan... Yes! Totally is about changing! Kalau hidup tidak berubah, seumpama tiada masam n manisnya hidup ini... Sanggup ker kita hidup tak ubah2... ? Sampai mati hidup kita sama jer.. Nanti kita akan bosan... Yer, kemudian aku nilaikan kembali... hidup ini memerlukan perubahan... barulah ceria... barulah kita ada pengalaman hidup.. barulah berwarna warni kamus hidup kita... Perubahan itu adalah penting dan tidak ternilai!

Qaira during travelling... tidur dah mcm Ayam Penyet Mama tgk..hihihi... Mama sayang Qaira so much!

Macam mana aku nak lupakan dia? Sekarang, hidup aku, 24 jam adalah mengenai dia... Aku tak boleh hidup tanpa dia...

To Qaira,
Hidup Mama skrg adalah untuk Qaira.. Membesarlah dan jadi seorang anak yg solehah dan taat pada Mama and Abah... Cannot live without you.. Mama love u so much!

To Aril,
Hidup membesarkan Qaira adalah rutin baru bagi kita... Terima kasih kerana memahami.. Semoga kita jadi parents yg baik buat Qaira... or maybe untuk adik2 Qaira in future.. InsyaAllah...

Dan kini, aku pasti, kehidupan adalah mengenai perubahan! Aku bersyukur...Amin.